Showing posts with label pertabalan. Show all posts
Showing posts with label pertabalan. Show all posts

Monday, November 02, 2009

+ pertabalan DYMM Yang DiPertuan Besar : the finishing move +

Filled under: ,

Malas la nak tulis panjang2, bukan ada orang nak baca pun kan. Hehehe. Sebenarnya hari ni takde la aku nak komen apa2 sebab takde masalah pun. Event pun bukan lah asykar ataupun seksiteriat mahupun pihak istana yang anjurkan. Hanya aku dan Iem yang arrange dengan bantuan rombongan dari Perlis.

Plan asal kami tak perlu iring ke KLIA, tapi ada permintaan untuk bawa bagasi DYTM sebab kereta tak muat. Kesian kat driver punya pasal aku pun offer la diri untuk drive Proton Perdana V6 yang disponsor tu.

Tak meriah la aku kan kalau tak snap. Mari kita lihat aksi kucing aku hari itu.

dengan bodyguard from Beijing, eh Perlis, Sarjan Haji Roslan. Last SMS dia berbunyi, "Semoga persahabatan kita akan kekal selamanya". Terharunya aku.....


DYTM Raja Muda berkenan mencemar duli mensnap gambar dengan aku. Sebelah aku tu pengarah Jabatan Hutan ye...Cian kat Fariz, tak dapat snap sekali....


finishing move di KFC, sejurus selepas penerbangan tuanku berlepas....maka tamat la tugas dengan rasminya....songkok pun dah hilang....

Pengalaman juga la sepanjang bertugas menjadi LO ni. Walaupun tak mencabar sangat, tapi aku rasa telah memberikan yang terbaik untuk memastikan rombongan dari Perlis pulang dengan puas hati. Maknanya kalau diorang komplen pun bukan sebab aku dan partnerku. Terima kasih diucapkan kepada semua yang telah memberikan komitmen yang terbaik. Yang tak tu, tak payah nak ucap welcome k...

Posted By Capo Grande8:01 AM

Friday, October 30, 2009

+ pertabalan DYMM Yang DiPertuan Besar : 27th Oct, the royal dinner +

Filled under: ,

At last, acara malam. Bajet boleh tidur itu siang kasi recharge stamina tapi kena meeting pulak dalam jam 11 pagi. Aku dengan cirit biritnya menggagahkan diri untuk pergi meeting tu. Sampai-sampai je, acara tak mula lagi. Perut membuak-buak nih. Lepas sejam takde aktiviti yang produktif, aku ajak partner aku balik. Tidur lagi baik da.

Petang dalam jam 6.30 aku dah sampai. Sekali lagi problem da. Asyik komplen je kan aku. Apa taknya nama rombongan diraja kali ni takde dalam senarai. Hangin betul aku, dah la partner aku kena marah (aku terselamat secara tidak sengaja, again), ada wannabe tuduh kami tak update nama rombongan. Damn, apa la wannabe nih, ko yang salah nak tuduh kami bukan-bukan lak. Dah tu dengan gaya hero bagi seat yang kompom kosong. Nasib baik la puan-puan dari Perlis sabarkan aku. Aku lak lebey marah dari diorang. Over gitu, huhuhu. Ingat lagi Puan Laila cakap, "ingat orang negeri ni je boleh komplen ke? kami pun boleh la, siap sign diraja lagi".

Apapun aku tetap maintain cun. Sempat gak snap gambar sana-sini. Mari enjoy tengok yang aku upload ni ye.

Aku dan Fidy, Raffiek Tahir mesti jeles tengok kitorang ensem macam ni...


dengan partner lagi....

dengan bodyguard dan pemandu diraja....apsal muka aku macam Abdul Wahub da???

Posted By Capo Grande2:01 AM

Thursday, October 29, 2009

+ pertabalan DYMM Yang DiPertuan Besar : 26th Oct, the crowning day +

Filled under: ,

Tak dan nak copy macam Churailiya, mau info lanjut klik sini : Portal Rasmi Kerajaan Negeri Sembilan

Semangat aku menunggu hari ini. Bukan semangat sebab penaung negeriku ini akan ditabalkan, tapi sebab nak pakai #1 dress yang 1st time aku pakai. Maybe yang last kot, sebab aku bukan 'Pegawai Takde Duit' yang banyak peluang nak pakai baju ni lagi.

