Thursday, June 25, 2009

+ karaoke yang dahsyat +

Filled under:

Sesi karaoke kali ini disertai oleh 3 pasangan bahagia.

Pasangan yang mengalami konflik akibat ketiadaan anak selepas 14 tahun berumahtangga.Pasangan yang mempunyai skandal di luar. Kelihatan sang isteri sedang SMS anak ikan mak.Pasangan syerasyi dan bersyefahaman tinggi tetapi mengalami masalah komunikasi.

Banyak duet je kami kali ini. Cuma ada 2 lagu aku nyanyi seorang. Agak-agak sedap tak aku nyanyi??

Posted By Capo Grande2:04 AM

Wednesday, June 24, 2009

+ tandas hikmah untuk gadis yang ayu +

Filled under:

Isnin lalu aku bergerak ke Melaka kerana mengurusetiakan satu program rasmi untuk Zon Selatan. Program apa? Anjuran siapa? Aku tak mau bagitau, kerana bukan itu yang ingi aku highlight di sini.

Bosan saje programnya. Kebetulan perutku merengek untuk dibuang isinya. Aku pun secara spontan menuju ke tandas berhampiran. Tapi aku tersilap besar, aku termasuk ke tandas perempuan. Nasib baik tiada sesiapa berhampiran. Phew.

Cantik tau tandas perempuan, sempat la aku snap sana sini. Kalau tak percaya sila lihat gambar yang sempat aku snap sebelum ada perempuan menjerit melihat aku di situ.

Bunga-bunga cinta di sinki hatiku.

Kerusi menunggu.Poutpuri (betul ke eja tu??)

Kata-kata hikmah yang boleh dihayati semasa melepaskan batuk di tangga.

Kedudukan kata-kata hikmah untuk rujukan di masa hadapan.
Sebenarnya banyak lagi aku nak snap. Tetapi jeritan gadis itu menyedarkan aku. Sebelum berlari keluar sambil menutup muka dengan kertas, aku sempat menoleh ke belakang. Wah, ada tempat kencing berdiri ek kat tandas perempuan? Misteri.

p/s: Mama, mama kita cari rumah yang ada toilet macam ni ek. Style kan???

Posted By Capo Grande12:40 AM

Monday, June 22, 2009

+ dunia yang asing +

Filled under:

2 hari aku berada di daerah yang asing.

Asing bukan kerana aku tidak pernah ke sana.

Asing kerana aku rasa terasing dari dunia lain.

Aku dan dunia aku sahaja.

Pulang dari daerah itu, aku tunaikan tanggungjawab seperti biasa.

Aku mahu ke sana lagi.

Mahu bersama kamu lagi.

Posted By Capo Grande1:15 AM

Monday, June 15, 2009

+ movie of the weekend +

Filled under:

Full House - Lama giler citer ni baru dapat tengok. Kira filem la ye. 20 siri tu beb.
Definitely Maybe - Mengisahkan seorang ayah yang menceritakan kisah skandalnya kepada anak perempuannya. Oh, I'm so in love with April.
The Mist - Karya Stephen King, membuat rumusan manusia sanggup berbuat apa saja jika terdesak.

Posted By Capo Grande9:36 PM

Saturday, June 13, 2009

+ kehilangan tok anjang +

Filled under:

Agak lewat aku menulis entry ini. Pada awal pagi khamis lepas, Arwah Tok Anjang @ Sulaiman @ Luman menghembuskan nafas yang terakhir di Hospital Tunku Jaafar. Arwah merupakan jiran sebelah rumah aku merangkap bendahari surau taman aku. 2 hari sebelum itu, arwah tiba-tiba pitam dan rebah di pangkuan isterinya. Selepas hampir 2 hari dalam keadaan koma arwah dipanggil mengadap Ilahi.

Aku sentiasa ingat arwah Tok Anjang merupakan orang yang paling tinggi di taman aku. Selalu aku nampak arwah berjalan dari rumah ke rumah untuk mengutip derma untuk surau ataupun mengedar risalah berkaitan dengan aktiviti surau. Pada minggu terakhir hayatnya kebetulan aku nampak arwah berjalan seorang diri. Sebab aku tahu vespanya selalu rosak aku pun memperlahankan kompressorku untuk menumpangkan arwah. Memang selalu arwah naik kereta aku terutama semasa bulan puasa selepas terawih. Antara ayat yang arwah suka cakap pasal kereta aku ialah "Sodap naik keto alon ni, yolah keto oghang mudo".

Pagi khamis itu baru aku tahu arwah telah meninggal dunia. Aku yang sedang bersiap untuk ke pejabat, sempat menziarah sebelum ke pejabat. Hari itu aku lewat sedikit ke pejabat. Rupanya pada awal pagi itu, jiran aku ada cuba mengejutkan kami sekeluarga dengan menggoyangan pagar. Tetapi aku tiada kesedaran.

Semoga roh beliau dicucuri rahmat Allah S.W.T dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Al-fatihah.

