Thursday, January 22, 2009

+ aku yang baling bola boling +

Filled under: ,

Rabu, tanggal 21 Januari 2009 menyaksikan hari aktiviti sosial sedunia aku. Selepas berkaraoke di waktu petang, MiG telah mengajakku menyertai aktiviti boling bersama keluarganya. Aku yang baru pulang membeli-belah bersama nenekku lantas menukar pakaian yang lebih bersopan kerana telah dimaklumkan akan kehadiran adik dan adik ipar MiG.

Sesampainya aku di Jusco, aku dapati mereka sedang bermain pool sementara menanti gelanggang yang ditempah. Aku dengan tidak membuang masa terus menunjukkan bakat yang dilatih sejak darjah 6 dengan meletupkan 4 biji bola pool dengan berturut-turut. Ternyata latihan intensif di Pusat Permainan Ah Sai selama 5 tahun membuahkan hasil kerana mampu untuk membuat gadis-gadis kekaguman.

Untuk pengetahuan, ini adalah kali kelima aku bermain boling dan hanya kali ketiga bermain dari awal ke akhir. Aku yang menggunakan nama Brad Pitt bermula dengan langkah sumbang apabila gagal untuk mendapatkan sebarang spare mahupun strike. Kebangkitan aku di saat akhir meresahkan pencabar lain yang memandah rendah aku sebelum itu. Berikut adalah keputusan rasmi yang dikeluarkan sejurus selepas permainan tamat.

  1. Adik ipar MiG 2
  2. Biras MiG
  3. MiG
  4. Aku

Kegagalan ini akan menjadi dorongan dan iktibar buat aku dalam menghadapi sebarang kejohanan samada di dalam ataupun di luar negeri. MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA!!!


Kontijen MiG puas selepas menyapu bersih semua pingat dipertandingkan:

Dari kiri; Adik ipar MiG 1, Biras MiG, Adik Ipar MiG 2, MiG Jr, MiG, Orang Rumah MiG, Adik MiG.

9 comments:

  1. wee..lame dh xmen bowling..huhuhu

    ReplyDelete
  2. pe lagi?? ada berani lawan brad pitt x??? hehehe...

    ReplyDelete
  3. lawan ngan brad pitt?owh..sy akan bt2 kalah..hehehehe
    xsanggup tgk mukanye yg ensem itu kesedihan :P

    ReplyDelete
  4. ahaks, brad pitt rela kalah asalkan dapat melihat kegembiraan gadis...hehehe

    ReplyDelete
  5. uik.. macam best je komentar dari user lain. Macam semua orang nak kalah jew..

    ReplyDelete
  6. kami sepakat memberi laluan untuk cik puan syazila memenangkan diri...

    ReplyDelete
  7. tapi sayang..
    brad pitt udah ada yang punya..
    tak sanggup bermadu..ahaks~

    ReplyDelete
  8. hahaha...yg itu brad pitt ori, ini yg sipcy take away punya..hahaha

    ReplyDelete
  9. Kalau semua bagi laluan, xbolehlah pakai istilah 'Majulah Sukan Untuk Negara'

    ReplyDelete