Showing posts with label tontonan. Show all posts
Showing posts with label tontonan. Show all posts

Thursday, June 10, 2010

: saya & WC

Filled under: , , , ,

Terima tag dari Mekchu pasal WC. Here goes my story…..

WC2010 
Long long time ago, in the galaxy far far away, there’s an ogre named Shrek…..Wakluuu, orang suh citer pasal world cup da…

Sebenarnya takde apa pun nak citer. Aku dan world cup macam biasa2 je. Walaupun aku memang sokong England dari kecik sampai remaja ni, tapi aku takde la fanatik sangat. Selalunya aku akan sokong mana yang main cantik je.

Macam biasa aku akan angkat jersi England untuk menjadi bukti aku sokong walaupun cetak rompak je. Tapi tahun ni lain sket. Aku kena beli 2 jersi. Satu untuk aku, satu untuk Mrs. Wildcutecat. Dah dia minat Argentina kan. Jadi sebagai suami yang mithali aku pun belikan la untuk dia. Dia minat pun sebab Messi je. So, kalau Argentina main messy nanti pun dia sokong gak. Dia dah minat tu jangan dilawan. Sama la dengan kes dia minat Ruminah Sidek dan Johny Lever. Jangan sintuh, silap2 boleh gaduh. Huhuhu…

Bersatu tapi tak sebulu. Aku blonde owkey…argentina-plus-england

Dulu masa WC2002, aku hari2 tengok game. Biasa time praktikal budak2 sume bertungkus-lumus kerja. Tapi aku rilek2 je duk umah tengok bola. Tapi tahun ni takleh la buat camtu. Mengamuk bos aku nanti.

Takde pe nak citer lagi ni Chu. So aku off la. Sebelum tu aku nak tepek jadual perlawanan yang aku amik dari Berita Semasa.com. Bukan Astro je ada live, TV1 pun ada gak tau. So sape2 yang takde Astro jangan risau, nanti saya uruskan semua.

jadual-perlawanan7

 jadual-perlawanan22

 jadual-perlawanan32

So, untuk kemudahan korang, download dan print jadual di atas. Senang buat rujukan nanti.

p/s: Apa?? Tak kenal Johny Lever?? Ini gambar beliau ye. Huhuhu….
johnny-lever-wallpaper

Posted By Capo Grande6:44 PM

Saturday, November 21, 2009

+ akustika suria band kita@summit usj +

Filled under: ,

Ahad lepas, aku dan Apad bergerak secara sehala ke The Summit USJ. Mau layan Rosin lagi sekali. Info Apad, Rosin bakal jadi special appearance di sini. Hebat.

Sebenarnya show ala2 macam kat Terminal 1 je, tapi Apad cakap kat sini lagi kelassss, ada Mamak Village yang dia suka lepak tu. Show pun sempena ulang tahun ke 11 The Summit.

Ada 6 band buat show. Aku tak kenal pun, korang aku tak tau la kenal ke tak.

1. Matahari
Nice show band ni, persembahan bertenaga. Dah la muka penyanyi dia macam Helmi, budak opis aku. Diorang nyanyi lagu omputih best, tapi nyanyi lagu BM kantoi. Agaknya penyanyi dia lahir kat UK kot.

2. Tak tau nama band ni da

Tapi aku respect, showmanship yang sangat jujur. Selamba je diorang nih. Kalau korang tengok brader seluar ketat kat belakang tu yang angkat kaki tu, kompom korang bajet diorang nih rock kerazzz. Kalau la brader belakang tu ajak aku lumba lari bawak telur dalam seluar pakai seluar tu, kalah teruk aku sebab telur pecah. Dia senyum je pecut.

Penyanyi dia pun selamba gak.

Kalah Inul tu punya tonggek, baekkk punyaaa..

3. The Rocket
4. Maffla21

Band dari Muar ni. Jamshid mesti suka.

5. Mistikus
6. Rosin


Yang ditunggu, sampai punya la awal si Pot ni. Respek la. Macam biasa ada gambar aku ngan dia kat backstage, tapi sebab muka aku tak senereh sangat aku tak jadi la tepek kat sini.

******************************************
Ha, yang ni bukan artis tapi ex-classmate aku Hamdan. Last jumpa dia masa umur 13 tahun. Thanx to the power of the internet, we met again.

"Ko boto2 jang, ejo Summit satu M ko duo M??"

Aku dan Yufar, last snap ngan dia masa kat form 3. Tua dah kau Yufar rupanya

Apad melakukan cubaan meminta rokok di Mamak Village. Apapun kami puas hati sebab pulang dengan Bijau.