Posted By Capo Grande6:39 AM

Wednesday, June 10, 2009

+ weekend nan lalu +

Filled under:

Sementara menunggu hujung minggu ini aku nak kongsi mengenai hujung minggu yang lalu.

Aku telah menghadiri 3 majlis perkahwinan.

1. Ayen Bancey a.k.a jiran setaman
2. Dilla, rakan sejak sekolah rendah merangkap bekas guru adik aku
3. Awe, kawan Alang. Alang jadi pengapit yang gabra lebih.

Sebab aku tak sempat jumpa Dilla kerana kononnya mengejar kenduri Awe di KL aku load la gambar ni sebagai bukti aku dah datang. Jangan jadi macam Mimi lak, sampai sekarang dia cakap aku tak datang tau. Padahal kita datang sama kan Dilla kan???


Nasib baik la ayah call Alang sebelum gerak ke KL. Kalau tak, penat je padahal kendurinya Ahad. So, Kami sekeluarga membeli-belah di Giant sahaja

Selepas kenduri Awe keesokkan harinya, kami telah singgah di Buy.Sell.Trade di Taman Melawati. Aku share gambar ni, manalah tau ada sesiapa pernah shop kat sini. Murah tak barang-barang kat sini???

Boleh tahan la barang yang ada. Aku berkenan 1 gitar ni, harga RM80 je. Kalau ada rezeki aku pergi lagi la. Mari lihat antara barang yang ada di sini.

Pintu masuk

Golf Set. Cabuk dah, tapi ada 1 titanium blade.

Gitar. Amp pun ada dijual di sini.

Laptop

Selain itu, ada lagi barang-barang macam set pinggan mangkuk, set memasak, barang plastik, handphone dan lain-lain lagi.

Ini pula, price list laptop yang sempat aku telek:-
- Lenovo S10 (RM1222)
- ASUS f6V (RM2888)
- ASUS x51RL (RM1499)
- Fujitsu V Series (RM1499)

Murah tak??? Kalau tak, sila lah jangan promote ye. Hehe...

Posted By Capo Grande2:45 AM

Monday, June 08, 2009

+ aku yang genap 78 +

Filled under:

Untuk pengetahuan semua, aku dan beberapa orang rakan sepejabat sedang dalam pertandingan siapa yang paling banyak turun berat dalam setahun. Acara tidak rasmi bermula sejak dari awal April hinggalah ke hari ini. Pertandingan ini juga disertai oleh beberapa pengamal Herbalife dan juga yang mahu menambah berat badan mereka.

85 itulah angka yang ditunjukkan oleh mesin penimbang rasmi pejabat aku pada hari pertama dilancarkan. Berkat kerajinan aku berusaha untuk kecewa dalam percintaan akhirnya aku berjaya menurunkan berat badan aku hingga ke 79kg.

Tetapi angka itu tidak menurun seperti yang diharapkan sejak sebulan setengah yang lalu. Masih kekal 79 setiap kali ditimbang. Hari ini mencipta sejarah kerana berat aku turun 1kg ke 78. Itupun aku timbang selepas melapun sepinggan penuh nasi lemak lebih dari mesyuarat di sebelah pagi. Jadi ada potensi untuk kurang lagi ye. Huhuhu...

Kawan-kawan, doakan aku jangan gagal lagi ye. Kesian aku tinggal tulang je ni.

Posted By Capo Grande5:31 AM

Sunday, June 07, 2009

+ tips kekal jelita - cara membasuh gaya bebas +

Filled under:

Bahan-bahan:-
  1. Downy (pelbagai perisa)
  2. Vanish
  3. Berus sabut
  4. Besen
  5. Penyangkut baju (warna ikut suka)
  6. Pakaian kotor (pakaian pejabat adalah digalakkan)
Cara-cara:-
  1. Campurkan 3 penutup Vanish dan 1 penutup penuh Downy ke dalam besen
  2. Gaul hingga sebati. Untuk impak yang lebih maksima pastikan air paip sedang mengalir untuk menambah buih.
  3. Masukkan pakaian kotor anda. Pastikan semua entiti baju diliputi air.
  4. Biarkan selama sejam atau sejam setengah. Lebih dari itu amatlah tidak digalakkan.
  5. Selepas sejam, keluarkan pakaian yang berwarna cerah terlebih dahulu. Gunakan berus sabut untuk memberus bahagian yang mempunyai kesan daki seperti di tengkuk dan di lengan. Gunakan kuasa yang secukupnya berdasarkan kedegilan daki anda.
  6. Masukkan pakaian yang sudah diberus kedalam besen lain untuk tujuan pembilasan.
  7. Keluarkan pakaian yang berwarna gelap pula. Kalau anda berdaki sudah tentu ianya berdaki juga. Tetapi jangan risau, kerana kebanyakan daki akan terlindung kerana warna baju itu. Sental guna tangan ala-ala gadis di zaman Jepun yang membasuh di tebing sungai.
  8. Masukkan ke dalam besen.
  9. Mulakan proses pembilasan dengan mencelupkan pakaian anda kedalam besen baru itu. Perah hingga buih mula berkurangan dengan setiap perahan. Untuk memastikan pakaian anda halal untuk dibawa sembahyang, lalukan air paip ke seluruh pakaian anda untuk bilasan terakhir.
  10. Perah buat kali terakhir.
  11. Pegang kolar/bahagian pinggang pakaian anda dan kibaskan sebanyak 3 kali.
  12. Gantung pakaian tadi dengan menggunakan penyangkut baju.
  13. Ulang semula proses 9 hingga 12 sehingga selesai semua pakaian anda.
  14. Kemas semua peralatan yang anda gunakan. Bilas besen dan takung air bersih sekiranya perlu. Pastikan Downy, Vanish, berus baju disimpan di tempat yang selamat. Ini adalah tips keselamatan untuk mengelakkan anda dimarah oleh Mak/Isteri/Kakak tiri anda.
Peringatan:
Cara ini sesuai digunakan sekiranya anda seorang yang pemalas macam saya tetapi ingin kekal jelita di pejabat. Sesuai digunakan sekiranya anda ingin menjaga pakaian untuk jangka masa lama.

