Saturday, March 14, 2009

+ mr. A, murid sekolah menengah yang stylo +

Filled under:

Sebelum tukar sekolah Mr. A selalu teringin nak ikut gaya budak-budak macho sekolah lamanya. Ada kasut Cardin, seluar ketat di punggung besar di bawah (tempah tau) dan kaca mata hitam. Bersusah payah dia kumpul duit. Tapi bila dah ada semua itu, terasa macam tak best pula. Di usia seawal 15 tahun, dia sudah sedar kepentingan bergaya mengikut keselesaan sendiri.


Di sekolah baru dia guna beg hitam dan silang di dada. Beg yang dihadiahkan sahabat ponteng sekolahnya itu begitu dihargai. Tidak disangka, ramai yang meniru gaya itu. Mr. A bukan pelajar yang tipikal. Di kala semua pelajar couple sesama Melayu, hanya gadis Jepun dan Cina yang berada di kepala otaknya. Kecik-kecik dah pandai multiracial. Jadi cubaan akhbar arus tempatan untuk menggunakan isu perkauman sekarang sekadar dipandang remeh. Bosan dengan keadaan itu Mr. A menukar beg sekolahnya semasa naik Form 4.

 

Tiada lagi beg sekolah menggunakan bahu, hanya pegang di tangan. Baru puas hati dia, tiada sesiapa sudi tiru. Memang agak melampau bergaya sedemikian. Sekarang walaupun sudah berkerjaya dia tidak pernah menggunakan briefcase. Briefcase itu hanyalah untuk perhiasan sahaja kerana Mr. A tidak pernah membawa sebarang buku kecuali jika ada kerja rumah. Itupun dia tidak buat di rumah, tetapi di sekolah keesokkan paginya. Buku-buku lain ditinggalkan di dalam almari kelas bersama set catur, daun pakau dan pelbagai alatan riadah yang boleh dimainkan ketika cikgu mengajar di depan.

 

Seluar Mr. A pun lain dari yang lain. Walaupun sampai sekarang dia masih tidak tahu apa jenis kain yang dia pakai. Dari jauh sudah boleh kenal seluarnya kerana warna yang agak pudar berbanding warna seluar sekolah yang normal. Di bahagian dalam seluarnya juga berwarna lain. Selalu Mr. A akan melipatkan seluarnya ke bawah paras lutut (jaga aurat) untuk menunjuk/menunjuk-nunjuk contra warna seluarnya. Oh lupa, seluarnya ada button khas untuk dia melipat seluar dengan lebih bergaya.

 

Banyak lagi gaya Mr. A di sekolah yang berbeza dengan pelajar lain. Bekas pensil boleh-ubah-gambar yang dibuat daripada bekas video tape, tali leher mudah laras untuk simpanan rokok, baju sekolah jenama canggih yang tidak kusam-kusam walaupun setelah 3 tahun pemakaian dan banyak lagi.

 

Harus membetulkan tajuk di atas. Mr. A bukan pelajar sekolah yang stylo. Tetapi dia mendahului zaman.

2 comments: