Thursday, December 31, 2009

: genap setahun

Filled under:

Eniya Puthandu Nalvazhthukkal!
Manigong Bagong Taon!
Felice anno nuovo!
Sun Leen Fai Lok!
Selamat Tahun Baru!


Kebetulan pula hari ini permulaan untuk 2010.

1hb Januari 2009, tarikh aku mula start berblogging.

1hb Januari 2010, genap setahun.

Kejap je rasanya setahun berlalu. Macam baru semalam aku buat entry aku yang pertama di blog ini. Walaupun rasa kejap, tapi ada tempoh tertentu yang buat ia terasa lama.

Di blog inilah aku letak segala aktiviti aku, kenangan aku. Baca balik entry aku, terasa macam aku kurang emosi. Betul ke??

Banyak yang ditulis, banyak lagi yang tak tertulis. Bukan isu kejujuran, tapi kurang keberanian. Harap aku lebih berani tahun ini.

Azam tahun baru pun takde, cuma target mau belajar renang tahun ini.

p/s : status aku kat facebook "2009 dan 2010 hanyalah angka, hidup dimengertikan saat nafas masih berbau". Huhuhu

7 comments: