Thursday, January 28, 2010

: sejak bila aku jadi transformer ni???

Filled under:

transformer

Sila klik untuk kepuasan nafsu mata anda.

Posted By Capo Grande11:20 PM

Tuesday, January 26, 2010

: i'm gonna start simplifying my simple life (even more)

Filled under: ,

Hari tu sebelum wayang Adnan Sempit start aku telah mengambil kesempatan ke atas seorang gadis berjalan-jalan di kedai buku. Hampir sejam di situ, aku tertarik dengan 1 buku ini.


Akhirnya aku decide untuk beli buku ni lepas tak jumpa buku lain yang menarik. Bagi aku buku ini sangat simple (sesuai la dengan tajuk kan) dan boleh dipraktikkan dalam kehidupan aku yang simple ini.

Lepas hampir 2 minggu aku beli, baru je sampai bab 4 ada lagi 3 bab nak dihadap. Pengajaran aku dapat ialah hidup aku selama ini takde la sesimple yang aku fikirkan. Ada banyak lagi cara lain lagi untuk buat hidup aku lebih simple. Selama ni, aku cuma berfikiran simple je tapi tidak menjalani hidup yang simple macam Paris Hilton tu.

p/s : lepas beli baru aku tahu buku ini bukan je jadi bestseller di dunia tapi top 10 gak kat Malaysia ni.

Posted By Capo Grande4:00 PM

Monday, January 25, 2010

: happy birthday to me!!!

Filled under: ,

Ahaks, dah tua dah...tahun ni yang ke 29 ye...

Best present, rahsia...Hanya kau dan aku je yang tahu...

And I'm proudly to announce that I'm officially in a relationship and not available until further notice.

Peace!

Posted By Capo Grande3:39 PM

Tuesday, January 19, 2010

: the music box

Filled under: ,

the music box
i bought to put it in the right place
to where it belongs

like u and me
like plants and trees
like all the smallest things in this world
have some place they should be for the best
i believe that
once i gave u the music box
i give it the best place to reside

like u and me
stay in another's arm
stay safe and warm

Posted By Capo Grande3:40 PM

Saturday, January 16, 2010

: anak kambing sesat memang comel

Filled under:

Pagi tadi, seperti biasa kalau aku ada kat Seremban ni aku mesti pergi aerobik kat Kompleks Sukan Paroi. Ayah dan adik pun join sekali.

Sampai awal aku jogging 2 round dulu. Kemudian baru aku join aerobik.

Sedang asyik aku aerobik tiba2 kelihatan pemuda yang agak kacak, berbaju coklat seluar track biru sedang mendukung seorang kanak2. Rupa2nya kanak itu sesat dan sedang mencari ibunya. Kering je brother tu dukung sampai depan. Happy ending emak budak tu rupanya ada kat tengah2 crowd sibuk mengaerobikkan diri.

Tapi, pemuda itu kelihatan seperti aku.

Ku pandang belakang, sesayap angelic mula tumbuh dan berfungsi. Perlahan gegelung halo di atas kepala aku mula bersinar. "Don't go to the light", terdengar suara adik aku menjerit.

Tapi aku makin hilang, hilang dan hilang.

p/s : akulah pemuda itu, betapa segannya aku dukung budak yang aku tak kenal depan orang ramai. Budak, kau pun pandai je nangis sebelah aku kan?? Tapi comel je. Siap marah aku tu bila aku tanya cari siapa. "Cari mak la, sape lagi??". Budak, budak, aku pandang ko kecik je tau. Kalau nak tengok budak tu comel macam mana. Ada la macam gambar ni...

comel kan??

Posted By Capo Grande7:49 PM

: seminggu yang tidak online

Filled under:

Adesh, apa la jadi kat tenet umah aku ni?? Dah la selalunya slow kekadang je laju, connection pun kadang2 lost. Nasib la aku dah tak rajin download movie lagi, kalau tak kompom aku marah yang teramat.

So, bila takleh online tak dapat la aku update blog, blogwalking ataupun mengupdate status facebook aku. Dang, terasa keuluan aku terserlah tanpa ketiga2 faktor penyebab aku setia meneman emak aku tengok tv. Ye, aku memang kurang ikhlas teman orang tengok tv.

