Showing posts with label tips. Show all posts
Showing posts with label tips. Show all posts

Thursday, December 24, 2009

+ penambahbaikan blog ini +

Filled under:

Sebelum aku buat penambahan fungsi dalam blog ni, antaramuka blog ini macam biasa je. Since aku tukar theme awal Jun aritu, takde perubahan apa2 pun yang aku buat.
blog asal Sekarang ni kalau korang perasan ada widget2 yang terapung di kiri dan kanan blog aku ni. Nampak macam teror je kan aku?? Sebenarnya tak, kalau ada yang tertanya mana aku dapat source code nya. Meh sini aku story satu2.

1. Floating Shoutmix
Nampak tak gambar yang bertulis ‘PESAN’ kat belah kanan atas? Rujuk gambar di bawahfloatnavApabila anda klik gambar ni, akan keluar la shoutmix aku. Kat situ anda boleh la buat luahan perasaan ke, komen ke, tegur aku ke or apa2 je la.

Aku amik code dia kat Blogger Tune-Up.

2. Floating Back To Top & Home icon
Kedua2 icon ni berfungsi untuk membantu anda dalam navigasi blog ini.
top&backicon arrow tu untuk bawak anda kembali ke page paling atas, dan icon rumah tu akan membawa anda ke home page blog ini. Anda boleh nampak icon ini di belah kiri dan kanan, so simple life kan??

Sila ke blog ini Mari-Bina-Blog untuk tengok coding nya ye.

3. Floating Nuffnang Ad
Code ini juga aku ambil dari Mari-Bina-Blog. Terletak di bawah kiri jadi bila anda scroll tu anda tetap boleh nampak iklan ni mengikut jugak ke bawah. Jangan risau, tiada paksaan untuk klik ;-).nuff Kat sini aku just letak link function yang aku apply je kat blog ni. Sebenarnya banyak lagi yang menarik dari kedua2 sumber rujukan aku ni. Just go there and pick what u like k!!!

Blogger-Tune-Up
Mari-Bina-Blog

Buat masa ni, aku tak sempat lagi nak godek2. So, aku just amik apa yg ada je. Nanti kalau ada masa, baru aku tukar versi aku pulak ye.

Posted By Capo Grande7:37 AM

Sunday, November 22, 2009

+ tips kekal jelita - pre wash & post wash +

Filled under:

Untuk pengetahuan tuan2 dan puan, tips kali ini adalah kesinambungan dari Tips Membasuh Gaya Bebas sebelum ini. Ramai yang bertanya kepada saya mengenai cara menangani masalah pakaian berwarna putih yang berdaki.

Saya tahu ramai di luar sana yang mempunyai leher yang berkerak2. Untuk menyelesaikannya anda perlulah mandi dengan bersih ye. Tapi kalau tak berkesan juga, anda boleh mengunakan produk2 seperti di bawah ini.

Untuk pre-wash saya menggunakan Kiwi Kleen Fabric Pre-Wash kerana ia berperisa lemon yang segar. Lagipun saya sendiri berpuas hati dengan prestasinya, sebab itu saya mengekalkan penggunaannya selama ini.

Manakala untuk pengurusan baju selepas dibasuh, saya menggunakan Kiwi Kleen Wrinkle Away untuk membantu proses iron baju. Terbukti ia memudahkan proses iron baju saya serta berbau floral.

Untuk mengetahui produk ini dengan lebih lanjut sila rujuk gambar di bawah. Terpaksa snap sendiri sebab tak jumpa dalam Google. Apa punya cokia la google nih.

(Amaran keras: Ini bukan iklan MLM. Anda bebas memilih produk kegemaran anda sendiri.)

Posted By Capo Grande7:05 AM

Saturday, September 12, 2009

+ tips kekal jelita - panduan membeli handset baru +

Filled under:

Bertemu lagi kita dalam rancangan Tips Kekal Jelita yang menampilkan tips-tips sensasi dan terkini untuk panduan kita semua. Tentu ada di kalangan kita ini yang merancang untuk bergaya dan beraya dengan handset baru kan. Saya akan berkongsi panduan untuk memeriksa handphone samada befungsi dengan baik atau tidak sebelum pembelian dilakukan. Jangan tak periksa ye, nanti sampai rumah handset anda macam masuk air pula. Semua serba tak kena.

