Showing posts with label info. Show all posts
Showing posts with label info. Show all posts

Monday, June 14, 2010

: online school

Filled under: , ,

Aha, bunyi macam menarik kan?? Tapi tak menarik pun sebenarnya. Hehe…
logoApa benda online school yang aku nak promote arini?? Ianya satu website yang memaparkan statistik2 dalambentuk grafik yang menarik. Kira mudah la untuk yang sengal2 otak macam aku ni faham dengan lebih mendalam.

Sebenarnya banyak yang menarik dah aku baca kat sini. Aku tepekkan 1 untuk tatapan kita bersama ye. Silalah klik untuk tumbesaran. Jangan malu2…
softdrinks So, kalau ada sesape yang berminat untuk tambah pengetahuan bolehlah menyusuri laman web Online School ni. Aku pun tak habis baca lagi. Tambahan info lagi boleh rujuk gambar di bawah.

about-us

Posted By Capo Grande2:02 AM

Monday, June 07, 2010

: all about Negeri Sembilan

Filled under: , , , ,

Hai semua, nak mengumumkan blog terkini aku iaitu All about Negeri Sembilan. Inilah projek baru aku yang buat aku sibuk kunun2nya tu. Tapi takde la sibuk sangat sebab aku buat time aku free and easy je. Link pun aku daa letak dalam blog ni. Kalau korang perasan belah kiri atas blog ni kan ada bendera Negeri Sembilan tu. Ha, klik je kat situ insyallah akan didirectkan ke blog All about Negeri Sembilan tu.
banner

Ini muka banner blog aku tu. Sorry la aku tak pandai design2 kasi cun. Lagi satu nak bagitau blok ini akan ditulis sepenuhnya dalam bahasa Inggeris. Walaupun aku tak pandai sangat skipping in the roundabout, aku try gak tulis. Boleh la aku praktis kan Englishman aku ni. Huhuhu.

Kalau ada sape2 nak promote blog All about Negeri Sembilan ni kat blog masing2, kat sini aku sediakan cara2 macam mana nak buat macam aku tu. Caranya simple pimple je, just follow instructor kat bawah ek…

1. Login ke dashboard blogger.com anda

design page element2. Pergi ke Design –> Page Elements
add a gadget 3. Klik ‘Add a gadget’ –> pilih HTML/Java Script
html 4. Copy paste kod di bawah (warna merah tu boleh edit sendiri ye ikut kesesuaian)

<div style="position: fixed; top: 0px; left: 2px;">
<a href='http://allaboutnegerisembilan.blogspot.com/' title='all about negeri sembilan' target=’_blank’><img src="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhkplZ_nN6m5Z6uP-qVrWySSfk1cZPGsD0D4e24u_XSSKNs11SBTQ4upjiEHNBnQSBxA7_SibfuG_aZSexzKOktPuIQJ9P1V-hhfJDyu3Jf2tZl5_jncJQTDrMeZiwprCpZN29Z9Dz8EIuN/s320/lugu.jpg" height="190" /></a>
</div>

5. Klik ‘Save’ dan ‘Save’ lagi sekali.
code 6. Preview / refresh blog anda. Tadaaa, berhasil bukan.

Itulah tutorial yang tak seberapa dari aku. Kira boleh guna untuk benda lain gak. Takde la paksaan untuk korang promote pun blog aku.

Ok tu je buat masa ni, kalau ada komen/cadangan/kejian./umpatan sila kemukakan ye. Jangan2 malu2.

Posted By Capo Grande12:34 AM

Tuesday, January 06, 2009

+ 7 Days Into 2009 #2 - 10 Muharram +

Filled under:

14 perkara yang sunat dilakukan pada hari asyura (10 muharram, bersamaan rabu, 7 january 2008) 

 1. Melapangkan masa/belanja anak isteri - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.  

2. Memuliakan fakir miskin - Allah akan melapangkan dia dalam kubur nanti. 
  
3. Menahan marah- di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha. 
  
4. Menunjukkan orang sesat - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya, 
  
5. Menyapu/mengusap kepala anak yatim- Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut sapuannya. 
  
6. Bersedekah - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada fakir miskin di dunia ini. 
  
7. Memelihara kehormatan diri - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan. 
  
8. Mandi sunat - tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. 
  lafaz niat: "sahaja aku mandi sunat hari asyura kerana Allah taala" 
  
9. Bercelak - tidak akan sakit mata pada tahun itu. 
  
10. Membaca qulhuwAllah hingga akhir seribu kali. - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmat di akhirat nanti. 
  
11. Sembahyang sunat empat rakaat. - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. 
lafaz niat : "sahaja aku sembahyang sunat hari asyura empat rakaat kerana Allah taala" 
pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di baca qulhuwAllah sebelas kali. 
  
12. Membaca "hasbiyAllahu wani'mal wakil wa ni'mal maula wa ni'mannasiiru" - tidak mati pada tahun ini. 
  
13. Menjamu orang berbuka puasa - diberi pahala seperti memberi sekelian orang islam berbuka puasa. 
  
14. Puasa niat - diberi pahala seribu kali haji,seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka. 
lafaz niat : "sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari asyura kerana Allah taala"

Aku cuma sekadar ingin berkongsi sahaja....aku memang tak buat sebab aku sendiri tak peka Hari Asyura ni.....tapi sebagai umat Islam, elok lah kalo kita sentiasa melakukan kebaikan2 di atas walaupun bukan pada Hari Asyura.....Janganlah hanya mengejar fadilat2 dan pahala sahaja sehingga keliru konsep kita sebagai hamba pada Nya.....

Posted By Capo Grande8:04 PM