Sunday, February 15, 2009

+ aku yang menonton teater +

Filled under: ,

Walaupun aku masih demam, aku masih tidak melupakan temujanji teaterku bersama sahabat. Ternyata kehadiranku itu tidak sia-sia kerana teater Perempuan Dot Dot Isteriku mampu membuat aku tersenyum dan tertawa.

Teater ini mengisahkan mengenai Zakiah seorang ibu ayam yang dipaksa berkahwin dengan Rahim. Zakiah yang ada skandal dengan lelaki lain telah membomohkan suaminya dengan menggunakan nasi kangkang. Di akhir kehidupannya, Zakiah terseksa kerana dosa-dosanya. Mujur Rahim sudi memaafkan Zakiah sebelum menghembuskan nafas yang terakhir.

Keseluruhan teater ini agak menarik kerana menampilkan watak Tok Moh yang begitu spontan dengan loghat Negeri Sembilan. Di samping itu ada juga adegan tarian berlatarbelakangkan lagu Sway dari Pussycat Dolls. Aku hanya sempat merakam sedikit adegan tarian itu kerana telefonku kehabisan bateri. Walaubagaimanapun, adegan sedih dan menginsafkan agak gagal menyentuh hati. Mungkin kerana aku sudah ketawa terbahak-bahak dengan adegan lucu sebelum itu.

Aku masih terasa kerugian kerana tidak menonton Puteri Gunung Ledang. Nampaknya teater Perempuan Dot Dot Isteriku merupakan pembuka tirai kalendar teaterku untuk tahun 2009.

0 comments:

Post a Comment