Monday, November 30, 2009

+ 15 malaysia +

Filled under:

3

Hello.

15Malaysia is a short film project. It consists of 15 short films made by 15 Malaysian filmmakers. These films not only deal with socio-political issues in Malaysia, they also feature some of the best-known faces in the country, including actors, musicians and top political leaders. You may think of them as funky little films made by 15 Malaysian voices for the people of Malaysia.

Please enter and make yourself comfortable.

Watch our films. Look at our photographs. Drop us rude comments. Display your own films. Grab cool goodies. Join competitions. Meet our people. Help us spread the word. Download anything you want…

We won’t charge a cent.

ENTER1

417,449 video files downloaded so far.

* Korang macam kagum je baca English aku..huhu..aku copy paste je sebenarnya…hehe…Aku pun baru je tau sebenarnya, so promote la kat korang mana yang belum tau…yang dah tau, senyap2 sudey…

* Ramai pelakon popular yang terlibat…antaranya ialah Nik Aziz, KJ, Nameewee, Adibah Noor, Harith Iskandar dll…Antara preview citer yang ada adalah seperti di bawah.
2Enjoy!!!

Posted By Capo Grande7:00 AM

Saturday, November 28, 2009

+ keletihan mengacau penganan +

Filled under:

Lokasi : Kg. Tulang Rimau, bukan tulang En. Ghimau.
Objektif utama : Menikmati penganan cair – Sukses!


Inilah 1st time aku menerima jemputan mengacau penganan, lagipun dah lama tak tengok orang buat penganan lagi. Sekarang kan dah senang, beli je kat kedai. Aku ingat last sekali aku join adalah sebagai kanak2 riang yang berfungsi sebagai penadah pinggan bila orang tua jerit “penganan cair, sapa mahu?”.

Pada sesiapa yang tak pernah mengacau penganan tu, aku sarankan join la aktiviti ini. Lihat saja ototku yang kekar itu. Ha, itu hasil aku hari ini. Tak perlu susah2 ke gym.

Acara dimulakan seawal jam 9 pagi. Aku sampai dalam jam 10, biasalah star player. Sampai je, minum dulu. Pastu baru aku join. Kalau korang tengok, nampak macam aku je sorang yang buat keje. Tidak, aku tak segagah itu. Jadi aku sertakan gambar pengacau lain yang terlibat.

1 
Makan tengahari disediakan secara buffet. Banyak lauk tapi aku tak boleh makan banyak sebab letih sangat. Ada kari kambing, gulai cendawan, gulai daging, ikan patin tempoyak dan ikan goreng.

2 
Lebih kurang jam 3 baru masak 1 kancah. Itu pun aku dah pancit. Nasib baik la boleh gilir2, kalau tak muntah buih aku kat situ. 1 jam sebelum masak, penganan dah likat. Nak kacau lama2 memang tak boleh. Seorang 2 minit je paling kuat pun.


Bekalan sebelum pulang ialah sebekas penganan hasil usaha kami itu, dan lauk2. Terima kasih, aku suka ikan patin itu.

Posted By Capo Grande9:20 AM

Wednesday, November 25, 2009

+ windows 7 : windows live writer +

Filled under: , ,

“Semalam I call U, U tak answer,

U Kata U keluar pergi dinner…”

Huhu…Apa da merepek?? Malam tadi aku rerajin la visit site Windows untuk cari personalization untuk Win7 aku ni. Sekali terjumpa pula dengan Windows Live. Aku pun ngada2 la download dan install. Plan mau guna Windows Live Mail je, last2 aku install semua da.

Hari ini aku nak preview cara penggunaan Windows Live Writer (WLW). Ini merupakan 1st entry aku yang menggunakan sepenuhnya aplikasi ini.


Lepas download dan install, anda boleh mengakses WLW dari Start Menu anda.

1

Sebelum memulakan penulisan, anda kena la setting dulu blog anda menerusi step2 di bawah.

34 5Dan seterusnya anda akan dibawa ke workspace WLW. Boleh la anda mula menulis seperti contoh di bawah.

2

Editor untuk menulis juga sangat ringkas, lebih kurang macam editor blog anda sekarang cuma ada tambahan untuk insert table. Cuba rujuk toolbar WLW.

6

Dan juga sidebar option. Senang je untuk insert apa2.

7 Bila kita insert picture contohnya dan klik pada picture itu, Option seperti di bawah akan muncul di sebelah kanan. Banyak lagi pilihan untuk anda explore.

