Tuesday, February 24, 2009

+ aku yang menerbitkan album +

Filled under: ,

Malam yang panjang ini membuatkan aku kebosanan. Lantaran itu aku telah mengisytiharkan malam ini ialah malam "CD Making History". Ini adalah kerana koleksi lagu aku sudah mencapai tahap perpustakaan muzik tetapi amat jarang dapat dinikmati. Jadi dengan pembakaran CD Audio ini dapatlah menyerikan saat indahku di dalam kompressor.

9 album telah terhasil malam ini. Di bawah ini aku senaraikan album-album terbabit:-
  1. Sangka Harmoni Versi BM - Menampilkan lagu-lagu jiwang yang agak harmoni di pandangan mata kasar.
  2. Sangka Harmoni Versi BI - Juga lagu-lagu jiwang.
  3. Mari Belajar Bertutur Versi BM - Lagu-lagu yang sesuai untuk kanak-kanak gagap.
  4. Mari Belajar Bertutur Versi BI - Untuk kanak-kanak gagap antarabangsa.
  5. Best of Duet
  6. Best of Boyzone & Boyz II Men
  7. Best of Weird Al Yankovic
  8. For Somebody - Dibakar berdasarkan permintaan peminat.
  9. Keyci Saun - Lagu-lagu berentak rancak untuk latihan shuffleku.
Diharap dengan kehadiran album-album ini di dalam kereta tidaklah aku kebosanan menghadap trafic jam di bandar metropolitan ini. Masyarakat juga tidak boleh memandangku serong lagi apabila melihat aku menghantuk-hantuk kepalaku di cermin kereta.

DAPATKAN YANG ORI, BUKAN SPICY DI PASARAYA BERDEKATAN!!! 
HAPUSKAN CETAK ROMPAK!!!

*Bila la nak start bola ni ek...lambatnya kul 3....huhuhu...

Posted By Capo Grande10:40 AM

Sunday, February 15, 2009

+ aku yang menonton teater +

Filled under: ,

Walaupun aku masih demam, aku masih tidak melupakan temujanji teaterku bersama sahabat. Ternyata kehadiranku itu tidak sia-sia kerana teater Perempuan Dot Dot Isteriku mampu membuat aku tersenyum dan tertawa.

Teater ini mengisahkan mengenai Zakiah seorang ibu ayam yang dipaksa berkahwin dengan Rahim. Zakiah yang ada skandal dengan lelaki lain telah membomohkan suaminya dengan menggunakan nasi kangkang. Di akhir kehidupannya, Zakiah terseksa kerana dosa-dosanya. Mujur Rahim sudi memaafkan Zakiah sebelum menghembuskan nafas yang terakhir.

Keseluruhan teater ini agak menarik kerana menampilkan watak Tok Moh yang begitu spontan dengan loghat Negeri Sembilan. Di samping itu ada juga adegan tarian berlatarbelakangkan lagu Sway dari Pussycat Dolls. Aku hanya sempat merakam sedikit adegan tarian itu kerana telefonku kehabisan bateri. Walaubagaimanapun, adegan sedih dan menginsafkan agak gagal menyentuh hati. Mungkin kerana aku sudah ketawa terbahak-bahak dengan adegan lucu sebelum itu.

Aku masih terasa kerugian kerana tidak menonton Puteri Gunung Ledang. Nampaknya teater Perempuan Dot Dot Isteriku merupakan pembuka tirai kalendar teaterku untuk tahun 2009.

Posted By Capo Grande6:21 PM

+ aku yang menjalani valentine yang hangat +

Filled under:

Semalam tanggal 14hb Februari. Tarikh yang dinanti-nantikan oleh pasangan kekasih di seluruh dunia. Tarikh ini merupakan Hari Valentine ataupun hari memperingati kekasih.  Maka untuk mengingati kekasih pelbagai sambutan dilakukan, hadiah bertukar-tangan. 

Seringkali timbul persoalan dalam jiwa memberontak aku, kenapa hari ini perlu untuk mengingati kekasih. Bagi aku, aku lebih gemar mengingati kekasihku pada hari Isnin hingga Jumaat, pendek kata hari-hari. Entah kenapa aku tetap tidak berminat untuk menyambutnya.