*Kredit to Gjan kerana ajarin aku mengenai cara membasuh ini.

Posted By Capo Grande7:07 AM

Wednesday, June 03, 2009

+ miss you love - silverchair +

Filled under:

Millionaire say
Got a big shot deal
And thrown it all away but
But I'm not too sure
How I'm supposed to feel
Or what I'm supposed to say
But I'm not, not sure,
Not too sure how it feels
To handle every day
And I miss you love

Make room for the prey
'Cause I'm coming in
With what I wanna say but
It's gonna hurt
And I love the pain
A breeding ground for hate but...

I'm not, not sure,
Not too sure how it feels
To handle everyday
Like the one that just past
In the crowds of all the people

Remember today
I've no respect for you
And I miss you love
And I miss use love

I love the way you love
But I hate the way
I'm supposed to love you back

It's just a fad
Part of the teenage angst brigade and
I'm not, not sure,
Not too sure how it feels
To handle everyday
Like the one that just past
In the crowds of all the people

Remember today
I've no respect for you
And I miss you love
And I miss use love

I love the way you love
But I hate the way
I'm supposed to love you back

************************************************************************************

Somebody requested me to post my 'miss you' looks here. Sorry, I just can't do it. I still confuse either i'm missing the person i love or i'm missing the feeling of being loved.

Posted By Capo Grande6:01 AM

+ aku yang tukar theme+

Filled under:

1hb Jun, genap 6 bulan aku jadi blogger. Kira lama la juga kan. Selama ini aku hanya menggunakan theme standard takde modified ehsan dari blogger.com. Kira OK gak la, sesuai dengan taste aku yang suka apa-apa yang berwarna hitam.

Jangan salah sangka, aku masih hitam di hati tau. Dalam English " Black in heart". Cuma secara kebetulan aku membaca blog BB Syasya dan dapati ia telah bertukar tema. Plus ada link promosi dari Keju, kebetulan theme yang aku cari selama ini. Secara ringkas aku berikan formula seperti di bawah :-

(BB Syasya tukar theme + Keju bagi link theme blog ) * Jumpa theme di hati = Aku tukar theme

Simple kan???

So aku ambil kesempatan ini untuk promosi beberapa blog, dari bloggers yang aku kenali sebelum ini memang tiada blog. Kira promosi free la untuk korang. Jangan lupa promote aku kat gadis-gadis ye.

  1. herOWNthing (notasecretivever)
    Dimiliki oleh Cik Yan. Jangan lupa janji nasi ayam warisan itu. Kamu sudah tulis pasal aku dalam blog kamu kan.

  2. DIET YANG SEIMBANG (fazleen)
    Gadis comel bekas student praktikal aku. Kalau pergi interview jangan pakai seksi-seksi lagi ye. Nanti aku segan dating sama kamu.

  3. All About Families, Friends, Children, Education, Entertainment News (Zaidah Zul)
    Senior office lama aku. Banyak mendidik, sangat strategis, cuma aku bukan murid yang baik kan kak??? Sangat slow motion.

  4. It Could Be Anything .... (jiran kat tbs)
    Keju, kakak tiri aku yang comel. Tetap maintain walau dah ada anak 2.

  5. ~ecHopArk>>moe<< (adik aku)
    Aku saje je nak promote ni. Tugas aku ialah kalau ikut situasi politik negara sekarang ibarat mepunyai kuasa seperti Polis, Mahkamah, SPRM, SPR, DUN Perak yang haram, PBB, NATO, OIC, EPL kepada adik aku ini.

  6. Hanizah's Line (Hanizah Hassan)
    Boss, lama tak update ye. Ni saya dah promote blog boss, jangan segan-segan update tau.

  7. Memories (Mr FBI)
    Dude, kau buat blog nak tunjuk gambar kahwin je ek. Dah la susah nak contact, office kau jauh lak sebelah ngan office aku.

**Sila terima theme baru ini dengan ikhlas ye. Kalau mau gelak, jangan sampai guling-guling. Nanti aku segan.

Posted By Capo Grande5:05 AM