Tuesday, March 17, 2009

+ aku yang ke kursus (verse 3) +

Filled under: ,

Aku masih di sini untuk berkursus. Ada 9 hari lagi. Selepas 2 hari setengah di sini akhirnya aku jumpa 'ayam'. Eh silap, ayam tanpa '. Itupun selepas santapanku yang ke 11 di sini.

Hari ini aku jatuh cinta lagi. Tidak sangka aku boleh jatuh cinta lagi.

AKU JATUH CINTA DENGAN KERJA , DENGAN PEJABAT.
BOS, BAWAKU PULANG....

Di sini aku rasa seperti seekor pelajar. Seekor pelajar yang terpaksa menghadiri semua kelas. Tiada lagi beruk-beruk jalanan yang ajak aku main boling ketika kelas UIS, lepak kedai mamak jika lecturer lambat sampai.

Bencinya jadi seekor pelajar. Antara banyak kerjaya di dunia ini, menjadi pelajar adalah pilihan aku yang terakhir sejak dilahirkan. Kelemahan aku yang paling ketara ialah aku tidak mampu mendengar orang yang sama bercakap lebih dari 15 minit. Dari tadika sampailah sekarang ini. Mungkin ini balasanku di dunia kerana selalu ponteng kelas dulu.

Mujur aku masih mempunyai sepasang tangan yang cekap melukis. Sambil mendengar syarahan, aku membuat cakaran unta aku berkanvaskan kertas A4. Kadang-kadang aku akan berbual dengan sesiapa di sebelahku. Hasilnya amat memuaskan. Mukaku kekal segar seperti baru selesai membuat proses fotosintesis.

Hari ini cerah sepanjang hari. Lupa pula untuk basuh baju. Kesian pula melihatkan Vanish dan Downy yang ku bawa jika tidak digunakan.

Malamku resah dan sepi tanpa dirimu
Mungkin rasa kuat lampaunya rindu
Mimpi tambah seri dengan wajahmu
Mari kasih peluk diri dan hatiku
Mutlak cinta kita setia berpadu

Edited at 12.44 a.m:Baru lepas sidai baju.....

2 comments:

  1. Terima kasih utk 5 baris itu. Yang bermula dengan Mujur aku dan berakhir dengan proses fotosintesis. Makanya jadilah Mujur aku proses fotosintesis. Kreatif lagi Inovatif.

    ReplyDelete
  2. hahaha....daku masih kegelakan bila teingat kejadian itu...hahaha...

    ReplyDelete