Friday, December 11, 2009

asdasdasd asdas da

Filled under:

Lokasi : Kg. Tulang Rimau, bukan tulang En. Ghimau.
Objektif utama : Menikmati penganan cair – Sukses!

Inilah 1st time aku menerima jemputan mengacau penganan, lagipun dah lama tak tengok orang buat penganan lagi. Sekarang kan dah senang, beli je kat kedai. Aku ingat last sekali aku join adalah sebagai kanak2 riang yang berfungsi sebagai penadah pinggan bila orang tua jerit “penganan cair, sapa mahu?”.

Pada sesiapa yang tak pernah mengacau penganan tu, aku sarankan join la aktiviti ini. Lihat saja ototku yang kekar itu. Ha, itu hasil aku hari ini. Tak perlu susah2 ke gym.

Acara dimulakan seawal jam 9 pagi. Aku sampai dalam jam 10, biasalah star player. Sampai je, minum dulu. Pastu baru aku join. Kalau korang tengok, nampak macam aku je sorang yang buat keje. Tidak, aku tak segagah itu. Jadi aku sertakan gambar pengacau lain yang terlibat.
1 
Makan tengahari disediakan secara buffet. Banyak lauk tapi aku tak boleh makan banyak sebab letih sangat. Ada kari kambing, gulai cendawan, gulai daging, ikan patin tempoyak dan ikan goreng.

2 
Lebih kurang jam 3 baru masak 1 kancah. Itu pun aku dah pancit. Nasib baik la boleh gilir2, kalau tak muntah buih aku kat situ. 1 jam sebelum masak, penganan dah likat. Nak kacau lama2 memang tak boleh. Seorang 2 minit je paling kuat pun.
Bekalan sebelum pulang ialah sebekas penganan hasil usaha kami itu, dan lauk2. Terima kasih, aku suka ikan patin itu.

0 comments:

Post a Comment