Showing posts with label event. Show all posts
Showing posts with label event. Show all posts

Friday, November 06, 2009

+ final piala malaysia 2009: negeri sembilan vs kelantan

Filled under: ,

Tarikh : 07hb November 2009
Tempat : Stadium Nasional, Bukit Jalil


Siapa pun pemenang, ia tetap menjadi sebahagian dari lipatan sejarah bolasepak tanahair.

Harapan aku:
- penyokong yang pergi stadium, selamat pergi dan pulang...elakkan pergaduhan dan tragedi...
- pemain2, bebas dari unsur rasuah...mainlah dengan penuh maruah...
- hooligans, stay out of the game...

Salam glory glory....

Posted By Capo Grande7:49 AM

Monday, July 27, 2009

+ mari melawat negeriku - ekspo agro biotek 2009 +

Filled under:

Sabtu lalu, aku sekeluarga menghabiskan masa dan duit di ekspo ini yang bertempat di Stadium Paroi. sempat aku snap beberapa gambar yang aku yakin tak ramai tahu info ini. Banyak lagi aku snap, tapi kalau berminat sila berhubung secara peribadi ye. Hehehe...

Limpato - sesuai digulai bersama ikan sungai. Owh, aku dah makan tengahari tadi.

Kambing paling stylo pernah aku jumpa....

Jamnapari - aku snap sebab nama dia sedap....

Majlis penutup akan disempurnakan oleh Dato' Noh Omar pada malam 28hb Julai. Kepada warga Seremban, sempat lagi untuk berkunjung ke sini.

Posted By Capo Grande2:50 AM

Tuesday, April 28, 2009

+ mari melawat negeriku - pesta buku 2009 +

Filled under:

Agak 'kelewatan' sedikit untuk promo kali ini. Tetapi anda semua dijemput hadir. Ulat buku, ulat tempe dan ulat nangka juga. MAREY MAREY!!!


Posted By Capo Grande8:59 AM

Wednesday, April 22, 2009

+ mari melawat negeriku - pameran kereta2 porcheku +

Filled under:

Pernyataan di atas mungkin mengakibatkan setengah orang menganggap aku seorang yang berlagak, angkuh dan sombong. Tetapi itulah hakikatnya. Bagi yang telah mengenali diri ini, kalian pasti setuju bahawa aku memang seorang yang kaya raya.....

.....dengan budi bahasa.

Selama ini aku memang suka menjadikan kereta Porsche sebagai koleksi peribadiku. Memandangkan sekarang aku sudah selesa memandu Kompressor, jadi Porsche ku hanya dibiarkan berhabuk di bawah rumah. Jadi amat jarang aku memandu Porche itu melainkan ketika hendak pergi menoreh getah.

Aku berpendapat adalah lebih baik jika aku mempamerkan koleksiku itu untuk tontonan umum. Barulah gadis-gadis tahu aku ini seorang yang kaya raya.....

.....dengan budi bahasa.

Walaupun anda bukan gadis, anda masih dijemput hadir. Bawalah bersama adik perempuan, adik ipar perempuan, sepupu perempuan dan sebagainya yang masih single untuk hadir.


Posted By Capo Grande5:27 AM

Friday, March 27, 2009

+ aku yang ke kursus (ultimate canto) +

Filled under: ,

Alhamdulillah selamat pergi dan pulang. Tepat 3.47 pagi aku sampai di rumah. Terus angkut barang-barang masuk. Penat, letih tapi masih tidakku mampu menidurkan diri ini. Geram pun ada, hanya sebentar di Pasar Payang. Orang lain pula yang sibuk shopping.

Golongan dibenci
Ramainya jumpa di sini. Naik pening kepala aku mengharungi 11 hari di sana. Nasib baik aku penyabar orangnya. Kalau tidak melayang kepala mereka kena fying kiss dari aku.

Gadis garang
Berani dia ajak aku gaduh. Dia tak tahu, lagu Trauma nyanyian Elite tu dicipta khas untuk aku. Hahaha, gelakku dengan kejam. Tapi baik orangnya,manis juga (cubaan aku mengambil hati kembali, mana tau dia jumpa blog aku ini).

