Friday, December 11, 2009

asdasd asda sd asd

Filled under:

Ahaks, tajuk ala2 Twilight Saga gitu. Sabtu, 5 Disember tayangan terakhir dalam saga perkahwinan Alang. Selesai lah tugas mak aku menyambut kedatangan menantu pertama dia. Harap2 bukan yang terakhir kan. Hehe

Bermula dengan pertunangan, akad nikah di Pandan Indah, persandingan di Kok Lanas dan berakhir dengan majlis walimatul urus di rumah aku, Taman Dusun Setia.

Beberapa bulan sebelum majlis mak dah sibuk2. Aku baru je start sibuk 2 minggu lepas, mengemas rumah, jadi driver, tolong makan. Sebab tu aku tak update blog ni.

Khamis malam ada kenduri doa selamat kat rumah aku. Seingat aku inilah kenduri pertama yang famili aku anjurkan. Memecah rekod kebangsaan betul. Thanx pada tetamu yang datang, especially budak2 opis dan praktikal aku.

Wedding day kira kenduri kedua famili kami. Nasib baik la aku pun menjemput orang gak. Kalau tak, lagi sikit orang datang. Nanti majlis aku, taknak la sub kat ayah aku handle jemputan. Biar aku buat sendiri, baru feel kan. Thanx kepada sayangku Mimi-kun yang bawak parents datang. Makin kurus ayah kau, sama dengan ayah aku. kau je makin subur. Hehehe.

Antara perkara menarik (korang tak jumpa kat majlis lain kot) adalah sound system dan pakaian tuan rumah.
05122009
Mana nak dapat kan?? Guna laptop dan speaker PC je. Ditaja oleh aku sendiri. Kelihatan antara barisan DJ pada hari itu.

Manakala pakaian tuan rumah, selain tidak senada, semua ahli keluarga aku pakai kemeja dan jeans kecuali ayah aku. Pakaian lelaki tuan rumah juga ditaja oleh aku. Ayah aku cakap kalau pakai baju melayu, nampak macam nak pau duit je kan. So, sebagai anak yang soleh aku follow la dress code ayah aku.

Thanx kepada tetamu aku Gjan, Kak Com dan keluarga, Waisul dan Dalina, Kak Ita dan keluarga, Apad, K dan Ros, Ila, Ain, Fadzli, Zam, Hajar kecik dan yang paling special, Akak kesayangan aku, Kak Ati dan keluarga. Wan aku cakap kalau majlis aku nanti mesti ramai datang. Aku tanya kenapa, dia senyum je.
page

p/s: Pada yang tak sempat dijemput aku minta maaf. Juga mohon maaf sekiranya layanan kurang memuaskan.

0 comments:

Post a Comment