Friday, October 09, 2009

+ thanx kak hajar, happy birthday kak wanie +

Filled under:

Susah betul la hati aku setiap kali raya ni. Banyak pulak open house dilakukan oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab. Hari ini rumah terbuka MPS. Seperti biasa jejaka single dan available macam aku ni seringkali diundang ke majlis sebegini untuk memeriahkan majlis. Apalah yang korang suka sangat kan aku ni kan?? Pelik betul la.

Aku, Apiz, Mizi bergegas ke parking MPS selepas solat Jumaat menunggu Fadzly di situ. Kemudian kami bertolak bersama ke Dewan. Malas lak nak jalan kaki tengah panas tu. Hilang la bau perfume I. FYI, Mizi pun dah ada Starwalker ye. Gjan, lu bila mau angkat Soir??

Menu macam biasa, lebih kurang sama je macam tahun lepas. Yang kurang ialah, kambing bakar je. Ada satay (ma faveret), cendol, roti jala, soto dan macam-macam lagi la. habis semua menu kami rasa. Rasa je taww, bukan makan. Hehehe.

Kenyang di situ tidak bermakna aku tidak boleh hadir majlis yang lain. Jam 5.30 tepat aku cepat-cepat punch out. Sorry Puan Roy, Isnin kita settle itu problem ek, jangan gusar. Ghana setia menantiku di pintu guard. Thanx Ghana tumpangkan aku ke rumah Kak Hajar. BTW U should stop smoking now. It's not good for u la. Tak sesueiiii.

Kat rumah Kak Hajar, macam-macam menu gak ada. Ada nasi goreng, meehun Singapore dan paling penting ayam berempah. Pandai laki dia masak. Aku kalau kawin nanti nak cari laki macam tu jugak la. Awwww, kerrrasssss. Hahaha. Sempat la curik resipi dia. kalau rajin boleh la dicuba nanti kan. Kalau la kan.

Ada suprise tadi, sambutan late birthday Kak Wanie. Kak Wanie ni single lagi tau, sempat aje aku promosikan dia. You're welcome Kak. Hehehe. Dulu keje dengan aku kat MPS. Kitorang selalu bagi-bagikan kerja dengan adil. Kalau bab-bab kena marah bagi kat dia, kalau kena puji pass kat aku. Hehehe. Adilkan aku??

Kak Wanie memang pakar potong kek sambil tutup mata....
Acara petang tadi turut disertai oleh Hajar kecik dan Intan, gadis manis dari ICT. Sorrylah Hajar kecik, dah kau paling kecik kat situ kompom la ko kena sakat ngan aku. Lupa lak nak snap kemanisan diorang, sebagai ganti aku snap gambar bakal-bakal gadis manis dewasa nanti. Hahaha. Enjoyyyyy....

Sape nak kek amik gambar dulu....Huhu...Laju je diorg jadi model kalau tak, lari...

2 comments:

  1. ohho...tu dia...keju tak di jemput pun...takpe lah..nak bagitau cik capo..sila - sila lah follow blog keju yg baru..http://nuyin2u.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. sy pun dijemput di saan terakhir la keju...terus je la sy g...bukan xtau sy mmg kuat kerja, eh makan....hehe...

    owh ada blog baru...ok ok keju...i will follow u...

    ReplyDelete