Posted By Capo Grande6:16 AM

Monday, November 16, 2009

+ minggu lepas yang padat +

Filled under: , ,

Sakit pipi
Ada ke penyakit macam ni kat dunia ni?? Dah jangan tanya aku. Yang aku tau pipi belah dalam aku ni sakit bangat sampai bengkak. Ingatkan sebab gigi or gusi, so aku pergi la klinik gigi Ferhat (1 of the famaous tau). Sekali salah da, dia pun bengong. Eh, bingung apa la punca sakit aku ni. Last2 dia bagi antibiotik dan ubat tahan sakit. Lepas la aku makan nasi, asyik tak makan je boleh kurus tau.

Teater Alam Beraja
Tanpa klimaks dan penataan muzik yang baik, teater yang disaksikan juga oleh Yang Dipertuan Besar ini tak menarik hati sangat. Wah, dah macam penganalisis teater lak aku kan. Biasa tontoni teater yang menarik barulah aku boleh komen macam2. Bagi yang 1st time, reaksi normal mereka ialah menarik. Kesian ayah bonda ku, menguap2 dalam dewan.

Bagi yang concern tanya aku (sampai SMS tgh mlm tu) dengan siapa aku malam tu, sini aku tepek gambar dia. Insyallah tahun depan ye ;-). Kelihatan pipi gebuku masih sakit (yang sakit sebenarnya sebelah kiri ye, ni kes tiru Madu Tiga la).

Table For 2
Aha, kesinambungan dari aku boleh start makan tu kan maka barulah ada sesi ini. Manis tak gadis di sebelah aku ni?? Antara topik percintaan kami masa ini ialah mengenai kerja, kerja, anak, kahwin, anak, kerja, kerja dan sambal nasi lemak tu sedap la tapi sket je dia bagi, kemut kuat la makcik kantin nih.

Jangan ngada2 nak book. Dalam line skang ada laki dia, Bapak Gonjolong, anak dia Jimmy Team pastu baru aku. Hahaha.

Meeting, meeting dan meeting.
Sampai pecah2 cawan ni kena santau. Sape la nak dengki ngan aku ni ek?? Apa je ko dapat?? Aku bukan orang kaya pun ko nak dengki2. Setakat muka je hensem tak kemana la. Huhuhu. Tak pasal2 aku minum teh tarik banjir da.

Selain tu sibuk dengan POC Kaspersky dan Netscout. Balik pun lewat je. Adoi la.

Tahniah Syazila
Dapat undangan perkahwinan paling jauh untuk tahun ni. Jauh tak jauh pun Kluang je. Tahniah, semoga berbahagia bersama orang terchenta :-).

Tenis 1 Sesi
Of course la dengan Apad, kemajuan selepas 2 bulan tak main kami masih mampu main secara non stop selama 1 jam (minus time kutip bola) selain daripada bentuk muka perut yang semakin meninggi dari Apad.

Amacam, padat tak jadual aku minggu lepas? Biasa je kan?? Hehehe.....

Posted By Capo Grande5:57 AM

Thursday, October 08, 2009

+ akhirnya, avatar menang +

Filled under: , ,

Korang tau tak cerita kartun Avatar - The Last Airbender tu?? Ala, yang keluar kat Channel 612 NICKELODEON tu. Ada lagi tak orang dewasa dan matang selain aku yang tengok cerita ni??

Malam ini akhirnya aku berjaya completekan Book 3 dan bermakna aku dah khatam sekalilah. Huhu...Kalau ada yang berminat untuk copy dari aku silalah contact secara peribadi ye, aku ada complete set.

Best wo cerita ni. Paling aku suka banyak culture asia yang diserapkan. Juga tidak ketinggalan falsafah hidup yang diamalkan oleh Jeneral (b) Iroh. Kira xde la budak2 punya kartun ni. Marilah ramai tengok sekali dengan aku. Huhu.



Posted By Capo Grande7:27 AM

Sunday, May 17, 2009

+ movie of the weekend +






Posted By Capo Grande6:10 AM

Monday, March 02, 2009

+ aku yang jumpa pot rosin fka radiostar ex innuendo +

Filled under: , ,

27hb nan lalu, aku telah menghadiri Malam Amal Akustika bertempat di UKM KL. Antara artis yang hadir pada malam itu ialah Bunkface, News@11, Influx dan my faveret Rosin f.k.a Radiostar. Ternyata harga tiket sebanyak RM10 yang dibeli tersangat berbaloi kerana aku berasa sangat terhibur malam itu. Tambahan pula aku dapat bercampur-gaul dengan adik-adik UKM yang berpenampilan menarik malam itu. Terima kasih diucapkan kepada gadis-gadis yang sudi berpakaian seksi untuk tatapan mataku.

