Showing posts with label sports. Show all posts
Showing posts with label sports. Show all posts

Wednesday, June 16, 2010

: futsal oh futsal

Filled under: , ,

A picture tells a thousan word, a word tells a thousand lies. Alasan orang malas menaip. So, enjoy the pic ya...
aksi5
Jangan susah2 hati nak cari mana aku. Kalau nampak mamat pakai jersi England, main kekok2 sket itulah aku. Sesungguhnya aku bukanlah pemain futsal profesional.

Final result, JPBD 21 – UPTM 16. Kalah tipis je walaupun tak practise. Nasib baik aku mintak diorang bagi can, kalau tak maut kitorang kalah. Huhuhu..

p/s : minggu depan buat lagi yek!!!

Posted By Capo Grande6:30 PM

Thursday, June 10, 2010

: saya & WC

Filled under: , , , ,

Terima tag dari Mekchu pasal WC. Here goes my story…..

WC2010 
Long long time ago, in the galaxy far far away, there’s an ogre named Shrek…..Wakluuu, orang suh citer pasal world cup da…

Sebenarnya takde apa pun nak citer. Aku dan world cup macam biasa2 je. Walaupun aku memang sokong England dari kecik sampai remaja ni, tapi aku takde la fanatik sangat. Selalunya aku akan sokong mana yang main cantik je.

Macam biasa aku akan angkat jersi England untuk menjadi bukti aku sokong walaupun cetak rompak je. Tapi tahun ni lain sket. Aku kena beli 2 jersi. Satu untuk aku, satu untuk Mrs. Wildcutecat. Dah dia minat Argentina kan. Jadi sebagai suami yang mithali aku pun belikan la untuk dia. Dia minat pun sebab Messi je. So, kalau Argentina main messy nanti pun dia sokong gak. Dia dah minat tu jangan dilawan. Sama la dengan kes dia minat Ruminah Sidek dan Johny Lever. Jangan sintuh, silap2 boleh gaduh. Huhuhu…

Bersatu tapi tak sebulu. Aku blonde owkey…argentina-plus-england

Dulu masa WC2002, aku hari2 tengok game. Biasa time praktikal budak2 sume bertungkus-lumus kerja. Tapi aku rilek2 je duk umah tengok bola. Tapi tahun ni takleh la buat camtu. Mengamuk bos aku nanti.

Takde pe nak citer lagi ni Chu. So aku off la. Sebelum tu aku nak tepek jadual perlawanan yang aku amik dari Berita Semasa.com. Bukan Astro je ada live, TV1 pun ada gak tau. So sape2 yang takde Astro jangan risau, nanti saya uruskan semua.

jadual-perlawanan7

 jadual-perlawanan22

 jadual-perlawanan32

So, untuk kemudahan korang, download dan print jadual di atas. Senang buat rujukan nanti.

p/s: Apa?? Tak kenal Johny Lever?? Ini gambar beliau ye. Huhuhu….
johnny-lever-wallpaper

Posted By Capo Grande6:44 PM

Friday, June 04, 2010

: marey2 beli jersey

Filled under: , ,

Ya ya, sempena World Cup fever yang sedang melanda seorang tokey baju telah menceburkan diri ke dalam bidang perniagaan jersi.

Mari2 ramai jengah ke blog Yincik Hashrie untuk tengok2. mana tau berkenan lak.

Siapa yang berminat boleh hubungi beliau sendiri di talian 012-6574799 atau email di ayieliana@yahoo.com.

Gred AAA, Size M dan XL sahaja, Harga RM55 (Deposit RM30). Jersi akan dihantar dalam masa 7 hingga 14 hari.


Jersi Afrika pun ada, kellas la kedai ni.

Posted By Capo Grande12:55 AM

Sunday, May 09, 2010

: it’s not over

Filled under: ,

manchester-united-wallpaper-800x600Tiada hadiah perkahwinan dari Rooney, Ferguson dan Old Trafford.

Aku tak kisah pun, korang datang je kenduri aku nanti.

Tahniah Chelsea yang muncul juara dan menjahanamkan Wigan 8-0.

Untuk Spurs, selamat datang ke Champion League.

Untuk peminat Liverpool, sekali lagi aku nak ucapkan “You have to walk alone”.

Awal musim 2009/2010 aku di sebuah pengakhiran.