Semangat punya pasal, kul 6.30 aku dah terpacak kat istana. Antara orang yang terawal la sampai. Kalah orang naik bas SUK tu. Niat di hati nak register kan untuk rombongan diraja Perlis. Senang la diorang nanti terus masuk dan duduk je. Tapi ada problem lak, seating diorang takde pulak. Penat la aku nak cari seat untuk diorang.

Mula-mula somebody bagitau aku, seating untuk rombongan diraja adalah free seating. Maka dengan tangkasnya, aku dan partner tagging seat untuk diorang ni. Kemudian dengan senang hati kami tunggu rombongan sampai dan usher mereka ke kerusi. Oh lupa, mereka ini ialah Dato' SUK Perlis dan Prof. Madya KUKUM.

Then, timbul problem lak ada orang claim itu seat dia. Nasib baik ada bantuan dari Perlis yang menyelamatkan keadaan. Phew, lega sket. Boleh la amik gambar puas2.

tolong jaga pintu dengan keris belum terhunus....

terpaksa dengan partner lagi, cemera dia la katakan....

hensem tak kami?? ada macam space cop gaban tak??

Serius letih hari ni. Dah la pakai baju ni, sangat panas wo. Peluh yang mengalir dari tubuh aku dah boleh buat goreng keropok lekor dah. Melimpah ruah macam hujan. Nasib baik la aku dapat tajaan wangian dari Mont Blanc. Kekal ayu gitu sampai ke petang, kalah Churailiya yang jaga banquet tu.

Posted By Capo Grande1:14 PM

+ pertabalan DYMM Yang DiPertuan Besar : 25th oct, the clash of 2 kings +

Filled under: ,

Istiadat bersiram ini merupakan salah satu daripada tiga acara penting sebelum berlangsungnya Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Besar. Acara pertama ialah Istiadat Pelantikan dan Pertabalan Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Aishah Rohani binti Al-Marhum Tengku Besar Mahmud yang berlangsungnya di Balairong Seri, Istana Besar Seri Menanti.

Istiadat bersiram yang bermula jam 10.35 pagi, Tuanku Muhriz dan Tuanku Aishah Rohani bersemayam di atas Takhta Rencana dan diarak dari Istana Besar Seri Menanti ke Panca Persada sejauh kira-kira 500 meter dengan disusuli empat das tembakan meriam.

Tuanku Muhriz dan Tuanku Aishah Rohani kemudiannya bersemayam di Panca Persada untuk penyempurnaan Istiadat Bersiram oleh orang Empat Istana dengan menyembahkan bedak limau setelah mengelilingi baginda sebanyak tujuh kali.

Sebaik sahaja selesai pusingan ketujuh, Datuk Seri Amar Diraja Ahmad Minal menyembahkan Cepu Bedak Limau untuk istiadat bersiram.

Tuanku Muhriz kemudiannya mencelupkan kedua belah tangan baginda ke dalam Cepu Bedak Limau berkenaan dan Datuk Seri Amar Diraja kemudiannya menjunjung duli kepada Tuanku Aishah Rohani.

Acara seterusnya diserikan lagi dengan persembahan pencal silat, tarian piring dan cak lempong lagu "Raja Bersiram'.

Tuanku Muhriz dan Tuanku Aishah Rohani kemudiannya bersemayam semula diatas Takhta Rencana dan dihela menuju ke Istana Besar Seri Menanti dengan disusuli buat kedua kalinya empat das tembakan meriam.

Istiadat bersiram diakhiri dengan majlis santapan tengahari di Dewan Banquet, Istana Besar Seri Menanti..

(sumber : Portal Rasmi Kerajaan Negeri Sembilan)

Patutnya aku tak bertugas hari ni, sebab DYTM Raja Muda Perlis tak hadir untuk menyaksikan Adat Bersiram ni. Tapi sebab aku nak feel tengok dekat2, aku pun gerak ke istana bersama partner dan driver aku.