8 Seterusnya apabila anda sudah siap menulis, anda boleh memilih untuk ‘save’ post anda ataupun terus je publish.

9

12

Dan seterusnya view post anda tadi.

10Selain itu anda juga boleh membuka post2 anda yang telah lama (walaupun tak diedit di WLW) menerusi option ‘Open’ dan edit semula.11

Anda juga boleh menambah akaun blog anda sekiranya anda memiliki lebih dari 1 blog.

13Sekian. Ringkas kan???

p/s I : Kena masuk editor blogspot jugak, sebab nak tambah labels. Tak jumpa lagi dalam WLW.

p/s II : Ada vendor bagitau aku, sesiapa pemilik Dell Inspiron 13 dan 13z boleh upgrade Vista anda ke Win7 secara percuma. Brand lain kena cek dulu ye.

Posted By Capo Grande6:49 AM

Monday, November 23, 2009

+ terima kasih kamu +

Filled under:

Kamu memang concern. Kasut coklat yang dipakai sejak seminggu lalu pun kamu perasan. Siap tahu jadual aku esok. "Nak pergi launching Windows 7 mestilah kena segak kan". Terima kasih sebab itu.

Terima kasih juga sebab belikan aku kasut yang 'segak' itu. Kamu boleh selamba je swipe kad yang kamu sendiri jarang nak guna tu. Sekali sekala, tapi jangan dibiasakan ye. Aku segan. Dah la kamu yang carikan, siap pilihkan sekali untuk aku. Ermmm, macam tau2 je taste aku macam mana. Kesian kamu garu2 kepala pilihkan untuk aku. Nampak sangat kamu tak shampoo rambut.

Terima kasih.
Sayang kamu.
Semoga cepat bertemu jodoh.
Amin.

Posted By Capo Grande8:11 AM

Sunday, November 22, 2009

+ tips kekal jelita - pre wash & post wash +

Filled under:

Untuk pengetahuan tuan2 dan puan, tips kali ini adalah kesinambungan dari Tips Membasuh Gaya Bebas sebelum ini. Ramai yang bertanya kepada saya mengenai cara menangani masalah pakaian berwarna putih yang berdaki.

Saya tahu ramai di luar sana yang mempunyai leher yang berkerak2. Untuk menyelesaikannya anda perlulah mandi dengan bersih ye. Tapi kalau tak berkesan juga, anda boleh mengunakan produk2 seperti di bawah ini.

Untuk pre-wash saya menggunakan Kiwi Kleen Fabric Pre-Wash kerana ia berperisa lemon yang segar. Lagipun saya sendiri berpuas hati dengan prestasinya, sebab itu saya mengekalkan penggunaannya selama ini.

Manakala untuk pengurusan baju selepas dibasuh, saya menggunakan Kiwi Kleen Wrinkle Away untuk membantu proses iron baju. Terbukti ia memudahkan proses iron baju saya serta berbau floral.

Untuk mengetahui produk ini dengan lebih lanjut sila rujuk gambar di bawah. Terpaksa snap sendiri sebab tak jumpa dalam Google. Apa punya cokia la google nih.

(Amaran keras: Ini bukan iklan MLM. Anda bebas memilih produk kegemaran anda sendiri.)

Posted By Capo Grande7:05 AM

Saturday, November 21, 2009

+ akustika suria band kita@summit usj +

Filled under: ,

Ahad lepas, aku dan Apad bergerak secara sehala ke The Summit USJ. Mau layan Rosin lagi sekali. Info Apad, Rosin bakal jadi special appearance di sini. Hebat.

Sebenarnya show ala2 macam kat Terminal 1 je, tapi Apad cakap kat sini lagi kelassss, ada Mamak Village yang dia suka lepak tu. Show pun sempena ulang tahun ke 11 The Summit.

Ada 6 band buat show. Aku tak kenal pun, korang aku tak tau la kenal ke tak.

1. Matahari
Nice show band ni, persembahan bertenaga. Dah la muka penyanyi dia macam Helmi, budak opis aku. Diorang nyanyi lagu omputih best, tapi nyanyi lagu BM kantoi. Agaknya penyanyi dia lahir kat UK kot.

2. Tak tau nama band ni da

Tapi aku respect, showmanship yang sangat jujur. Selamba je diorang nih. Kalau korang tengok brader seluar ketat kat belakang tu yang angkat kaki tu, kompom korang bajet diorang nih rock kerazzz. Kalau la brader belakang tu ajak aku lumba lari bawak telur dalam seluar pakai seluar tu, kalah teruk aku sebab telur pecah. Dia senyum je pecut.