Penamat musim 2009/2010 aku di sebuah permulaan.

Time does fly isn't it??

Posted By Capo Grande6:01 PM

Tuesday, March 09, 2010

: bowling itu bowling chenta

Filled under: ,

IMG_5043
Ini bukan aksi strike ye, spare je pun time ni. Tapi celebration haruslah over gitu. Awww, tak rela I tau…

Malam jumaat lepas, pejabat aku meneruskan aktiviti sukan UPTM 2010 dengan acara bowling. Hajat hati memanglah besar nak menang acara ni. Tapi nak buat macam mana, aku yang tak teror ni pun dapat point paling highest dalam kumpulan *blushing*. Malunya puji diri sendiri. Huhuhu.

Resultnya, team aku ‘Print Screen’ berjaya mendapat tempat kedua dan aku tempat keenam individu.

p/s : Nama2 kumpulan tu aku yang cadangkan. Print Screen, Num Lock, Page Up dan Backspace. Tapi nama Backspace digantikan dengan Caps Lock.

Posted By Capo Grande4:15 PM

Saturday, November 14, 2009

+ ole ole dari poco poco +

Filled under: ,

Wah, semangat betul aku pagi ni nak update blog. Maklumlah dah la bangun awal tunggu azan (weekend tu), siap2 untuk ke poco2 lagi. Plan lepas poco2 mau tennis satu lagi sessi dengan Apad.

Sampai2 je di Kompeks Paroi, acara dah start. Maka bersenam aerobik la aku. Ingat kena kencing dengan Nuyui, nasib dia cakap poco2 last sekali. Huhu.

Sedang asyik menari, aku pun tak lepaskan peluang untuk scan gadis2. Yeah, jumpa. Berbaju putih seluar yankee berjambul di depan. Menarik. Makin lama aku makin rapat. Bukan apa, aku nak mengelakkan sinaran mentari pagi yang membekalkan vitamin D. Panas dowh, berpeluh2 aku.

crowd yang hadir

Selesai acara, Apad call cakap court penuh.Dang, keciwa. Adik nak main buaian lak. Teman kan dia sambil tengok gadis tadi. Tak balik lagi.

Pastu adik nak tukar main alat2 senaman kat area futsal. Kebetulan lalu, aku singgah jap kat tempat gadis tu berborak.

"Assalamualaikum. Hai, saya Azlan", intro beb. 1st impression always important, remember gays, eh guys.

Pastu aku tak ingat ayat pe lagi. Yang penting aku menyatakan objektif untuk berkenalan. Ya sangat penting, jangan meleret2 ye untuk introduksi diri dan objektif.

Kak Zira tiba2 menyampuk, "Ha, baik la tu. Terus la tanya mak dia". Adoi la, datang ngan mak ke. Aku ingat akak dia. Kalau la aku tahu, mesti aku melakukan pembatalan sesi di situ. Sambil borak aku tanya nama gadis, Az*r* (rahsia buat masa ini).

Borak2 dulu ngan mak dia. Si gadis bertanya, "Kerja MPS ke?". Pastu terus sambung borak2 ngan mak dia tanya orang itu ini di MPS.

Last2 sebelum diorang balik, aku tanya lagi sekali. Mak dia bagi hint, "Nak tanya apa2, tanya la tuan punya badan".

Yeah dah dapat restu apa lagi. 1st tanya facebook dan emel. Takde?? Duduk gua ke?? dalam hati je la aku cakap kan. Terpaksa la aku mintak nombor tepon dia. Agak2 korang dapat tak?? Hehe..

Lepas je anta diorang kat kereta. Aku patah balik untuk tengok adik. Kak Zira tanya aku dapat ke tak? Aku senyum je sambil cakap tutup mulut, "Sekali emak dia da". Haha, dia pun gelak semacam sambil bagi tips2 untuk aku. Terbaek la kak, minggu depan kita jumpa lagi ;-).

Oh, tak sabar nak tunggu minggu depan. Mau jumpa Az*r* lagi. Sambil aku tulis, sambil aku senyum miang.

Petang mau ke Summit USJ, Rosin bakal membuat special appearance di situ. Jumpa di sana.

Posted By Capo Grande5:38 PM

Friday, November 06, 2009

+ final piala malaysia 2009: negeri sembilan vs kelantan

Filled under: ,

Tarikh : 07hb November 2009
Tempat : Stadium Nasional, Bukit Jalil


Siapa pun pemenang, ia tetap menjadi sebahagian dari lipatan sejarah bolasepak tanahair.