Apa yang ingin dikongsi bukanlah bagaimana aku menyambut Hari Valentine semalam. Seperti biasa bagi aku, tiada sambutan dilakukan mahupun ucapan dan hadiah yang aku berikan kepada sesiapa. 

Semalam ada sedikit kelainan bagi aku. Aku membuka hari dan menutup hari dengan seorang gadis yang sama. Adakah sebelum ini aku membuka dan menutup hari dengan gadis yang berlainan? Jawapannya ialah tidak, kataku yang agak alim ini. 

Paginya aku membuka hari dengan bersarapan pancake yang agak sudah lama tidak dinikmati. Aku tidak sangka pancake yang kecil dan comel itu mampu memenuhkan perutku sehingga jam 2 petang. 

Di sebelah malam, aku memenuhi jemputan majlis tahlil Cik Yan 2 bersama dengan Aziz Karim. Selepas menghantar Aziz Karim pulang aku menjemput gadis itu untuk menikmati kopi malam. Kami menghabiskan malam itu dengan melakukan perbincangan ilmiah yang meliputi topik seperti ekonomi, politik, hartanah, pelaburan, sukan dan sejarah tamadun Islam. 

Aku sampai ke rumah tepat jam 4 pagi. Di dalam kemamaian aku itu, aku bertanya satu soalan untuk diri aku sendiri yang menunjukkan aku seorang yang tidak cukup ilmu agama. Alhamdulillah, akhirnya aku memilih jawapan yang betul sebelum tidur.

Aku bangun hari ini jam 11 pagi. Sampai saat ini aku masih kepeningan. Akhirnya baru aku sedar, badan aku panas hari ini. Hangatnya valentine semalam hingga aku demam hari ini.

Posted By Capo Grande1:21 AM

Thursday, February 12, 2009

+ aku yang mahu tidur seperti kucing +

Filled under:

Aku ada seekor kucing. Nama kucing aku Gemok. Malam tadi Gemok tidur dengan lena seperti biasa tidak seperti aku. Kami ada persamaan. Kami sama-sama comel ketika tidur. Cuma aksi Gemok lebih menggairahkan. 

Sebelum tidur Gemok suka bermain-main dengan kakiku. Aku yang sedang santai sambil berYaiEm dan berGugelTok tanpa segan silu menyepak Gemok tanda kemesraan kami.


Inilah aksi Gemok ketika tidur. Kadangkala Gemok akan mengigau sambil menyanyikan lagu Makhluk Tuhan Paling Seksi.

Posted By Capo Grande5:13 PM

Wednesday, February 11, 2009

+ aku yang menerima award +

Filled under:

Terima kasih diucapkan kepada bB sYasYa kerana menganugerahkan award top commentator ini. 1st award la pulok....huhuhu....


Posted By Capo Grande5:43 AM

Wednesday, February 04, 2009

+ ada masa +

Filled under: ,

Pagi itu Kamil bangun awal. Selepas solat subuh dia ke dapur, menyediakan sarapan pagi. Sara yang baru selesai mandi kehairanan melihat tingkah suaminya. Walaupun begitu dia hanya mendiamkan diri sambil menikmati nasi goreng bersendirian. Kamil seperti tergesa-gesa keluar rumah namun masih sempat mengucup dahi isteri kesayangannya itu. Memang Sara sahaja satu-satunya isteri Kamil buat masa ini.

Sebelum keluar rumah Sara terlihat sekeping nota yang ditinggalkan oleh Kamil. "Patutlah senyap tadi, rupanya tak sempat nak bercakap." Sara berbisik sendiri. Nota itu diambil dan dimasukkan ke dalam beg tangannya. Tidak sempat untuk Sara membaca nota kecil itu, dia pun mengejar masa untuk ke pejabat. "Ada masa lagi," alasannya untuk mengabaikan nota itu. Tiba sahaja di pejabat, Sara mulai sibuk dengan tugas seharian. Ada mesyuarat yang perlu dihadiri dan dokumen untuk disemak. Nota Kamil terdiam sepi tanpa sempat dibaca Sara.