Kerja Bank
Ada orang cakap, aku dress up macam orang kerja bank. Betul ke penyataan itu?? Cikgu Syazila, sila komen.

Haji Azraie
Tenang dan menenangkan, cool sokmo, siap malu-malu lagi bila kena interview dengan lelaki. Nasib baik part aku akak-akak yang tanya. Terima kasih kerana sudi mendengar dan membetulkan bacaan Fatihah aku. Juga kesudiannya menjawab soalan-soalan naif dariku. 

Persembahan Akhir
Mula-mula buat pantomin bertemakan Gaza. Kemudian tukar kepada nyanyian a.k.a miming Seroja dan Tiada Lagi. Cuma bacaan puisi yang masih kekal. Yang aku pelik masing-masing tidak mahu bekerjasama, gaduh rajin pula. Cuba lah kamu semua walk your talk. You never walk alone. Alone in the dark. Dark side.

Main kotor
Macam mana team aku boleh kalah. Kesian diorang terpaksa buat teori relativiti sendiri. Aku pun menjadi seorang pakar espionage dan subversive di sini. Selalu cuba menyalakan api-api perkauman terhadap individu sasaran.

Komen penilaian
Aku seorang jujur yang selalu memerhati dari menilai. Aku telah memberi 3 komen akhir mengenai kursus ini. 2 daripadanya menjadi kontoversi apabila dibacakan di khalayak umum. Final say "Aku peduli apa".

Kepok gete
Singgah sebentar minum petang di Warung No. 007. Terus shoping keropok di sini. Beli sebahagian dari bajet asal kerana ingin sambung di Pasar Payang. Manalah ku tahu itulah pembelian keropok ku yang terakhir di KT.

Wajahku yang nakal ketika makan, masakan setanding dengan matamu yang bulat itu.

Pasar Payang
Akhirnya dapat juga aku menjejakkan kaki ke sini. Tapi aku sampai sudah agak lewat. Banyak kedai tutup. Tapi kira ok sebab dapat tengok gadis di sini. Memang manis. Sempat juga aku menakalkan diri sehinggakan ditegur gadis seperjalanan. Tersipu-sipu gadis ini kemaluan ketika mengetahui aku hanya ingin mengambil gambar dia, bukan kain yang dipegangnya. 

Oh ibu, tolong pinangkan dia untuk diriku. Mantop!!!

Sekali lagi aku mengambil gambar gadis itu. Secara kebetulan seorang physo-shopa-holic sedang tawar-menawar cuba interframe.

Masjid Terapung
Alang-alang sampai ke KT, aku singgah untuk bergambar kenangan di Masjid Terapung. Singgah je, maklumlah aku kan alim othman.

Lihatlah gayaku seperti seorang anggota Rabbani.

Perjalanan pulang
Hampir setengah hari@12 jam di dalam perjalanan membuatkan aku terasa sedikit mual. Mujur ada gadis di sebelah sebagai peneman bicara. Teman melalak also. Kami terfikir, kalaulah kami berduet ketika Malam Karaoke, tentu kami lebih baik daripada lelaki Pencinta Publisiti itu. Secangkir Madu Merah awal-awal dah K.O. 

Seseorang sakit perut malam itu. Sepanjang perjalanan, di dalam hujan lebat aku teringat pada dia. Moga dia sembuh dan sihat selalu, Amin. Aku ada tanggungjawab lagi besar. Menghantar gadis pulang ke pangkuan ibunya. Minta maaf makcik, bekas bakal menantumu ini terlewat hantar. Langsung anakmu menjadi labu dalam kompressorku.

Akhir kata, kursus ini telah mengubah diriku menjadi diriku yang sebenar kembali.
Terima kasih semua.

Posted By Capo Grande5:42 AM

Friday, March 20, 2009

+ aku yang ke kursus (verse 5) +

Filled under: ,

Hari ini ada aktiviti kembara. Sebagai seorang penulis jalanan aku memang agak suka akan aktiviti lasak seperti ini selain daripada aksi lasak di atas ranjang. Aku kecewa kerana perjalanan yang mengambil masa selama hampir 2 jam itu tidak cukup mencabar seperti yang aku bayangkan. Buktinya kalian boleh lihat di lampiran di bawah.