Penyanyi dia pun selamba gak.

Kalah Inul tu punya tonggek, baekkk punyaaa..

3. The Rocket
4. Maffla21

Band dari Muar ni. Jamshid mesti suka.

5. Mistikus
6. Rosin


Yang ditunggu, sampai punya la awal si Pot ni. Respek la. Macam biasa ada gambar aku ngan dia kat backstage, tapi sebab muka aku tak senereh sangat aku tak jadi la tepek kat sini.

******************************************
Ha, yang ni bukan artis tapi ex-classmate aku Hamdan. Last jumpa dia masa umur 13 tahun. Thanx to the power of the internet, we met again.

"Ko boto2 jang, ejo Summit satu M ko duo M??"

Aku dan Yufar, last snap ngan dia masa kat form 3. Tua dah kau Yufar rupanya

Apad melakukan cubaan meminta rokok di Mamak Village. Apapun kami puas hati sebab pulang dengan Bijau.

Posted By Capo Grande6:16 AM

Friday, November 20, 2009

+ bukan angka itu yang ku mahu +

Filled under:

#Kes1 - Nilai Ringgit & Pasaran saham
Kalau kita baca paper or dengar berita di tv, selalu kita dengar statement macam ni:

'Nilai ringgit didapati kukuh berbanding dengan US Dollar'

ataupun macam ni:

'Indeks papan utama menunjukkan kenaikan xXXxx dan ditutup bercampur-campur'

lebih kurang macam tu la kan.

Tapi, apa gunanya berita seperti ini untuk rakyat biasa macam aku? Mungkin orang akan kata aku kira ok la kalau dengar. Mungkin ada guna, nak invest ke, beli saham ke kan. Betul, tapi macam mana lak dengan orang2 kampung. Agak2 korang diorang ni tahu tak apa maksudnya berita macam tu? Takpun korang sendiri tau ke maksudnya?

Sejak aku install Win7 ni, aku letakkan widget currency converter kat desktop aku. Bukan apa, aku just nak tengok ada berlaku perubahan ataupun tidak. Yes ada, dah 2minggu aku pantau, ringgit Malaysia ada menunjukkan peningkatan nilai kalau dibandingkan dengan USD. Tapi hari ni turun balik nilainya (rujuk gambar). Perubahan pun tak banyak, just ±0.01 je daily.


Ermmm, aku masih confuse kenapa kita masih dihidangkan berita nilai matawang ringgit ni. Aku rasa berita2 yang dihidangkan just untuk menipu rakyat je bahawa ekonomi bertambah baik. Sedangkan bagi rakyat kebanyakan macam aku, nilai kesusahan hidup seharian itu yang dirasa.

Harga barang makin mahal. Nak makan pun susah. Atuk aku orang felda, dah tua. Sekarang dah tak larat nak kerjakan ladang terpaksa upah orang. Berapa sangat la diorang dapat sebulan. Kadang2 teman atuk lepak kedai kopi, takde topik lain. Asyik pasal kewangan je. Anak nak sekolah, nak kahwin, makan, semua guna duit yang banyak. Yang mereka tahu nilai duit mereka semakin tak laku. Nasib baik la lepak tak kena caj banyak2. Korang jangan la salahkan mereka asyik lepak je, takde usaha nak majukan diri, takde simpanan. Bagi mereka ini cara mereka untuk release. Korang boleh la clubbing ke, shopping ke, tengok wayang ke kan.

Kalau kita perasan, semakin lama cukai2 yang dikenakan semakin naik. Ini lagilah menambah beban kepada golongan pertengahan ke bawah. Mungkin ini salah satu cara kerajaan untuk menambah pendapatan. Tapi kalau selalu je nak naikkan cukai, budak darjah 1 pun boleh buat. Takde idea lagi kreatif ke nak tambah pendapatan negara?

Monopoli kat Malaysia ni pun dah bertambah parah. Bukan game monopoli tu tau, tapi monopoli servis. Rakyat takde pilihan yang luas. Minda pun tertutup. Memang dasar penjajahan bentuk baru la. Contoh kita ambil Astro. Makin lama makin mahal dia caj. Kalau dah tahu tak mampu takyah la langgan. Tapi kalau tak subscribe, tak dapat siaran elok sebab orang kiri kanan dah pasang dish tu. TM tu, ada ke patut monopoli infra. Sah2 la competitor dia kena ayam2 je. Fair usage policy my a**.

