Friday, October 09, 2009

+ tidur +

Filled under:

Sekarang ni office aku dalam proses nak buat transformasi (kununnyalah). Antara aktiviti yang dikenalpasti boleh mentransformkan kami adalah sesi Knowledge Sharing. Sesi ni lebih kurang macam public speaking la, cuma tajuknya tersangat bebas. Sekarang kami dah sampai pusingan kedua. Kalau 1st round aritu aku jadi yang 1st, dengan tajuk 'Tips untuk memberikan Knowledge Sharing dengan baik'. Kali ini aku jadi 2nd speaker membawa topik yang lebih ringan, '5 Peringkat Tidur dan 3 Jenis Imsonia'. So kat sini aku nak share sedikit apa yang aku kongsi aritu.

5 Peringkat Tidur
#Sebelum tidur dan tentu kita jaga, sedar kan?? Masa ini wakefulness system kita berada di peringkat tertinggi pada waktu siang dan otak kita memancarkan gelombang otak yang sangat tinggi, gelombang otak beta. Semasa kita jaga, dan di dalam beta brain waves mode, kita berada di dalam keadaan super-active otak yang sedar dan ini membantu kita menjalani hidup seharian.

#Peringkat 1
Secara sedar atau tidak, kita semua akan mengalami keadaan tidur peringkat 1 di dalam hidup kita. Biasanya keadaan ini berlaku semasa kita hampir terlelap seperti ketika berada di dalam kelas, mesyuarat ataupun ketika berada di pejabat dan tiada orang berhampiran (esp. boss).

Semasa peringkat ini, otak kita akan memancarkan gelombang otak yang sedikit rendah, dikenali sebagai gelombang otak alpha dan sedikit gelombang otak theta. Gelombang otak Alpha juga dikenali sebagai 'awake waves' kerana otak kita masih di dalam keadaan sedar pada peringkat ini.

Semasa peringkat ini, badan akan berada di dalam keadaa relax, kadar degupan jantung dan kadar respirasi akan turun dan fikiran akan melayang ke keadaan yang kreatif dan santai. Peringkat ini juga dikenali sebagai 'Pintu Tidur'.

#Peringkat 2
Semasa pringkat ini, kita akan mengalami beberapa jenis gelombang otak yang dikenali sebagai sleep spindless dan juga K-complexes. Para saintis berpendapat keaadaan ini berlaku kerana otak kita cuba untuk 'shut down' dirinya sendiri.

Di peringkat ini kita masih boleh dibangunkan dengan mudah. Selalunya apabila dibangunkan kita akan berkata "Aku sedar lagi dowh".

#Peringkat 3 & 4 (Tidur lena)
Di dalam peringkat ini otak kita akan mencapai frekuensi gelombang otak yang paling rendah yang dikenali sebagai gelombang otak delta. Gelombang ini akan berulang alik dengan gelombang otak theta.

Semasa peringkat ini barulah kita secara rasminya tidur. Biasanya dikenali sebagai tidur lena. Memasuki tidur lena, tekanan darah, degupan jantung dan respirasi berada di peringkat paling rendah dalam sehari. Sesulur darah akan membesar dan darah yang berada di dalam organ akan tersebar ke otot untuk melakukan proses pembaikan dan pemuliharaan.

#Peringkat 5
Stage 5 (REM Sleep)
Peringkat ini merupakan pengalaman paling indah kita semasa tidur. Ia juga dikenali sebagai Rapid Eye Movement (REM) Sleep. Seorang saintis yang bernama Nathaniel Kleitman menemui, ketika peringkat ini, mata kita akan bergerak dengan laju ke semua arah. Beliau juga mendapati jika kita dikejutkan semasa peringkat ini, kita biasanya sedang bermimpi. Sebab itu REM Sleep juga dikenali sebagai Dream Sleep.

Semasa peringkat 1 hingga ke 4 kita dapati gelombang otak menjadi semakin rendah. Ini berbeza dengan peringkat 5 kerana otak akan meningkat dan hampir menyerupai ketika kita sedar. Ini menyebabkan kejadian apabila kita menganggap mimpi kita adalah satu realiti ataupun mengharapkan ia menjadi kenyataan ;-).

3 Jenis Imsonia
# Sleep Onset Imsonia
Berlaku bila kita tidak dapat tidur dan biasanya terpaksa berbaring selama 30 minit hingga 4 jam (atau lebih) untuk tidur. Selepas berlaku keresahan, tekanan dan keadaan separa lelap barulah kita boleh tidur. Biasanya apabila bangun di waktu pagi kita akan mengalami sakit kepala terlampau, keadaan mengantuk dan kesakitan pada badan

# Sleep Maintenance Insomnia
Kita akan masuk tidur secara normal tanpa sebarang kesukaran. Tetapi kita akan selalu terjaga dan mengalami keadaan susah untuk tidur kembali dan ini mengambil masa yang agak lama.

# Sleep Disturbance Insomnia
Kita akan tidur secara normal, dengan masa tidur yang disarankan (7-8 jam bagi dewasa, 5-6 jam bagi orang tua) tetapi bangun pagi di dalam keadaan tidak berehat, sakit kepala, sakit badan dan rasa mengantuk dan pening.


Jadi adakah anda tidur dengan baik??

*sumber daripada Powerful Sleep – Secrets of the Inner Sleep Clock,by Kacper M. Postawski

4 comments:

  1. saya suke tidur peringkat 5, tu yang slalu dapat dejavu. rasa cam da lalui momento itu tapi sebenarnya tidak.

    ReplyDelete
  2. nina-chan, deja vu biasanya terjadi ketika matrix cuba mengubah naturenya, kata trinity kepada neo...huhu...

    ReplyDelete
  3. jgn lupa e-book aku utk 'messy thing'.. betul ke tajuk tu??

    ReplyDelete
  4. bukan messy thing la...1001 Horrible Facts la tajuknya...

    ReplyDelete