Thursday, December 17, 2009

+ sihatnya ke genting +

Filled under: ,

Sepertimana yang diumumkan oleh aku sebelum ini, aku akan menghadirkan diri ke Taklimat ICT di Genting Highland selama 3 hari.

Bertolak pada 15hb Dis sepatutnya pada jam 10 pagi, tapi terlajak hingga ke jam 11.30. Panas pulak tu tapi masih sempat untuk pose.
IMG_1458 Masa aku pose untuk Churalliya, Viruspadu sempat snap kami.

Sebelum sampai ke Genting kami singgah lunch di Restoran Berputar, Menara KL. Alhamdulillah, kenyang perut kami di situ. Sempat la menikmati pemandangan Kuala Lumpur secara keseluruhan memandangkan 1 jam kami di sana.
IMG_1473
Mangai sayup je KL. Terasa macam Superman pulak bila kat atas ni. (Sila rujuk Hikayat Sang Superman 1 dan 2 ye). IMG_1479 Apa je la yang aku buat tu?? Time ni memang shift kitaorang tolak restoran ni. Kalau tak, tak berputar la.
PC140387Pantang betul aku jumpa piano, mesti nak main. Bajet John Legend la tu. “L is for the way you look at me, O is for the only one I see”, nyanyiku mengikut versi Tompi.
PC140395 Sampai2 je selepas penat berdengkur, terus snap kat pintu depan 1st World.
IMG_1489 Acara rumah hantu. Sepertimana yang selalu aku katakan makhluk kasar lagi menakutkan dari mahluk halus. Betul tak VP?? Churalliya??
PC140403 Acara Snow World. Masing2 dah terpengaruh dengan gaya bebas aku ketika mengambil gambar. Ada yang teminum air sabun dalam ni woo. Huhuuhu.

Malam pula dipenuhi acara karaoke beramai2.

Mesti korang tertanya2, taklimat apakah ini?? Asyik liburan sahaja. Sengaja aku tak masukkan agenda2 ilmiah untuk mengelakkan aku kebosanan menulisnya.

Sekian, jumpa lagi di bahagian kedua ye!!!

p/s : gambar ditaja oleh Viruspadu dan Churalliya.

8 comments:

  1. wah...syoknya jln2....

    p/s: slm kenal...

    ReplyDelete
  2. cam mane boleh ade seminar kat genting pulak ni! ishhkk ishkkk orang gomen skrg ni!

    ReplyDelete
  3. zella, mmg byk syiok...slm kenal juga :-)...

    dcharmed, biasa a tu...nak wat camne...ikut je la...huhu..

    ReplyDelete
  4. mmg bahaya pengaruh rakan sebaya.. boleh membawa padah.. hahaha.. aku mmg x leh terima la aku posing cam tu.. hahahahahaha...
    makhluk kasar itu sungguh menjijik kan!

    ReplyDelete
  5. dah lama tak pergi menara kl :)

    ReplyDelete
  6. churalliya, apsal ko xleh terima lak?? ko yg buat sendiri ek, aku tak paksa pun...huhu...

    aku pun nak jadi makhluk kasar...agak2 sesueyy tak??

    cik EPAL, dah bape lama tu?? nanti kita g sama2 ek ;-)...huhu...

    ReplyDelete
  7. hahahaha, kursus paling syiok utk tahun ni

    tp aku benci giler sama makhluk main kasar tu

    dush dush dush

    ReplyDelete
  8. adoi...aku br nak jadi la vp...bg la can...huhu..

    ReplyDelete