Persembahan dimulakan oleh Bunkface yang menyampaikan 3 lagu termasuk hit mereka 'Situasi'. Anak-anak yatim kemudian mencuri tumpuan dengan gelagat mereka ketika menyanyikan lagu Ayat-ayat Cinta. Persembahan diteruskan oleh News@11, persembahan piano oleh pelajar UKM dan Influx. Ternyata kumpulan indie yang terdiri dari pelajar IPT berbakat dan boleh pergi jauh lagi dalam bidang muzik. Akhir sekali persembahan yang paling aku tunggu-tunggu malam itu. Walaupun dengan menggunakan khidmat drummer bidan terjun kerana drummer asal terlibat dalam kemalangan, ternyata persembahan mereka jauh dari mengecewakan. Rosin menyampaikan 4 lagu termasuk lagu kegemaranku bertajuk 'Pada Senyummu' dan 'Gula Gila'.

Persembahan yang terbaik malam itu dijuarai oleh Rosin. Pot bijak bermain dengan emosi penonton membuatkan penonton tak henti-henti tersenyum dengan gelagatnya. Cuma Pot agak kecewa kerana anak-anak yatim yang diraikan telah pulang awal, dan dia tidak dapat menyanyikan lagu yang ditujukan khas untuk mereka.

Tamat sahaja persembahan aku terus naik ke pentas bersama Apad untuk sesi bergambar bersama Pot. Aku sempat berbual dengan Pot yang tidak sombong dan rajin menjawab soalan kami. Untuk pengetahuan semua, Rosin akan menerbitkan album kedua mereka tidak lama lagi. Selain itu Rosin juga akan menjadi urusetia aktiviti Layar Tanchap bersama dengan kumpulan penggiat yang lain. Kami juga sempat bertanyakan mengenai perubahan nama Radiostar kepada Rosin. Rupanya Rosin ialah huruf Ro dan huruf Sin dalam tulisan Jawi dan mewakili Radiostar.

Bunkface.....

Persembahan anak-anak yatim.....Boleh pulak korang gaduh atas pentas ye.....

Influx.....

Rosin.....

Aku dan Pot....Stylo helmet bro.....

Untuk pra-dengar lagu-lagu Rosin sila layari Rosin@ChannelV

**********************************************************************************
Pada Senyummu - Rosin fka Radiostar

Apa diingatkan pada masa yang lalu
Cuba kau lihat, tenungi mataku
Terungkap beribu lagu hanyalah untukmu
Tiada yang lain lagi

Pada senyummu
Pada tawamu kasih
Ada kebahagiaanku, warna hidup ini
Andai wajahmu takku sua kembali
Khabarkan oh angin
Hidupku tiada bererti

Berikan resahmu, kan kubawa nun jauh
Dapat kau lihat pemandangan itu
Tersimpan seribu satu
Rahsia tiada lagi
Berputar-putar berguling riang ketawa bernyanyi merdu sungguh..

Pada senyummu...

Lirik : Pot Amir
Lagu : Pot Amir/Pacai/Aji
Published by Innate Publishing for Pot Amir,
Principal Connection (M) Sdn Bhd for Pacai and Aji. From SATU EP and "Buli Balik" OST

Posted By Capo Grande7:37 AM

Sunday, February 15, 2009

+ aku yang menonton teater +

Filled under: ,

Walaupun aku masih demam, aku masih tidak melupakan temujanji teaterku bersama sahabat. Ternyata kehadiranku itu tidak sia-sia kerana teater Perempuan Dot Dot Isteriku mampu membuat aku tersenyum dan tertawa.

Teater ini mengisahkan mengenai Zakiah seorang ibu ayam yang dipaksa berkahwin dengan Rahim. Zakiah yang ada skandal dengan lelaki lain telah membomohkan suaminya dengan menggunakan nasi kangkang. Di akhir kehidupannya, Zakiah terseksa kerana dosa-dosanya. Mujur Rahim sudi memaafkan Zakiah sebelum menghembuskan nafas yang terakhir.

Keseluruhan teater ini agak menarik kerana menampilkan watak Tok Moh yang begitu spontan dengan loghat Negeri Sembilan. Di samping itu ada juga adegan tarian berlatarbelakangkan lagu Sway dari Pussycat Dolls. Aku hanya sempat merakam sedikit adegan tarian itu kerana telefonku kehabisan bateri. Walaubagaimanapun, adegan sedih dan menginsafkan agak gagal menyentuh hati. Mungkin kerana aku sudah ketawa terbahak-bahak dengan adegan lucu sebelum itu.