Tips #1 : IMEI
Selalu kan kalau anda membeli handset baru, Tauke kedai tu akan mencatatkan nombor MEI telefon tu kat resit anda. Biasakan diri anda untuk menyemak IMEI tersebut dengan menaip *#06# dan bandingkan samada nombornya sama pada kotak ataupun tidak. Kalau tak sama, pandai2 la tanya tauke tu "Bos, ni fon curi ka??".

Catatkan nombor IMEI anda, manalah tahu sekiranya berlaku kehilangan bolehlah anda menghubungi penyedia talian anda dan banned handset itu dari terus digunakan. Baru puas hati, siapa suruh korang curi handset mahal aku.

Tips #2 : Kualiti perbualan
Test dahulu handset yang bakal dibeli dengan memasukkan Sim Card anda sendiri. jangan guna sim card tauke kedai tu. Ini adalah untuk menguji samada berlaku putus talian atau tidak dan juga kualiti perbualan. Telefon la kawan ke, girlfriend ke lebih baik telefon Atuk anda untuk bertanya khabar selama lebih kurang seminit. Minta mereka untuk mengubungi anda semula selama 1 minit juga.

Sekiranya handset itu ada fungsi video call, Buat 1 video call kepada kawan anda supaya mereka tahu anda sedang membeli handset baru. Pasti keesokan harinya kecoh di pejabat bahawa anda sudah membeli handset raya. Barulah meriah kan?? Jangan lupa tengok kualiti gambar, OK ke tak, putus2 ke tak.

Tips #3 : Bahagian Sambungan
Tips ini digunakan sekiranya anda membeli handset jenis slide, swivels, flip up, flip down ataupun side slide. Pendek kata semua jenis la kecuali jenis candy bar. Periksa bahagian sambungan samada berlaku kehausan (ketirisan). Kalau ada minta handset lain sebagai ganti kerana ini bermakna tauke kedai tu dah pakai dulu untuk menunjuk2 dekat kawan2 dia. Nanti anda guna lebih orang pula, kan tidak manis begitu.

Tips #4 : Skrin
Cara paling mudah untuk melakukan ujian ialah dengan mensnap gambar yang serba gelap (tutup lens kamera dengan tangan dan snap) dan serba putih (snap gambar kertas putih) untuk mencari kecacatan pada skrin.

Tips #5 : Buzzer / Bunyi
Pasang lagu yang ada dalam handset tu pada kadar yang paling maksima. Biar orang tau anda sedang mengetest handset. Sambil tu test sekali bunyi buzz anda samada merdu ataupun tidak. Nanti takde la alasan "Phone silent la yunk, I tak dengar" berlaku. Ini dapat juga memastikan kesinambungan keharmonian anda dan pasangan.

Tips #6 : Keypad
Bahagian yang kedua selalu digunakan selepas skrin. Bagi yang hardcore SMS (biasanya budak2 sekolah yang tak cukup kredit nak call kan, ala yang mintak duit belanja kat mak bapak lagi tu tapi nak ada awek), pastinya bahagian keypad anda kan berlaku kehausan. Malu la nanti ketika anda menunjuk2 handset baru, kantoi lak part keypad dan macam 2nd hand. Malu wooo, mana nak letak muka anda yang tak hensem tu.

Tips #7 : Lensa
Ambil seberapa banyak gambar berjarak jauh, sederhana jauh dan secara dekat. Pastikan kualiti gambar memenuhi citarasa anda. Kalau 8mp punya kamera takkan la gambar ada pecah2 kan walaupun muka anda macam muka pecah rumah. Zoom seberapa banyak yang boleh ye.

Kalau handset tu ada fungsi macro (untuk mengambil gambar yang sangat dekat) sila test fungsi ini juga. Test juga fungsi2 lain seperti flash, auto focus, red eye reduction, Geo-tagging, face and smile detection, smart contrast dan image stabilization sekiranya ada. Kalau takde jangan la nak memandai test, marah pulak tauke kedai tu nanti.

Tips #8 : Aksesori
Test segala aksesori yang ada. Handsfree, charger dan bateri. Pastikan hologram pada bateri dan aksesori di dalam keadaan baik dan mengikut spesifikasi pengeluar handset anda.

Selain tips2 di atas, anda juga boleh memeriksa engineering mode sesuatu handset itu. Berikut disertakan kod untuk 2 brand handset yang biasa digunakan.

