Thursday, July 30, 2009

+ what happen last 2 weeks stay last 2 weeks - pejabatku banjir +

Filled under:

Bila la nak buat renovation pejabat aku ni. Tak 5S betul la aku tengok. Semi-kemuncak kepada kelewatan pengurusan tertinggi menyaksikan bencana melanda bilik server kami. Jangan ada yang maut baru nak terhegeh-hegeh sudah la.

Bos sedang menyaksikan tempat kejadian.....

Antara yang sibuk dan menyibuk. Yang dalam bilik tu tengah sibuk discuss pasal family day.....

Mangsa kejadian, berjaya diselamatkan hasil tindakan pantas akak-akak pejabat menjerit.....

Posted By Capo Grande4:00 AM

+ what happen last 2 weeks stay last 2 weeks - hadiah sukan +

Filled under:

Akhirnya setelah menunggu hampir setahun, merasa juga aku hadiah sukan SUK tahun 2008. Tak sia-sia aku bermandi peluh bersaing dengan peserta hebat yang lain. Hasilnya aku berjaya menjadi 2 johan dan 2 naib johan. Kira hebat la tu kan. Nak tau aku menang acara apa tak? Mari skodeng, jangan malu.....

Siap tulis nama tu, bagus la AJK sukan kami.....

Hadiahku, owh mama I tak perlu beli coffee maker lagi. Lantas je aku beli kopi mahal senjakala itu.....

Posted By Capo Grande3:30 AM

Tuesday, July 28, 2009

+ what happen last 2 weeks stay last 2 weeks - road tax renewal +

Filled under:

I save my 'lot of effort' this year thanks to the services provided by MyEG. As an agent for eKL initiative, I planned to benchmark MyEG service before spread the word out to the other. I never thought that their services is so reliable and damn fast, less than 24hours I completed the form I received my new road tax and insurance policy. Major plus, lot of discount but minus free gift. I strongly advice all of you to use this service, unless you already have a very good runner that can save your headache.


Posted By Capo Grande6:09 PM

Monday, July 27, 2009

+ resipi ayam dengan sos lemon butter +

Filled under:

Mau kongsi sama kamu-kamu apa yang aku masak weekend aritu. Kalau rajin boleh cuba ye. Perlu diingat, bahan-bahan sangat mahal. Aku kira kos ada la dekat RM100.....

Bahan-bahan
Perap
Ayam ( Peha / dada) x 10
Tarragorn
Paprica
Ground Mustard
Garam
Ajinomoto

Celup
Tepung jagung
Telur x 1

Sos
Butter
Perahan lemon
Kulit lemon yang disagat
Bawang putih
Susu UHT
Bay leaf x 1

Cara-cara
1. Perap ayam bersama dengan segala bahan-bahan perap (sekurang2nya 4 jam sebelum dimasak)
2. Bancuh air dengan tepung jagung dan telur.
3. Celup ayam dengan campuran tepung jagung itu dan anda ada pilihan samada untuk goreng ataupun grill
4. Untuk penyediaan sos, panaskan butter dan tumis bawang putih hingga berbau harum
5. Campurkan susu UHT dengan lebihan campuran perap dan masukkan ke dalam kuali.
6. Apabila sudah mendidih, masukkan perahan lemon dan bay leaf.
7. Buang bay leaf apabila sudah masak.

Sorry, gambar tak fotogenik. Disnap ketika perut lapar. Lagipun aku kan tak rajin sangat ke dapur ni.

Posted By Capo Grande2:51 AM

+ mari melawat negeriku - ekspo agro biotek 2009 +

Filled under:

Sabtu lalu, aku sekeluarga menghabiskan masa dan duit di ekspo ini yang bertempat di Stadium Paroi. sempat aku snap beberapa gambar yang aku yakin tak ramai tahu info ini. Banyak lagi aku snap, tapi kalau berminat sila berhubung secara peribadi ye. Hehehe...

Limpato - sesuai digulai bersama ikan sungai. Owh, aku dah makan tengahari tadi.

Kambing paling stylo pernah aku jumpa....

Jamnapari - aku snap sebab nama dia sedap....

Majlis penutup akan disempurnakan oleh Dato' Noh Omar pada malam 28hb Julai. Kepada warga Seremban, sempat lagi untuk berkunjung ke sini.

