Saturday, November 21, 2009

+ akustika suria band kita@summit usj +

Filled under: ,

Ahad lepas, aku dan Apad bergerak secara sehala ke The Summit USJ. Mau layan Rosin lagi sekali. Info Apad, Rosin bakal jadi special appearance di sini. Hebat.

Sebenarnya show ala2 macam kat Terminal 1 je, tapi Apad cakap kat sini lagi kelassss, ada Mamak Village yang dia suka lepak tu. Show pun sempena ulang tahun ke 11 The Summit.

Ada 6 band buat show. Aku tak kenal pun, korang aku tak tau la kenal ke tak.

1. Matahari
Nice show band ni, persembahan bertenaga. Dah la muka penyanyi dia macam Helmi, budak opis aku. Diorang nyanyi lagu omputih best, tapi nyanyi lagu BM kantoi. Agaknya penyanyi dia lahir kat UK kot.

2. Tak tau nama band ni da

Tapi aku respect, showmanship yang sangat jujur. Selamba je diorang nih. Kalau korang tengok brader seluar ketat kat belakang tu yang angkat kaki tu, kompom korang bajet diorang nih rock kerazzz. Kalau la brader belakang tu ajak aku lumba lari bawak telur dalam seluar pakai seluar tu, kalah teruk aku sebab telur pecah. Dia senyum je pecut.

Penyanyi dia pun selamba gak.

Kalah Inul tu punya tonggek, baekkk punyaaa..

3. The Rocket
4. Maffla21

Band dari Muar ni. Jamshid mesti suka.

5. Mistikus
6. Rosin


Yang ditunggu, sampai punya la awal si Pot ni. Respek la. Macam biasa ada gambar aku ngan dia kat backstage, tapi sebab muka aku tak senereh sangat aku tak jadi la tepek kat sini.

******************************************
Ha, yang ni bukan artis tapi ex-classmate aku Hamdan. Last jumpa dia masa umur 13 tahun. Thanx to the power of the internet, we met again.

"Ko boto2 jang, ejo Summit satu M ko duo M??"

Aku dan Yufar, last snap ngan dia masa kat form 3. Tua dah kau Yufar rupanya

Apad melakukan cubaan meminta rokok di Mamak Village. Apapun kami puas hati sebab pulang dengan Bijau.

2 comments:

  1. cubaan meminta merokok , tu trick zaman sekolah dulu.. hihiih..

    berapa darjah inul tu goyang bro.

    www.pengeRindu.com

    ReplyDelete
  2. mmg gagal cobaan itu...haha...rasanya mmg gerudi abis ni, xtau la berapa darjah...lupa da nak sukat...hahaha...

    ReplyDelete