Pergh, masih kacak bergaya seperti baru lepas mandi. Belon yang dibungkus rapi hanya perhiasan untuk menampilkan ciri-ciri lelaki metroseksual yang romantis.

Di sebelah petang pula aku telah mewakili kumpulan untuk acara Bolasepak Pantai Seksi. Acara yang hanya boleh disertai oleh lelaki-lelaki seksi seperti aku menyaksikan kemunculan pasukan kami sebagai pemenang. Puas hati aku dapat sliding tackle pasir yang sedang berterbangan (gara-gara salah timing). Penalti pun penalti, janji kami menang. Untuk pasukan yang kalah jangan terlalu bersedih ya.

Pada waktu malam yang hangat (selepas mendapat *berita hangat), aku menghadiri pertandingan karaoke. Aku sungguh menyesal kerana tidak menyertai pertandingan ini kerana aku rasa dengan selamba aku boleh titik semua johan malam ini. Itupun berkat latihan yang tidak mengenal erti jemu aku selama ini. Nasib baik kalian aku tak masuk, kalau tidak mesti aku boleh menang semua kategori yang dipertandingkan. Dengan kategori solo perempuan pun aku sapu sekali.

Pukul 2 pagi, aku masih menulis. Madahidipsarussidemkuranan.

*Berita hangat - Tahniah ya.....

Posted By Capo Grande10:45 AM

Thursday, March 19, 2009

+ aku yang ke kursus (verse 4) +

Filled under: ,

Mungkin ramai yang belum tahu ada beberapa golongan manusia yang aku tidak berapa suka dalam hidup aku ini. Sejak hari pertama ku di sini aku bersedia untuk memberi peluang kepada golongan-golongan ini dengan satu permulaan yang baru. 

Selama 2 hari di sini aku telah pun menerapkan diri aku ini dengan budaya pemikiran golongan-golongan ini. Ternyata aku gagal. Nasib baik belum terlambat untuk aku menyedarinya. Masuk hari ke 3 di sini aku telah membuat keputusan untuk meneruskan gaya hidup Manhattan aku seperti biasa. Tiada lagi aku yang baik hati, menjaga hati orang yang tidak tahu menjaga hati aku, hipokrit. Tetapi hanya ada aku yang nakal, skeptik, pesimistik, racist, charmed and affable (for ladies only).

Untuk golongan-golongan ini, aku ingin mengucapkan selamat maju jaya dan kamu semua boleh cium punggungku (kiss my a**).

************************************************************************************

Yatta, akhirnya boleh keluar jalan-jalan di Kemaman. Menaiki kompressor ku yang berkilat kami meluncur ke pekan Chukai (Taxes). Berpusing-pusing kami mencari kedai beg untuk mencari backpack yang diperlukan untuk aktiviti riadah esok. Malangnya, aku terlupa membawa dompet-kosong-tunai aku bersama. Jadi tiada apa yang dapat dibeli untuk hari ini. Mungkin ada hikmahnya kejadian ini. Mungkin aku akan berhabis-habisan di KT nanti.

Selesai membeli beg kami ke pasaraya-entah-apa-nama di situ. Kemudian kami singah di gerai satar berhampiran lokasi kursusku untuk menikmati satar dan keropok. Agak mengecewakan kerana menurut bekas pengunjung gerai itu, kurang ikan di dalam setiap keropok dan satar yang dijual. Aku terlupa nama gerai itu tetapi ada sekeping gambar untuk tatapan kalian. Walaupun agak kurang berperisa tetapi aku masih merasa agak sedap berbanding apa yang ada di Seremban.



***********************************************************************************

Semalam aku diminta untuk membuat 1 pengucapan awam. Insyallah jika ada kesempatan aku akan menyelitkan teks pengucapan awam aku yang betajuk "No Wrong Door" di sini.

***********************************************************************************

Posted By Capo Grande6:28 AM

Tuesday, March 17, 2009

+ aku yang ke kursus (verse 3) +

Filled under: ,

Aku masih di sini untuk berkursus. Ada 9 hari lagi. Selepas 2 hari setengah di sini akhirnya aku jumpa 'ayam'. Eh silap, ayam tanpa '. Itupun selepas santapanku yang ke 11 di sini.