Aku masih terasa kerugian kerana tidak menonton Puteri Gunung Ledang. Nampaknya teater Perempuan Dot Dot Isteriku merupakan pembuka tirai kalendar teaterku untuk tahun 2009.

Posted By Capo Grande6:21 PM

Thursday, January 29, 2009

+ aku yang menonton dakwat hati +

Filled under:

Malam ini aku telah menonton filem Inkheart. Agak menarik cuma terlalu perlahan di permulaannya dan hampir membuatkan gadis di sebelahku kelelapan. 1 yang aku pelajari malam ini. Boleh tempah tiket awal-awal. Tidak perlu lagi kecewa jika dapat tempat kurang menarik atau kehabisan tiket.

Ada 2 nama menarik minat aku dalam filem ini, Dustfinger dan Silvertongue. Aku yang sentiasa impikan mempunyai keupayaan istimewa kurang tertarik dengan keupayaan Silvertongue ini. Tiada faedah untukku menghidupkan karakter-karakter di dalam buku cerita.

Ketika menunggu waktu tayangan, aku menerima 1 panggilan. Suara yang amat aku rindui. Perbualan yang singkat itu mampu mengubah emosiku. Kekeruhan wajahku itu dapat dikesan walaupun hanya terjelma seketika.

Aku tidak berharap mempunyai keupayaan seperti Silvertongue, tapi mampukah aku menghidupkan karakterku dalam ceritaku sendiri??

Posted By Capo Grande9:32 AM

Monday, January 19, 2009

+ aku yang menonton maut +

Filled under:

Malam sabtu yang lalu aku telah pergi menonton filem "Maut' bersama Cik Yan 2 dan Aziz Karim. Keseluruhannya aku berpuas hati walaupun aku lebih rela menunggu tayangan filem ini ketika Thaipusam. 

Apa yang ingin aku kongsi hari ini bukanlah ulasan filem ini tapi kejadian seram yang berlaku kepada aku  sejurus selepas aku pulang ke rumah. 

Aku sampai lebih kurang jam 2 pagi. Pak Ngah (bukan nama sebenar), sedang tidur di ruang tamu.  Aku pun menukar seragam tidur aku dan menghidupkan komputer. Sedang aku asyik menyusun strategi pasukan aku, aku terdengar suara Pak Ngah aku meracau. Aku senyap seketika, cuba memahami apa yang dituturkan. Tiba-tiba suara Pak Ngah bertukar menjadi garau, sambil memanggil "Along, Along tolong. Aku bertambah senyap.

Dalam tempoh 10 minit itu aku dengar ada 3 jenis suara memanggil-manggil aku. Aku kaku keseraman. Nasib baik tiada gadis berhampiran. Jika tidak sudah tentu aku pura-pura berani. Perlahan-perlahan aku tarik headphone dan memasang lagu-lagu black metal kegemaranku. Terlupa pula aku ayat-ayat Quran yang tidak berapa banyak aku hafal itu. Sungguh aku memang lalai. Itupun mujur aku sudah sembahyang Isyak sebelum keluar rumah tadi. Kalau tidak malam itu aku tidur dengan penuh kekesalan kerana takut ke bilik air.

Keesokan harinya barulah aku tahu cerita sebenar. Pak Ngah aku menceritakan pengalaman melihat pintu rumahku yang terbuka luas padahal sudahku kunci ketika masuk. Katanya, dia terlihat bayang putih masuk dah menekan tubuhnya. Dia yang tidak berdaya melawan cuba memanggil aku dengan suara yang agak romantik. Patutlah ada angin sepoi-sepoi bahasa menyentuh lembut tubuh kecilku yang seram ketika itu. Aku hanya mendiamkan diri kerana aku tidak mahu mengeruhkan suasana yang seram itu. Teringat aku pada bulu-bulu yang tegak malam itu. Bukan setakat bulu roma, bulu dada aku pun ikut tegak sekali. Sungguh ngeri bila melihat bulu dada sendiri ketegakan, memang tak senonoh rupanya.

Akhirnya barulah aku teringat kebiasaan yang biasa aku buat jika pulang lewat malam. Aku terlupa meninggalkan apa yang mengikut aku malam itu. Selain itu aku juga terlupa membasuh kaki sebelum masuk ke rumah. Moralnya, kepada gadis-gadis, janganlah selalu pulang lewat. Keluar hanya dengan orang yang dikenali dan sentiasa pastikan pepper spray (sila rujuk tatacara penggantian stok) dan personal alarm (sila rujuk cara-cara menggantikan bateri) anda berfungsi dengan baik. Selalunya makhluk kasar lebih merbahaya dari makhluk halus.


Posted By Capo Grande7:34 AM