Adoi la, membebel lak aku. Ini dah kira luahan perasaan ni. Nak tulis detail2, fakta2 yang berstatistik aku malas (plus tak rajin, ilmu tak cukup). Cukup la apa yang kamu semua rasa dengan keadaan ekonomi masing2.

Cukuplah, aku mahu jerit.

"WAKE UP, BIG GUYS!!!"
"BUKAN ANGKA ITU YANG KU MAHU!!!"

p/s : ramai2 jerit, barulah kedengaran.

Posted By Capo Grande3:59 AM

Monday, November 16, 2009

+ minggu lepas yang padat +

Filled under: , ,

Sakit pipi
Ada ke penyakit macam ni kat dunia ni?? Dah jangan tanya aku. Yang aku tau pipi belah dalam aku ni sakit bangat sampai bengkak. Ingatkan sebab gigi or gusi, so aku pergi la klinik gigi Ferhat (1 of the famaous tau). Sekali salah da, dia pun bengong. Eh, bingung apa la punca sakit aku ni. Last2 dia bagi antibiotik dan ubat tahan sakit. Lepas la aku makan nasi, asyik tak makan je boleh kurus tau.

Teater Alam Beraja
Tanpa klimaks dan penataan muzik yang baik, teater yang disaksikan juga oleh Yang Dipertuan Besar ini tak menarik hati sangat. Wah, dah macam penganalisis teater lak aku kan. Biasa tontoni teater yang menarik barulah aku boleh komen macam2. Bagi yang 1st time, reaksi normal mereka ialah menarik. Kesian ayah bonda ku, menguap2 dalam dewan.

Bagi yang concern tanya aku (sampai SMS tgh mlm tu) dengan siapa aku malam tu, sini aku tepek gambar dia. Insyallah tahun depan ye ;-). Kelihatan pipi gebuku masih sakit (yang sakit sebenarnya sebelah kiri ye, ni kes tiru Madu Tiga la).

Table For 2
Aha, kesinambungan dari aku boleh start makan tu kan maka barulah ada sesi ini. Manis tak gadis di sebelah aku ni?? Antara topik percintaan kami masa ini ialah mengenai kerja, kerja, anak, kahwin, anak, kerja, kerja dan sambal nasi lemak tu sedap la tapi sket je dia bagi, kemut kuat la makcik kantin nih.

Jangan ngada2 nak book. Dalam line skang ada laki dia, Bapak Gonjolong, anak dia Jimmy Team pastu baru aku. Hahaha.

Meeting, meeting dan meeting.
Sampai pecah2 cawan ni kena santau. Sape la nak dengki ngan aku ni ek?? Apa je ko dapat?? Aku bukan orang kaya pun ko nak dengki2. Setakat muka je hensem tak kemana la. Huhuhu. Tak pasal2 aku minum teh tarik banjir da.

Selain tu sibuk dengan POC Kaspersky dan Netscout. Balik pun lewat je. Adoi la.

Tahniah Syazila
Dapat undangan perkahwinan paling jauh untuk tahun ni. Jauh tak jauh pun Kluang je. Tahniah, semoga berbahagia bersama orang terchenta :-).

Tenis 1 Sesi
Of course la dengan Apad, kemajuan selepas 2 bulan tak main kami masih mampu main secara non stop selama 1 jam (minus time kutip bola) selain daripada bentuk muka perut yang semakin meninggi dari Apad.

Amacam, padat tak jadual aku minggu lepas? Biasa je kan?? Hehehe.....

Posted By Capo Grande5:57 AM

Saturday, November 14, 2009

+ ole ole dari poco poco +

Filled under: ,

Wah, semangat betul aku pagi ni nak update blog. Maklumlah dah la bangun awal tunggu azan (weekend tu), siap2 untuk ke poco2 lagi. Plan lepas poco2 mau tennis satu lagi sessi dengan Apad.

Sampai2 je di Kompeks Paroi, acara dah start. Maka bersenam aerobik la aku. Ingat kena kencing dengan Nuyui, nasib dia cakap poco2 last sekali. Huhu.

Sedang asyik menari, aku pun tak lepaskan peluang untuk scan gadis2. Yeah, jumpa. Berbaju putih seluar yankee berjambul di depan. Menarik. Makin lama aku makin rapat. Bukan apa, aku nak mengelakkan sinaran mentari pagi yang membekalkan vitamin D. Panas dowh, berpeluh2 aku.

crowd yang hadir

Selesai acara, Apad call cakap court penuh.Dang, keciwa. Adik nak main buaian lak. Teman kan dia sambil tengok gadis tadi. Tak balik lagi.