Nokia
*#0000# - check firmware
*#92702689# - check tempoh masa perbualan


Sony Ericcson
gerakkan stik gembira (joystick :-p) Kanan (tekan)* Kiri Kiri * Kiri *   - Untuk masuk ke menu servis

Tips #9 : Research, research and research
Sekiranya ada rajin membaca anda boleh melayari laman web GSM arena untuk melakukan kajian terperinci mengenai handset idaman anda. Pastikan anda membaca review di mana anda boleh mengenalpasti kelebihan dan kekurangan sesuatu handset itu sebelum melakukan pembelian. Kalau dah malas sangat tanyalah kawan2 yang dah menggunakan handset itu sebelum anda. Tengok diorang puas hati ke tak.

Sekian dulu tips kekal jelita pada kali ini. Mungkin persoalan timbul, adakah aku yang akan menggunakan tips2 di atas membeli handset raya. Sama2 kita nantikan Aidilfiti yang bakal menjelma ye. Akhir kata, aku ingin berkongsi word of wisdom ini.

"If you know the enemy and know yourself, you need not fear the result of a hundred battles.

If you know yourself but not the enemy, for every victory gained you will also suffer a defeat.

If you know neither the enemy nor yourself, you will succumb in every battle."- Sun Tzu


p/s : status terkini - single, available, hunting and waiting for the launching of Nokia X6

Posted By Capo Grande9:49 AM

Sunday, June 07, 2009

+ tips kekal jelita - cara membasuh gaya bebas +

Filled under:

Bahan-bahan:-
  1. Downy (pelbagai perisa)
  2. Vanish
  3. Berus sabut
  4. Besen
  5. Penyangkut baju (warna ikut suka)
  6. Pakaian kotor (pakaian pejabat adalah digalakkan)
Cara-cara:-
  1. Campurkan 3 penutup Vanish dan 1 penutup penuh Downy ke dalam besen
  2. Gaul hingga sebati. Untuk impak yang lebih maksima pastikan air paip sedang mengalir untuk menambah buih.
  3. Masukkan pakaian kotor anda. Pastikan semua entiti baju diliputi air.
  4. Biarkan selama sejam atau sejam setengah. Lebih dari itu amatlah tidak digalakkan.
  5. Selepas sejam, keluarkan pakaian yang berwarna cerah terlebih dahulu. Gunakan berus sabut untuk memberus bahagian yang mempunyai kesan daki seperti di tengkuk dan di lengan. Gunakan kuasa yang secukupnya berdasarkan kedegilan daki anda.
  6. Masukkan pakaian yang sudah diberus kedalam besen lain untuk tujuan pembilasan.
  7. Keluarkan pakaian yang berwarna gelap pula. Kalau anda berdaki sudah tentu ianya berdaki juga. Tetapi jangan risau, kerana kebanyakan daki akan terlindung kerana warna baju itu. Sental guna tangan ala-ala gadis di zaman Jepun yang membasuh di tebing sungai.
  8. Masukkan ke dalam besen.
  9. Mulakan proses pembilasan dengan mencelupkan pakaian anda kedalam besen baru itu. Perah hingga buih mula berkurangan dengan setiap perahan. Untuk memastikan pakaian anda halal untuk dibawa sembahyang, lalukan air paip ke seluruh pakaian anda untuk bilasan terakhir.
  10. Perah buat kali terakhir.
  11. Pegang kolar/bahagian pinggang pakaian anda dan kibaskan sebanyak 3 kali.
  12. Gantung pakaian tadi dengan menggunakan penyangkut baju.
  13. Ulang semula proses 9 hingga 12 sehingga selesai semua pakaian anda.
  14. Kemas semua peralatan yang anda gunakan. Bilas besen dan takung air bersih sekiranya perlu. Pastikan Downy, Vanish, berus baju disimpan di tempat yang selamat. Ini adalah tips keselamatan untuk mengelakkan anda dimarah oleh Mak/Isteri/Kakak tiri anda.
Peringatan:
Cara ini sesuai digunakan sekiranya anda seorang yang pemalas macam saya tetapi ingin kekal jelita di pejabat. Sesuai digunakan sekiranya anda ingin menjaga pakaian untuk jangka masa lama.

*Kredit to Gjan kerana ajarin aku mengenai cara membasuh ini.

Posted By Capo Grande7:07 AM