Thursday, April 30, 2009

+ aku yang cuba bayangkan hidup tanpa komunikasi berkesan +

Filled under:

Macam berat sangat tajuknya kali ini.

Aku bukannya apa, cuma aku rasa kadang-kadang aku menghadapi masalah untuk menyampaikan mesej. Selalu juga orang salah faham maksud dan tujuan aku. 

Selalu dalam mesyuarat, kalau aku ada idea yang agak bernas (rasanya) biasanya aku akan pendam. Lepas selesai mesyuarat barulah aku akan membentangkan idea tadi kepada orang yang aku rasa selesa. Selalu jugalah aku kena marah sebab aku tidak membincangkan di dalam mesyuarat.

Dalam crowd yang ramai aku juga sering ada masalah untuk berbincang. Banyak kursus aku hadiri yang memerlukan aktiviti dalam kumpulan. Setiap kali itu juga aku gagal memberikan kerjasama yang baik. Selalunya aku akan menawarkan diri untuk melukis logo untuk mengelakkan dari diajak berbincang. 

Sudah agak lama juga aku mengalami masalah ini. Mungkinkah aku rasa rendah diri yang teramat? Kurang keyakinan? Ataupun sebab BM aku nyaris gagal masa SPM dulu? Yang nyata aku gagal meggunakan kemahiran linguistik aku di dalam suasana formal atau separa formal itu.

Kadang-kadang aku rasa lebih baik jika segala komunikasi di dunia ini menggunakan bahasa mesin. Hanya ada 1 dan o sahaja. Macam dalam filem Matrix.  

00110110 00110001 00100000 00110110 01100010 00100000 00110111 00110101 00100000 00110010 00110000 00100000 00110110 00110001 00100000 00110110 01100010 00100000 00110110 00110001 00100000 00110110 01100101 00100000 00110010 00110000 00100000 00110110 00110100 00100000 00110110 00110001 00100000 00110111 00110100 00100000 00110110 00110001 00100000 00110110 01100101 00100000 00110110 00110111 00100000 00110010 00110000 00100000 00110110 00110010 00100000 00110110 00110101 00100000 00110111 00110010 00100000 00110110 01100001 00100000 00110111 00110101 00100000 00110110 01100100 00100000 00110111 00110000 00100000 00110110 00110001 00100000 00110110 01100100 00100000 00110111 00110101 00100000 00110010 00110000 00100000 00110110 00110010 00100000 00110110 00110101 00100000 00110111 00110010 00100000 00110110 00111000 00100000 00110110 00110001 00100000 00110110 01100100 00100000 00110111 00110000 00100000 00110110 00111001 00100000 00110111 00110010 00100000 00110110 00110001 00100000 00110110 01100101 00100000 00110010 00110000 00100000 00110101 01100001 00100000 00110100 00111001 00100000 00110100 00110001 00100000 00110010 00110000 00100000 00110100 00111001 00100000 00110100 01100110 00100000 00110100 00110101 00100000 00110010 00110000 00100000 00110100 00111001 00100000 00110011 00111000 00100000 00110010 00110000 00100000 00110100 01100110 00100000 00110100 00110101 00100000 00110010 00110000 00100000 00110111 00110000 00100000 00110110 00110001 00100000 00110110 00110100 00100000 00110110 00110001 00100000 00110010 00110000 00100000 00110011 00110001 00100000 00110011 00110100 00100000 00110011 00110011 00100000 00110011 00110000 00100000 00110100 01100001 00100000 00110100 00110001 00100000 00110011 00111000

Mungkinkah apabila aku cuba berkomunikasi secara biasa, orang lain hanya memahami 1 dan 0 sahaja?? Mungkin juga. Apa kata kamu?

Posted By Capo Grande5:29 AM

Tuesday, April 28, 2009

+ mari melawat negeriku - pesta buku 2009 +

Filled under:

Agak 'kelewatan' sedikit untuk promo kali ini. Tetapi anda semua dijemput hadir. Ulat buku, ulat tempe dan ulat nangka juga. MAREY MAREY!!!


Posted By Capo Grande8:59 AM

Thursday, April 23, 2009

+ aku yang concern +

Filled under:



Anda dapat melihat sebarang keganjilan di botol minuman di atas. Sekiranya tidak, anda perlu menjadi seorang yang lebih concern ye.....

FYI, dibeli di News KTV Seremban Parade...

Posted By Capo Grande2:21 AM

Wednesday, April 22, 2009

+ mari melawat negeriku - pameran kereta2 porcheku +

Filled under:

Pernyataan di atas mungkin mengakibatkan setengah orang menganggap aku seorang yang berlagak, angkuh dan sombong. Tetapi itulah hakikatnya. Bagi yang telah mengenali diri ini, kalian pasti setuju bahawa aku memang seorang yang kaya raya.....

