Saturday, November 28, 2009

+ keletihan mengacau penganan +

Filled under:

Lokasi : Kg. Tulang Rimau, bukan tulang En. Ghimau.
Objektif utama : Menikmati penganan cair – Sukses!


Inilah 1st time aku menerima jemputan mengacau penganan, lagipun dah lama tak tengok orang buat penganan lagi. Sekarang kan dah senang, beli je kat kedai. Aku ingat last sekali aku join adalah sebagai kanak2 riang yang berfungsi sebagai penadah pinggan bila orang tua jerit “penganan cair, sapa mahu?”.

Pada sesiapa yang tak pernah mengacau penganan tu, aku sarankan join la aktiviti ini. Lihat saja ototku yang kekar itu. Ha, itu hasil aku hari ini. Tak perlu susah2 ke gym.

Acara dimulakan seawal jam 9 pagi. Aku sampai dalam jam 10, biasalah star player. Sampai je, minum dulu. Pastu baru aku join. Kalau korang tengok, nampak macam aku je sorang yang buat keje. Tidak, aku tak segagah itu. Jadi aku sertakan gambar pengacau lain yang terlibat.

1 
Makan tengahari disediakan secara buffet. Banyak lauk tapi aku tak boleh makan banyak sebab letih sangat. Ada kari kambing, gulai cendawan, gulai daging, ikan patin tempoyak dan ikan goreng.

2 
Lebih kurang jam 3 baru masak 1 kancah. Itu pun aku dah pancit. Nasib baik la boleh gilir2, kalau tak muntah buih aku kat situ. 1 jam sebelum masak, penganan dah likat. Nak kacau lama2 memang tak boleh. Seorang 2 minit je paling kuat pun.


Bekalan sebelum pulang ialah sebekas penganan hasil usaha kami itu, dan lauk2. Terima kasih, aku suka ikan patin itu.

8 comments:

  1. Perhh.. Ikan patin + tempoyak itu yg sodap jang. haha.. masih bercuti lagi?.

    www.pengeRindu.com

    ReplyDelete
  2. Penganan itu ape?? Cmne rupenye bila dh masak?? Huhu..

    ReplyDelete
  3. Mr. J>>
    cuti2 malaysia je....hehe...Isnin keje dah..

    Fathiha>>
    penganan itu ialah dodol...org kg kat n9 ni panggil mcm tu...rupanya sama je macam dodol...rasa pun sama...hehehe...

    ReplyDelete
  4. Capo , kalau penganan di sarawak adalah sejenis kueh.

    ReplyDelete
  5. Mr J>>
    Kuih apa ye?? mcm mana lak rupanya??

    Fathiha>>
    Sedap2...sbb dimasak dalam api yg perlahan...kalau beli pun xdpt sesedap ni tau...

    ReplyDelete
  6. semua tuan rumah kecuali aku...biasa la, gila glemer....huhu...

    ReplyDelete