Kapter Nizar a.k.a roomate aku masa kursus tu minta tolong aku jadi usher untuk tetamu di khemah. Aku pun amik Farihah dan Sue jadi partner aku. Sekali lagi aku pening kepala sambil marah2 dalam hati sebab kekucar-kaciran yang berlaku. Kesian kat orang yang tagging kerusi kat khemah. Kalau nak buat free seating tak payah la suruh tagging kan. Tak logik tul la. Apa pun aku tetap buat kerja aku dengan tersenyum. Lagipun aku dah excuse, kul 10.30 aku gerak la balik Seremban. Aku jadi LO untuk Alang pulak nanti.


jam 11.30 aku sampai kat rumah. Mak aku dah gerak dulu, kunun mau cepat sampai. Tapi lambat gak, sebab nak pick up Amin dan Pakcik kat tol Sg. Besi. Dalam jam 1.30 kami sampai kat rumah Ayu, Pak Ngah aku lak sesat. Perut dah lapar, santap la dulu kan. Menu hari tu memang mantap. Masakan Kelantan la katakan. Ada kari daging, acar buah, ayam halia dan paling best kerabu kaki ayam (KKA).

Lepas santap, aku n Alang jemput Pak Ngah. Pastu terus gerak ke Masjid Pandan Indah untuk prepare Alang untuk majlis akad nanti.

Akhirnya acara akad pun dimulakan. Dengan sekali lafaz sah lah Alang jadi laki orang. Owg lupa nak mention, aku salah sorang yang sahkan tu taw. Hehehe.

Alang amik gambar tutup mata...tak sabar nak tunggu malam...

Terima Kasih diucapkan kepada YB Dato' Affendi Salleh dan keluarga kerana sudi mengikut rombongan kami...


Posted By Capo Grande6:48 AM

+ pertabalan DYMM Yang DiPertuan Besar : the days before the big day +

Filled under: , ,

Be careful of what you wishing for! Adoi la, selalu je aku bagi nasihat tu kat orang lain. Kali ni aku lak pakai balik. OK la kan. Sejak dilantik jadi Pegawai Perhubungan/Pegawai Pengiring/Balaci/Kuli dan ntah apa jawatan lagi la sempena pertabalan DYMM nanti, aku dah pasang angan2 nak jadi pengiring Raja2 masa pertabalan nanti. Semua gara-gara tayangan video pertabalan agong la ni, nampak stylo je brother pakai #1 dress tu. Aku pun nak stylo macam tu la.

Tapi realiti tak seindah mimpi, selepas berjaya menjadi LO untuk DYTM Raja Muda Perlis barulah aku tahu tugas aku hanya sampai di pintu luar sahaja. Cis, tak dapat la Discovery Channel menayangkan wajah cute aku nih. Kecewa diorang tau. Aku pun kecewa gak. Tak dapat keluar TV.

Sejak hari pertama rehearsal 2 minggu lepas, aku dah nampak suasana kelam kabut yang menyelebungi persiapan majlis ini. Bapak serabut, semua orang nak jadi ketua. Asykar, Istana dan Seketariat sendiri. Jadi la kami ni (LO2) bahan pelepas nafsu amarah beberapa pihak. Nasib baik la tak melampau sangat, so aku boleh tahan lagi la. Kalau tak, keluar la bahasa sopan aku di khalayak umum. Kantoi kuat melawan. Hahaha.

Maka berkampung lah aku di sana. Katanya buat meeting, tapi chatting je. Katanya nak rehearsal, tapi buat tayangan umum or buat kena marah je tengah panas. Tak kuasa aku nak layan orang macam ni.

Sebab suasana dah cukup memeningkan, aku buat keputusan tak mau ikut pening sekali. Baik aku enjoy buat keje aku sambil kenal2 kawan baru. Nasib la partner aku OK, kalau skema mampus aku.

Banyak gambar aku snap tau, sebagai kenangan (takkan nak cakap gayat lak kan). Marilah tengok, jangan malu-malu ye nak puji. Ni sebahagian je yang ada kat aku, nanti aku copy kat camera orang lain lak. Barulah meriah kehidupan.

makan2 sebelum kena marah

tempat DYTM bakal bersemayam

fitting #1 dress kat umah K, dayang istana sedang masak cekodok kangkung


partner aku...mantapp...


Azlan the impostor: Mempergunakan nama aku untuk mencuri partner aku....Terangan kantoi....hehe....


Barisan LO kaki pukul berhaluan kiri diketuai oleh Miza....




Posted By Capo Grande6:01 AM