.....dengan budi bahasa.

Selama ini aku memang suka menjadikan kereta Porsche sebagai koleksi peribadiku. Memandangkan sekarang aku sudah selesa memandu Kompressor, jadi Porsche ku hanya dibiarkan berhabuk di bawah rumah. Jadi amat jarang aku memandu Porche itu melainkan ketika hendak pergi menoreh getah.

Aku berpendapat adalah lebih baik jika aku mempamerkan koleksiku itu untuk tontonan umum. Barulah gadis-gadis tahu aku ini seorang yang kaya raya.....

.....dengan budi bahasa.

Walaupun anda bukan gadis, anda masih dijemput hadir. Bawalah bersama adik perempuan, adik ipar perempuan, sepupu perempuan dan sebagainya yang masih single untuk hadir.


Posted By Capo Grande5:27 AM

Friday, April 17, 2009

+ kehilangan 'uncle black' +

Filled under:

Malam tadi ketika kami sekeluarga ingin keluar untuk mendapatkan Limau Madu, kami dikejutkan dengan berita pemergian Allahyarham 'Uncle Black' ke rahmatullah. Secara kebetulan jiran sebelah rumah merupakan sepupu kepada arwah. Kecil kan dunia ini?

'Uncle Black' atau nama sebenar Mohd Ali Napiah a.k.a Mohdalina aku kenali ketika masih di sekolah menengah ketika aku melibatkan diri dalam perniagaan tembikai secara kecil-kecilan. Daripada arwah aku telah belajar cara menggunakan sempoa dan cara memotong tembikai yang menarik.

Arwah yang bersahabat dengan ayahku ketika bujang, merupakan seorang businessman yang tidak terlalu berkira dan selalu bermurah hati. Dari berniaga makanan hinggalah menjadi pembekal buah-buahan bergerak. Sifat arwah yang suka bergurau juga membuatkan diri beliau senang didekati. 

Semoga roh beliau dicucuri rahmat Allah S.W.T dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Al-fatihah.

Posted By Capo Grande7:50 PM

Friday, April 10, 2009

+ Hikayat Sang Superman (cont)

Filled under: ,

Seringkali Kal-El menghadapi krisis kerana mempunyai 2 identiti yang berbeza. Sebagai dirinya yang sebenar, seorang putera yang mempunyai kekuatan tiada tandingan dan juga Clark yang senantiasa lemah, tiada keyakinan kendiri dan mudah diperkudakan. Pandangan masyarakat juga berbeda. Kal-El dipandang terlalu tinggi manakala pandangan hina dilemparkan pada Clark. Hinggakan gadis yang dicintai Clark, Louis memuja Kal-El sepenuh jiwa dan raga.

Kal-El dalam dilema. Watak Clark dicipta sedemikian rupa berdasarkan pandangan sinisnya terhadap manusia. Sifat manusia yang lebih mementingkan rupa, kuasa dan harta serta rapuh di dalam oleh kerana pelbagai kepincangan yang berlandaskan nafsu semata-mata. Kal-El selesa menjadi Clark, sentiasa damai dan mendamaikan. Mempunyai gelagat yang pelbagai ragam berbanding Kal-El yang serius dan statik. Kal-El merasakan dirinya yang sebenar ialah Clark yang lemah tapi disebabkan tanggungjawab kepada nusa dan bangsa dia terpaksa menjelmakan kekuatan Kal-El. Kal-El juga mahu hidup bersama dengan Louis sebagai Clark bukan sebagai Kal-El yang sememangnya gagah perkasa. Pertanyaan sering timbul di hati Kal-El, berbaloikah menunjukkan dirinya yang disembunyikan? Bagaimana pula yang disembunyikan itu bukan dirinya yang sejati?

Anda bagaimana??

**********************************************************************************

Five For Fighting - Superman

I can't stand to fly
I'm not that naive
I'm just out to find
The better part of me

I'm more than a bird
I'm more than a plane
More than some pretty face beside a train
And it's not easy to be me

Wish that I could cry
Fall upon my knees
Find a way to lie
'Bout a home I'll never see

It may sound absurd
But don't be naive
Even heroes have the right to bleed
I may be disturbed
But won't you concede
Even heroes have the right to dream
it's not easy to be me

Up, up and away, away from me
Well it's alright
You can all sleep sound tonight
I'm not crazy or anything

I can't stand to fly
I'm not that naive
Men weren't meant to ride
With clouds between their knees

I'm only a man in a silly red sheet
Digging for kryptonite on this one way street
Only a man in a funny red sheet
Looking for special things inside of me, inside of me
Inside of me, yeah inside of me, inside of me

I'm only a man in a funny red sheet
I'm only a man looking for a dream
I'm only a man in a funny red sheet
And it's not easy
It's not easy to be me

Writer : Ondrasik, John
Lyrics © EMI Music Publishing, Sony/ATV Music Publishing LLC, Warner/Chappel Music , Inc.