Masa terasa cepat berlalu hari itu. Sara bergegas pulang tanpa menghiraukan kerja yang tertangguh. Memang begitu rutin harian Sara. Niatnya hanya satu, untuk sediakan makan malam untuk suami tercinta. Hari ini Sara sudah berkira-kira untuk masak sup tulang kegemaran suaminya. Sempat Sara berkunjung ke Tesko berhampiran untuk membeli bahan yang diperlukan. Setelah penat memasak Sara menyediakan makanan di atas meja makan.

Sementara menunggu kepulangan Kamil, Sara menonton berita. "Sudah lewat setengah jam, mana si Kamil tak pulang-pulang", Sara yang agak penat hari ini mula berang. Selalunya Kamil pukul 8 tepat sudah ada di pintu rumah, merengek kelaparan. Sudah biasa juga Sara marah, tapi akan hilang melihat kerakusan Kamil meratah masakannya.

Jam sudah menunjukkan pukul 9. Kamil masih belum pulang. Hati Sara dilanda resah. Sudah 2 kali dia cuba menelefon Kamil namun tiada jawapan. Terngiang di benaknya satu persatu laporan berita mengenai kemalangan ngeri hari ini. Hatinya sudah berprasangka buruk. Tiba-tiba Sara teringat nota kecil peninggalan Kamil pagi tadi. "Ya Allah, mungkin itu kata-kata terkakhir Kamil", jerit hati kecil Sara.

Jantungnya mula berdegup kencang, air mata ditahannya dengan tabah. Sara takut kehilangan Kamil. Perlahan-lahan nota itu dibukanya. Tangannya yang terketar-ketar menahan sebak yang teramat. Nota itu ditatap dan dibaca dengan sepenuh hati.

"Sayang, Abang tidak pulang malam ini jangan masak tau. Abang tidur rumah Wanie". Ringkas dan padat.

Sara tersenyum kelat. Dia terlupa dia baru seminggu dimadukan.

"Tak mengapalah, ada masa lagi untuk mebiasakan diri", perlahan Sara menuju ke kamar untuk tidur keseorangan.

**********************************************************************************

Sudah lama Matrus memerhatikan Sasya. Gadis kecil molek berkulit hitam manis itu menjadi pujaan hatinya semenjak gadis itu mula bekerja di sini.

Bukan tidak pernah Matrus cuba untuk mendekati gadis itu tetapi dia malu untuk memulakan bicara. Seringkali mereka bertembung ketika menuju ke kantin dan seringkali jugalah Matrus hanya memberikan senyuman kepada gadis itu. Mujurlah dibalas, jika tidak tentu dia menyangka tiada harapan untuknya lagi. Entah mengapa Matrus kelu dan kaku bila berhampiran dengan gadis itu. Memikirkan masih ada banyak masa untuk berkenalan dengan lebih rapat, Matrus mula merancang-rancang bagaimana untuk menegur Syasya.

Akhirnya keyakinan Matrus tiba jua. Apabila dia terlihat Sasya cuba memerhatikannya, Matrus berjalan dengan penuh yakin ke arah Sasya. Salam diberi, topik bertukar topik mereka berbual. Matrus yang biasanya malu, kini petah berbicara. Sebelum beredar untuk menyambung tugasan Sasya memberikan pesanan "Abang Mat, petang nanti Sya nak jumpa abang sebelum pulang". Hati Matrus mula dihiasi bunga-bunga cinta.

Tidak sabar Matrus menanti detik jam 5. Waktu terasa seakan-akan terhenti ketika itu. Tepat jam 5 Matrus memerhatikan pintu, Syasya sudah berdiri di situ sambil memanggil namanya. Perlahan-lahan gadis itu dihampiri dengan senyuman paling menawan pernah dipamerkannya.

"Abang, Sya nak bagi kad jemputan. Nanti jangan lupa datang tau. Sya kahwin minggu depan".

Kilat sabung-menyabung di luar menandakan ketibaan hujan yang lebat. Begitulah juga hati Matrus. Mujurlah reaksi wajahnya tidak berubah. Dengan senyuman yang masih dikekalkan kad itu diambil Matrus.