Aku pun ambil masa terluang menonton 2 movie dalam 2 hari. Kira hebat la tu kan?? Movie apa?? Jeng jeng…

Paranormal Activity

ParanormalActivity

Lepas CLoverfield dan Blair Witch Project, sekali lagi aku terjebak tengok movie POV. Dirakam menggunakan camera biasa2 je tapi mampu meruntun hati remaja aku ini. Sangat takut okey. Pelakon pun 4 orang je. Kalau la Yusuf Haslam pandai buat movie macam ni kompom dia lagi cepat jadi jutawan. Malangnya dia tak pandai.

Cerita berkisarkan mengenai sepasang kekasih yang mana si perempuan mengalami gangguan makhluk halus sejak kecil. Mungkin saka emaknya yang tak sempat dihanyutkan menyebabkan gangguan itu berlaku sehinggalah dewasa. Si lelaki lak tersangat excited nak merakam segala gangguan yang berlaku sampai gangguan itu menjadi semakin hebat.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut silalah tonton ye. Pastikan anda bawa teman dan tidak tengok terlampau lewat malam.

Adnan Sempit

adnan-sempit Sebuah movie yang ditunggu2, kerana gazet semasa tengok Sherlock Holmes sangat nampak menarik. Jangan terpengaruh!! Ceritanya juga menarik. Sangat kelakar.

Adnan ialah seorang despatch yang agak hensem tapi bercita2 nak berawekkan Intan Lidyana (Nadia). Impiannya nyaris menjadi kenyataan bila Nadia meminta Adnan menjadi kekasih pura2nya sempena reunion yang bakal diadakan. Mampukah Adnan menyesuaikan diri dalam dunia kaya raya Nadia?? Dan bagaimanakah Nadia menghadapi dunia rempit Adnan? Sama2 lah anda beli tiket sendiri dan tonton ye.

Hari ini internet aku dah ok. Tak sia2 aku troubleshoot cable phone aku. Aku suspect maybe cable ataupun splitter yang rosak. TM, maafkan aku kerana memakimu. Yeah, TM sucks…

Posted By Capo Grande6:23 AM

Wednesday, January 13, 2010

: tak sakit pun

Filled under:

Semalam hari ke-3 aku cuti, plus hari khamis cuti keputeraan Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan aku terasa macam cuti sem. Nyaris je terlupa semalam ada appointment dengan doktor gigi.

Adus sakit betul gigi aku ni, dah 4 bulan tahan. Tahan sakit pulak aku kan? Appointment pun asyik tunda je. Survey klinik lagi mana murah, cari testimonial terbaek akhirnya aku pilih Klinik Pergigian Zarith.

Sekali lagi check ada sebatang lagi rosak da. Doc suggest buat rawatanz akar. Ye, sebut betul2, a.k.a.r akar. Huhu. Tapi tu postpone dulu, aku kurang mampu lagipun tak sakit lagi pun.

Nak tau gigi mana yang aku cabut? Kalau aku sebut third molar memang sah2 korang tak faham. Aku pun. Nasib baik aku dengar apa doktor tu cakap. Balik je aku google. FYI, third molar ialah wisdom tooth ataupun gigi geraham bongsu (Rujuk Gambargajah diibawah ye ;-)...) Habis 1 kewisdoman aku. Macam mana nak jadi wizard ni.


Akhirnya tercabut la gigi aku. Bius tak sakit, cabut tak sakit. Terasa macam best je kena pegang dengan gadis. Huhu. Fitnah je sape cakap sakit cabut gigi, bikin aku seram je. Jadi adik2 jangan takut ye, anggaplah doktor gigi sebagai kawan kita.

Akhir kata sayangilah gigi anda. Kita tak tahu siapa kita kan ciomolot hari ini.

Posted By Capo Grande8:34 PM

Wednesday, January 06, 2010

: semalam ialah semalam

Filled under:

Semalam ialah esok bagi sehari sebelum semalam. Apa yang di fikiran saat membuka mata?

Ada yang bangun dengan semangat. Memikir sesuatu dengan senyuman.
Ada yang bermalas-malasan. Mengulang rutin yang takkan selesai.