Posted By Capo Grande2:50 AM

+ sokongan tidak bermoral untuk pejabat lama +

Filled under:

Sempena sambutan Israk Mikraj, pejabat lamaku a.k.a MPS telah mengajurkan pertandingan nasyid antara jabatan. Aku yang dijemput khas oleh Fadzly tiba dengan berbaju melayu lengkap sempena menghormati majlis yang diadakan.

Ghazali, bro paling cool. Dah dia je bro kat situ kan. Hehehe.....
Keju dan Wani pegang perut Erman yang ehem ehem itu.....

Tak camera shy langsung korang ye. Dandan je pose. Keju, saya booked 2 orang ni tawww.....

Mereka di pentas.....
Aku tunggu sampai habis acara, sempat la tengok penyampaian hadiah. Tahniah Jabatan ICT dapat no. 8. Tahun depan jemput aku jadi guru vokal korang ye.

Posted By Capo Grande2:36 AM

Tuesday, July 14, 2009

+ movie of the weekend +

Filled under:

1. Pink Panther 2 - Kebodohan yang bertuah, sombong lak tu.


2. Journey To The Center Of The Earth - Mizi Jr. yang beria suruh aku tengok. Best, penuh fantasi.


3. Mongol - Cerita Temujin, Genghis Khan sejak kecil hingga menjadi pemerintah Mongol. Kami miliki sorotan mata yang sama. Awww, rera...

Posted By Capo Grande6:13 AM

Thursday, July 02, 2009

+ kenali aku (part 1) +

Filled under:

Posted By Capo Grande9:10 PM

+ ice s'KATUN'ing +

Filled under:

Akhirnya di usia lewat remaja aku berjaya juga bermain ice skating dengan cemerlang. Kunjungan aku ke Sunway Ice Rink sungguh menakutkan walaupun aku berjaya mendapat 2 award pada hari itu. Kejatuhan Paling Huduh (Individu) dan Kejatuhan Paling Huduh (Berpasangan). Tak sia-sia aku ambil cuti.

Tak mau cerita lebey, korang tengok sendiri kehebatan cinta aku ye.....

Umpama seorang bayi yang belum kenal erti takut.....
Ketakutan yang kacak.....

Lepas 3 round aku dah hebat.....Terasa macam Chris Brown pun ada.....

Pilihlah aku.....100% buatan Malaysia.....Percuma nasi goreng dan tempe (sementara stok masih ada).....Hanya terdapat di pasaraya terpilih.....

Sedikit info untuk kamu-kamu yang gayat tak pernah main ice skating. Jangan yo yo o mau pakai kot ataupun jaket. Panas woo dalam tu. Setiap round aku berpeluh, kalah main tenis.

Posted By Capo Grande8:47 PM

+ bowling perpisahan +

Filled under:

Jumaat lalu sempena meraikan pelajar praktikal, aku dan rakan-rakan sepejabat telah mengadakan perlawanan bowling untuk meraikan 3 orang pelajar praktikal kami, Syuk, Nani dan Shaz.

Aku yang kebetulan memakai baju kebangsaan hari itu membuat keputusan untuk bermain sambil memakai baju melayu. Gila ramai gadis senyum kat aku, tapi aku buat-buat sombong ngan diorang. Nak tahu kenapa gadis-gadis terpikat kat aku tak?? Mari lihat gambarku....

Lagak pahlawan bowling.....

Aura ketika memilih bola.....

Percintaan dengan Nani cuba diganggu oleh Su The Decepticon.....

Cubaan mengamalkan ilmu kebatinan.....Alhamdulillah berjaya.....
1st round aku berjaya membuat jatuhan pin sebanyak 123. Tapi mengalami kemerosotan selepas solat Maghrib, mungkin kerana aku menukar pakaian kot.

Johol mali, pasti hebat bermain pool.....
Kemesraan aku dan Ghimau membuatkan Alia kesepian. Kelihatan tangan Alia cuba menggunting perutku yang kempis itu.....
Frame kedua aku hanya berjaya membuat jatuhan sebanyak 111 pin. Ok la kan, bukan ada bola sendiri pun. Owh ya, aku menggunakan bola 15 kali ini. Tak pedihkan mata.

Posted By Capo Grande8:23 PM