"Insyaallah abang datang", ada nada kecewa dalam pertuturannya.

"Jangan lupa tau" Sasya mengingatkan Matrus sekali lagi sebelum pulang.

Matrus masih berdiri di situ, kaku dan kosong.

Hatinya berbisik "Minggu depan, ada masa lagi untuk cari hadiah".

**********************************************************************************

Tulisan kali ini diilhamkan dari lagu Ada Masa dendangan Infinatez. Dalam 3 hari ini sudah beribu kali aku dengar berulang-ulang. Sempat juga aku 'mensumbangkan' lagu ini untuk seseorang. Harap dia masih tersengih mendengarkan 'sumbangan' aku itu.

Jangan risau, tiada lagi renungan aku yang bisa membuat kau tak selesa.

Infinatez - Ada Masa

Verse 1:
Ada masa yang akan ku fikirkan
Kiranya kau pergi dariku
Bagaimanakah akan ku teruskan tanpamu

Tak sanggup untuk ku bayangkan
Andainya takdir jauhkan kau dariku
Satu yang ku mahu hanyalah kamu

Chorus:
Maafkan aku
Telah ku lukakan hatimu cintaku
Ingin benar ku memahami dirimu
Agar dapat selalu senyum di wajahmu

Verse 2:
Betapa sungguh ku inginkan
Belaian senantiasa kau berikanku
Merasa kehangatannya cintamu
Sakitnya tiap kali kau titiskan
Air jernih dari matamu
Bebanannya ku tak mampu

Chorus:
Maafkan aku
Telah ku lukakan hatimu cintaku
Ingin benar ku memahami dirimu
Agar dapat selalu senyum di wajahmu

Bridge:
Andainya
Kau tahu perasaanku padamu
Takkan kau siakan air matamu
Walaupun diriku jauh
Takkan pernah kau tiada
Di hatiku

Chorus:
Maafkan aku
Telah ku lukakan hatimu cintaku
Ingin benar ku memahami dirimu
Agar dapat selalu senyum di wajahmu

Lirik/lagu: Alvin MY

Posted By Capo Grande5:39 AM

+ aku yang mempunyai resipi rahsia untuk berskandal +

Filled under:


Hari ini aku berkunjung ke Secret Recipe buat kali kedua dalam seumur hidup aku (aku baru 19 tahun sehingga artikel ini ditulis). Kali pertama aku datang dengan seorang gadis (adik dia cakap aku salah sebut, untuk makluman dia aku org Scotland bukan Perancis) untuk sesi memanaskan badan kali ini pula aku datang bersama gadis-gadis yang lebih ramai. 

Untuk pengetahuan sesi kunjungan ini telah lama tertangguh lantaran kesibukan masing-masing dalam mengejar duniawi. Walaupun kekurangan beberapa ahli suasana tetap meriah tetapi kemaluanku tetap terserlah kerana hanya aku sahaja yang berstatus lelaki bujang 4 berada di situ. 2 orang lagi lelaki bujang 3 tidak dapat turut serta kerana menanti kepulangan Bos merangkap bekas bakal ibu mertua harapanku. 

Banyak cerita dan gossip liar kami kongsi sehinggakan tidak sedar masa berlalu. Sebelum pulang kami sempat mengambil beberapa keping gambar kenangan untuk dimasukkan ke dalam album aku yang akan berada di pasaran tidak lama lagi. Dapatkan yang original di pasaraya berhampiran!!

Walaupun agak malu aku masih mampu memberikan pose terbaik untuk peminat.

1 anak dara dan 2 mak orang....

Scandal of The Day....Gadis-gadis jangan sedey, taste aku memang akak-akak...Tolong jangan bagitau laki dia ek...Bakal mak andam aku ni...

Keju dan Intan....Dua-dua aku interview dalam 2 sesi interview yang berlainan....Macam adik-beradik kan?? Pandai aku pilih....

Pose sangka comel dari kami...kelihatan skandalku sedang melakukan cubaan sabotaj...

*Sambil edit artikel ini baru aku perasan ketiadaan gambar Salimi....

Posted By Capo Grande4:50 AM