Apa di fikiran saat memejam mata?

Ada yang mengenang kisah lalu. Penuh kekesalan dan penafian mungkin juga kemanisan.
Ada yang mencongak masa depan. Hitam putih kehidupan sendiri menentukan.

Semalam ialah semalam. Tiada kuasa yang mampu mengubah apa yang terjadi semalam. Kebodohan, keterlanjuran, kenaifan dijadikan iktibar dan pengajaran. Itu yang terbaik mengenai semalam. Supaya esok tidak diulang semula.

Esok mungkin semalam bagi lusa. Asal hayat ada, esok juga masih ada.

Apa yang menarik mengenai esok ialah ia penuh dengan kemungkinan. Perancangan rapi boleh dibuat tapi hasilnya mungkin tidak seperti dijangka.

Semalam, esok, lusa corak yang diatur tuhan untuk sesuatu.

Bertindak seperti dirancang. Terima kasih pada semalam, keranamu aku menemukan erti esok dan lusa.

Posted By Capo Grande9:15 AM

Sunday, January 03, 2010

: catatan panjang weekend lalu

Filled under: , ,

Malam Tahun Baru, lepak2 sama budak praktikal (b). Kena titik 2 frame ngan Ah Beng. Giler la ko Beng tak bagi can kan brader ko ni. Pastu lepak makan kat Taipan sambil layan shisha. Terasa muda lak lepak ngan adik2.

Balik rumah, sambung layang gitar. Nanti aku intro gitar baru aku ek. Praktis lagu Yesterday sampai jam 3 pagi. Oh susahnya mau main sebijik macam Beatles. Takpe, motivasi tu kalau susah.

Sabtu pagi bangun awal. Dalam jam 7 pagi aku dah bangun. Gila rabak la mata. Takpe, semangat nak anta Anis punya pasal. Pasni takde la sape nak masak sambal pedas2 lagi. Yang Anis masak je sesuai dengan selera aku setakat ni.

Sampai di Sri Iskandar jam 12 lebih. Makan2 dulu, perut dah lapar sangat. Nasib baik tak masuk angin, kalau tak makin kembung la aku.

Lepas Sri Iskandar, kami ke Teluk Intan. Ziarah Mak Long yang kena potong jarinya sebab kencing manis. Kesian tengok dia, makin kurus. Dah slim macam zaman dia ratu kebaya dulu. Moral, masa muda jangan tak jaga makan dan kena selalu bersenam.

Malam kami tidur rumah Opah. Tengok rumah Pakcik dan makin besar. Barulah sesuai dengan statusnya sebagai jutawan kelapa Sabak Bernam. Bangga gak aku sebab ada dalam keluarga aku jutawan.

Ahad, kami bertolak ke arah jalan pulang. nanti mau singgah rumah Bob Adi, ambil kad kahwin dan juga pergi kenduri Hasanol Hadi dan Ellina.

OTW dari rumah Bob, ada la satu Wira ni cuba potong aku kat lorong sempit. Dah la jalan tu depan rumah orang kenduri kahwin. Bila RELA tu suruh dia reverse, Wira sengal ni reverse sampai ciom kereta aku. Habis bumper aku. Takmau borak banyak (sebab mamat tu macam masuk air je) aku buat report polis lepas kenduri Hasanol. Padan muka driver Wira tu. Report pun dia kena saman. Tapi masalah pulak aku nak pergi amik salinan report tu. Tunggu next week la cuti panjang.

Dalam jam 2, sampai rumah Angah kat Pandan. Baring, baca komik dan terlelap. Sampai la jam 5, aku bertolak balik.

Dah sampai Seremban ingatkan dapat rehat. Ayah suggest kami lepak Pak Asan Sup Power (nanti aku intro kedai ni yek). Tapau makanan baru kami sampai rumah.

Home sweet home, finally i'm bad back. Macam mana letihnya aku menulis ni macam tu la badan aku. Oh me, i'm so old. Kena kahwin cepat la nampaknya. Huhu.

Malam sambung praktis gitar lagi. Juga sampai pagi.

Posted By Capo Grande5:30 PM