Hari ini aku jatuh cinta lagi. Tidak sangka aku boleh jatuh cinta lagi.

AKU JATUH CINTA DENGAN KERJA , DENGAN PEJABAT.
BOS, BAWAKU PULANG....

Di sini aku rasa seperti seekor pelajar. Seekor pelajar yang terpaksa menghadiri semua kelas. Tiada lagi beruk-beruk jalanan yang ajak aku main boling ketika kelas UIS, lepak kedai mamak jika lecturer lambat sampai.

Bencinya jadi seekor pelajar. Antara banyak kerjaya di dunia ini, menjadi pelajar adalah pilihan aku yang terakhir sejak dilahirkan. Kelemahan aku yang paling ketara ialah aku tidak mampu mendengar orang yang sama bercakap lebih dari 15 minit. Dari tadika sampailah sekarang ini. Mungkin ini balasanku di dunia kerana selalu ponteng kelas dulu.

Mujur aku masih mempunyai sepasang tangan yang cekap melukis. Sambil mendengar syarahan, aku membuat cakaran unta aku berkanvaskan kertas A4. Kadang-kadang aku akan berbual dengan sesiapa di sebelahku. Hasilnya amat memuaskan. Mukaku kekal segar seperti baru selesai membuat proses fotosintesis.

Hari ini cerah sepanjang hari. Lupa pula untuk basuh baju. Kesian pula melihatkan Vanish dan Downy yang ku bawa jika tidak digunakan.

Malamku resah dan sepi tanpa dirimu
Mungkin rasa kuat lampaunya rindu
Mimpi tambah seri dengan wajahmu
Mari kasih peluk diri dan hatiku
Mutlak cinta kita setia berpadu

Edited at 12.44 a.m:Baru lepas sidai baju.....

Posted By Capo Grande4:21 AM

Sunday, March 15, 2009

+ aku yang ke kursus (verse 2)+

Filled under: ,

Alhamdulillah, sempat juga aku sampai sebelum tamat tempoh pendaftaran tadi. Penatnya menempuh hujan selama 3 jam. Nasib baik jalan agak lengang, jadi aku tidak perlu memandu dengan perlahan walaupun ketika hujan panas.

Baru tamat taklimat untuk aktiviti. Aku sudah terbayang kebosanan. Walaupun begitu, sebagai seorang manusia yang berdisplin (tidak pernah datang lewat ke pejabat) aku tetap merasakan akan menghadapi kebosanan yang terlampau disini. 

Untuk makluman, tempat penginapan aku berhampiran dengan laut. Kuala Kemaman dengan lebih spesifik. Dapatlah aku menikmati bayu darat dan bayu laut selama 2 minggu ini. 

Hari sentiasa mendung di sini
Hujan tidak jemu menjamah bumi
Hanya ada dirimu di hati
Hadir dirimu tidakku cari
Hilang dirimu tiada ganti.

Sekian laporan kaji cuaca dari Kuala Kemaman. Mazidul Akmar Sidek, 360.

Posted By Capo Grande8:14 AM

Saturday, March 14, 2009

+ aku yang ke kursus (verse 1 / signifi-canto)+

Filled under: ,

Mulai 16hb Mac ini aku akan menghadiri kursus selama 2 minggu di Kemaman. Ini adalah kali pertama aku ke Terengganu minus sekali aku sesat ketika ingin pergi ke Cherating. 

"Yelah, yelah kira kali kedua la. Tak dengki tak leh ke???"

Terujanya aku, malam tadi dah siap packing barang. Nampak sangat kemaruk nak pergi. Bukan pergi kursus, tetapi pergi Terengganu.

Cik Yan, kenapa kursus kat KL????? Marilah join the clubbing g Ganu!!!!

Kalau ada sesiapa merindui diri ini, khabarkanlah pada angin. Moga apabila sampai padaku, aku juga dapat merinduimu. Lagi senang kalau miss call kan???

Posted By Capo Grande7:02 PM