Pastu adik nak tukar main alat2 senaman kat area futsal. Kebetulan lalu, aku singgah jap kat tempat gadis tu berborak.

"Assalamualaikum. Hai, saya Azlan", intro beb. 1st impression always important, remember gays, eh guys.

Pastu aku tak ingat ayat pe lagi. Yang penting aku menyatakan objektif untuk berkenalan. Ya sangat penting, jangan meleret2 ye untuk introduksi diri dan objektif.

Kak Zira tiba2 menyampuk, "Ha, baik la tu. Terus la tanya mak dia". Adoi la, datang ngan mak ke. Aku ingat akak dia. Kalau la aku tahu, mesti aku melakukan pembatalan sesi di situ. Sambil borak aku tanya nama gadis, Az*r* (rahsia buat masa ini).

Borak2 dulu ngan mak dia. Si gadis bertanya, "Kerja MPS ke?". Pastu terus sambung borak2 ngan mak dia tanya orang itu ini di MPS.

Last2 sebelum diorang balik, aku tanya lagi sekali. Mak dia bagi hint, "Nak tanya apa2, tanya la tuan punya badan".

Yeah dah dapat restu apa lagi. 1st tanya facebook dan emel. Takde?? Duduk gua ke?? dalam hati je la aku cakap kan. Terpaksa la aku mintak nombor tepon dia. Agak2 korang dapat tak?? Hehe..

Lepas je anta diorang kat kereta. Aku patah balik untuk tengok adik. Kak Zira tanya aku dapat ke tak? Aku senyum je sambil cakap tutup mulut, "Sekali emak dia da". Haha, dia pun gelak semacam sambil bagi tips2 untuk aku. Terbaek la kak, minggu depan kita jumpa lagi ;-).

Oh, tak sabar nak tunggu minggu depan. Mau jumpa Az*r* lagi. Sambil aku tulis, sambil aku senyum miang.

Petang mau ke Summit USJ, Rosin bakal membuat special appearance di situ. Jumpa di sana.

Posted By Capo Grande5:38 PM

Monday, November 09, 2009

+ akukah mangsa fesyen? +

Filled under:

Aku sedang mencari barang2 ini untuk dipakai. Ada sesiapa pernah ternampak ada jual tak?? Aku dah puas (takde la puas sangat, aku bukan kuat jalan pun) mencari, tapi tak jumpa. Sebarang maklumbalas adalah amat dialu-alukan.



1. Turtle Neck Shirt
Apa?? Korang tak tahu apa tu Turtle Neck Shirt?? Takpe, aku pun baru je tahu :">. Rupanya macam kat sebelah ye.
Bahagian lehernya boleh dilaraskan mengikut ketinggian leher korang. Kalau jinjang macam aku, kena la tinggi sket barulah sesuai.
2. Cap yang stylo macam ni (ke aku je yang rasa stylo?)



Kalau ada jumpa, roger aku ye. Bergegas aku ke situ untuk membelinya. TQ TQ..

p/s: ye aku tau la Malaysia ni panas. Aku pun bukan omputih. Takpe tau la aku pakai kat mana ek.

Posted By Capo Grande8:06 AM

Sunday, November 08, 2009

+ broadband plan from U +

Filled under:

Berdasarkan pemerhatian aku pada trend masakini pengguna broadband telahpun meningkat terutama dari kalangan rakan2 aku. Maka ramailah jugak mereka di sekeliling aku complain pasal fair usage policy / bandwidth cap di mana pengguna hanya dijanjikan kelajuan tertentu sebelum mencapai had download dan upload tertentu.

Sebagai contoh:
Celcom Fair Usage Policy ialah 5Gb/sebulan

Selain itu biasalah diorang complain pasal :
1. Susah nak connect
2. Coverage 3G susah nak dapat walaupun berada dalam kawasan
3. Speed slow kalahkan kura2

Sambil aku jalan2 di blog orang lain, aku terjumpa promosi ni di blog Johny Tim. Sumpah aku tak concern langsung pasal plan2 broadband ni. Maklumlah aku kan pengguna setia TM Nut ;-). Tak terangsang nafsu aku untuk menjadi pengguna broadband.

So kawan, mari check plan dari U ni pulak. Mana tau korang berminat pulak nak tukar. Alang2 slow tu kan, better kalau takder bandwith cap langsung. Setuju?