Harapan aku:
- penyokong yang pergi stadium, selamat pergi dan pulang...elakkan pergaduhan dan tragedi...
- pemain2, bebas dari unsur rasuah...mainlah dengan penuh maruah...
- hooligans, stay out of the game...

Salam glory glory....

Posted By Capo Grande7:49 AM

Thursday, August 13, 2009

+ 15hb ini +

Filled under:

Tak sabar aku menanti tarikh 15hb Ogos ini. Jantungku kencang berdegup. Mungkinkah tamat segala penantian aku selama ini ataupun bermula satu lagi penantian yang panjang? Apapun aku redha.

English Premier League Season 2009/2010,
Sienta la pasión!!!
Untuk itu aku ingin nyanyikan 1 lagu. Seperti biasa, aku penuh dengan lagu. "Glory, glory Man United. Glory, glory Man United".

p/s aku tengok je pandai, main hampeh.

Posted By Capo Grande6:06 AM

Wednesday, May 27, 2009

+ my baby +

Filled under:

Posted By Capo Grande10:39 PM

Sunday, May 17, 2009

+ we are the champion +

Filled under:

Malam tadi bersama Anted dan Apad, aku menonton pelawanan MU - Arsenal di Azhar Maju, Senawang. Kami semua sepakat minum tongkat Ali untuk menjaga stamina hingga lewat malam kononnya. Tapi ngantuk juga, bosan tengok game yang ntah apa-apa.

Last result, seri 0-0. Jangan tanya siapa kosong k. MU juara EPL kali ke 18 menyamai rekod Liverpool. For Liverpool fan, You have to walk alone again.

Bos, saya mau cuti minggu depan. Mau tengok Champion League Final. Kasi lulus ek bos???

Posted By Capo Grande5:37 AM

Thursday, May 07, 2009

+ perlawanan amal tenis jelajah seremban +

Filled under: ,

Tarikh : Jumaat (08hb Mei 2009)
Masa : 9.00 malam
Tempat : Gelanggang 2, Kompleks Sukan Paroi, Seremban, N. Sembilan
MASUK PERCUMA, KELUAR FREE !!!!!

Posted By Capo Grande4:13 AM

Thursday, January 22, 2009

+ aku yang baling bola boling +

Filled under: ,

Rabu, tanggal 21 Januari 2009 menyaksikan hari aktiviti sosial sedunia aku. Selepas berkaraoke di waktu petang, MiG telah mengajakku menyertai aktiviti boling bersama keluarganya. Aku yang baru pulang membeli-belah bersama nenekku lantas menukar pakaian yang lebih bersopan kerana telah dimaklumkan akan kehadiran adik dan adik ipar MiG.

Sesampainya aku di Jusco, aku dapati mereka sedang bermain pool sementara menanti gelanggang yang ditempah. Aku dengan tidak membuang masa terus menunjukkan bakat yang dilatih sejak darjah 6 dengan meletupkan 4 biji bola pool dengan berturut-turut. Ternyata latihan intensif di Pusat Permainan Ah Sai selama 5 tahun membuahkan hasil kerana mampu untuk membuat gadis-gadis kekaguman.

Untuk pengetahuan, ini adalah kali kelima aku bermain boling dan hanya kali ketiga bermain dari awal ke akhir. Aku yang menggunakan nama Brad Pitt bermula dengan langkah sumbang apabila gagal untuk mendapatkan sebarang spare mahupun strike. Kebangkitan aku di saat akhir meresahkan pencabar lain yang memandah rendah aku sebelum itu. Berikut adalah keputusan rasmi yang dikeluarkan sejurus selepas permainan tamat.

  1. Adik ipar MiG 2
  2. Biras MiG
  3. MiG
  4. Aku

Kegagalan ini akan menjadi dorongan dan iktibar buat aku dalam menghadapi sebarang kejohanan samada di dalam ataupun di luar negeri. MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA!!!


Kontijen MiG puas selepas menyapu bersih semua pingat dipertandingkan:

Dari kiri; Adik ipar MiG 1, Biras MiG, Adik Ipar MiG 2, MiG Jr, MiG, Orang Rumah MiG, Adik MiG.

Posted By Capo Grande4:31 PM