Posted By Capo Grande2:31 AM

Thursday, April 09, 2009

+ aku yang champion +

Filled under:

I won at last. After plying my trade all this years wandering for the best combination and formation honestly I ain't see this coming. No words best to describe my feeling. I'm on top of the world. Hahahahaha (the Emperor new laugh).

Posted By Capo Grande8:14 AM

Sunday, April 05, 2009

+ Hikayat Sang Superman +

Filled under:

Arakian tersebutlah kisah di sebuah negeri yang dinamakan Kripton terletak jauh di utara. Adapun negeri ini diperintah oleh Seri Paduka Tuanku Jor-El yang kacak bistari bersama permaisuri tercinta, Lara Lor-Van. Kripton merupakan sebuah negeri yang mahsyur seantero nusantara dengan kekuatan tentera yang terbilang serta hasil mahsul bumi yang kaya tidak terperi. Gemilangnya empayar ini sehinggakan menjadi bahan cemburu Siam dan Majapahit.

Namun mentari bersinar tidak lama, malapetaka datang tanpa diundang. Tuanku Jor-El sebagai pemimpin yang peka menyedari akan bencana yang bakal melanda, satu bencana yang mampu meruntuhkan empayar tanpa sisa. Kegembiraan menyambut kelahiran putera sulung nyata tidak dapat memadamkan api keresahan di dada baginda. Pemberontakan tiba-tiba berlaku yang menentang pemerintahan baginda dan menolak mentah-mentah mengenai ramalan baginda mengenai kemusnahan yang bakal tiba. Tanpa mengendahkan hal lain lagi, baginda bersama memanda menteri dan hulubalang negeri yang masih setia cuba mencari jawapan untuk menyelamatkan Kripton. Namun putus upaya mereka.

Tuanku Jor-El nekad, baginda mahu setia di Kripton mencari penyelesaian sehingga ke titisan darah yang terakhir. Bagaimanapun, baginda mahu legasi baginda diteruskan oleh putera sulung yang dinamakan Putera Mahkota Kar-El. Dengan kuasa terus mata baginda, diramalkan putera ini akan menjadi penyelamat suatu bangsa yang lain.

Maka dihanyutkan Kar-El di dalam sampan ke tengah laut. Setelah beroleng-oleng dan dilambung ombak sekian lama, maka terdamparlah Kar-El di sebuah perkampungan petani yang dikenali sebagai Desa Smallville. Ditakdirkan tuhan, Kar-El ditemui oleh pasangan Pak Kent dan Mak Kent yang baik hati tetapi belum dikurniakan cahaya mata walaupun sudah lama mendirikan rumahtangga.

Maka ditatanglah putera itu bagaikan minyak yang penuh dan dinamakan Clark bin Kent. Diberi cukup kasih sayang dan juga didikan agama yang sempurna supaya kelak menjadi anak yang soleh dan berguna kepada masyarakat. Maka membesarlah Kal-El, seorang bangsawan di tengah rakyat marhaen di Desa Smallville. Jenuh pancaroba dihadapi mendewasakan dan mematangkan diri Kal-El. Kekuatan yang diwarisi turun-temurun dilatih dengan  baik sehinggakan diriwayatkan Kal-El mampu meniup  salju kedinginan dari nafasnya, panahan asmara berapi dari lirikan matanya serta  seluruh badan sekeras waja, diulang 'seluruh badan' dan juga kekuatan seumpama 40 orang penyamun selain daripada mampu terbang dan bergerak sepantas cahaya.

Setelah dewasa, Kal-El bekerja sebagai seorang wartawan di Kota Metropolis. Dengan kerjaya ini, Kal-El mampu mendapatkan berita terkini dan sensasi secara pantas dan tepat. Nasihat ibu bapa angkatnya supaya sentiasa membantu sesama manusia dengan kudrat yang ada diamalkan Kal-El dengan sempurna. Maka dengan kesedaran fesyen yang tinggi, Kal-El telah mencipta pakaian yang tidak menjadi ikutan ramai iaitu gabungan warna biru dan merah serta pemakaian seluar dalam di luar untuk melindungi identiti Clark Kent. Dengan ini barulah Kal-El boleh membanteras jenayah dengan bebasnya. 

Maka amanlah dunia, berkat bantuan dari Kal-El yang dikenali ramai sebagai Superman. (To be continued)

Posted By Capo Grande10:30 PM