*Sumber dari laman web rasmi U

Macam mana? Ada OK? Kan lagi baik kalau ada persaingan untuk TM dan Astro macam ni. Aku masih setia menunggu P1max memecah monopoli TM. Khabarnya TM juga akan melawan Astro dengan IPTV nya (refer this article).

Apapun bila ada persaingan, yang untung pasti pengguna. Tak kiralah dalam konteks politik ataupun percintaan. Setuju????

Posted By Capo Grande4:52 AM

Friday, November 06, 2009

+ final piala malaysia 2009: negeri sembilan vs kelantan

Filled under: ,

Tarikh : 07hb November 2009
Tempat : Stadium Nasional, Bukit Jalil


Siapa pun pemenang, ia tetap menjadi sebahagian dari lipatan sejarah bolasepak tanahair.

Harapan aku:
- penyokong yang pergi stadium, selamat pergi dan pulang...elakkan pergaduhan dan tragedi...
- pemain2, bebas dari unsur rasuah...mainlah dengan penuh maruah...
- hooligans, stay out of the game...

Salam glory glory....

Posted By Capo Grande7:49 AM

Thursday, November 05, 2009

+ tuhan, biar aku lihat bulan lagi esok +

Filled under:

Di luar apartment 14 tingkat, kelihatan Halim tegak memerhati bulan. Sambil menghirup udara segar ibu kota dan asap maut Kent, sesekali matanya menjeling kedalam bilik. Di atas katilnya, di balik selimut itu, ada tubuh mungil yang pasti tanpa pakaian.

Halim kembali menatap bulan. Malam itu bulan penuh mengambang.

"Oh tuhan, biar aku lihat bulan lagi esok".

"Kalau aku masih bisa menatap bulan, aku sumpah aku akan mengubah hidupku menjadi insan lebih yang baik untukMu".

Halim berpaling ke dalam apabila mendengar desah nafas gadis itu. Terasa dirinya seperti dipanggil.

Halim kembali menatap bulan.

"Oh bulan, jangan kau biar aku lihat Tuhan lagi esok".

Halim membuang puntung Kent lalu masuk ke dalam bilik perlahan-lahan.

Posted By Capo Grande9:03 PM

+ hari persandingan alang +

Filled under:

Well, follow up dari acara akad nikah minggu lepas tentulah ada acara bersanding kan kalau ikut adat Melayu. Macam biasa buat la kat belah perempuan dulu. Orang cakap jangan bagi hilang seri.

Kebetulan orang rumah Alang berasal dari Kelantan, macam tau2 pulak N.Sembilan vs Kelantan nanti kat final Piala Malaysia. FYI, tempat bersanding belah perempuan ni kat area Kok Lanas. Kalau nak tanya arah kat area sini dan Kota Bharu, insyallah aku blh tunjukkan. Puas dah pusing2.

Kali ni rombongan menghantar pengantin hanya 3 buah kereta je (betul ke penjodoh bilangan aku tu??). Pak Ngah dan Pakcik tak dapat join sebab masalah negara. Tapi sebagai ganti jiran aku, Abang Atan dan Kak Fiza join. Kalau tak, alamatnya pok mok aku kelik sembe naik bah je (ayah dan mak aku balik Seremban naik bas je). Rajin kan aku translate untuk korang.


singgah makan nasi air....sorang 3 mangkuk...lauk 2x tambah...makan ke mencekik diorang nih??

alang kelihatan gugup diandam oleh 'pak andam'....kalau tengok dari side ni memang macam pompuan...awwww....

barisan kepimpinan yang teguh berdiri di belakang pengantin....pengapit instant tu...single, ada berminat???

kek pengantin....yang pasti pengantin sket pun tak jamah....makan kek lain kot....hehehe...

shopping2 di Wakaf Che Yeh, siang g Pasar Siti khadijah pulak

atuk cakap kereta ni dia guna as a prop masa shooting filem Detektif Zain dulu....untuk kepastian sila tanya beliau sendiri....



Sempat gak aku rakam aksi silat cekak pada hari bersejarah itu. Ada 1 part di mana yang perform adalah pasangan suami isteri OKU. Si suami mengalami kecacatan pada kaki kiri manakala si isteri mengalami sedikit masalah mental. Tapi orang kampung cakap diorang ni dah sampai tahap Mahaguru a.k.a Wira Tempur. Hebat kan???


Posted By Capo Grande5:47 AM