Saturday, January 16, 2010

: seminggu yang tidak online

Filled under:

Adesh, apa la jadi kat tenet umah aku ni?? Dah la selalunya slow kekadang je laju, connection pun kadang2 lost. Nasib la aku dah tak rajin download movie lagi, kalau tak kompom aku marah yang teramat.

So, bila takleh online tak dapat la aku update blog, blogwalking ataupun mengupdate status facebook aku. Dang, terasa keuluan aku terserlah tanpa ketiga2 faktor penyebab aku setia meneman emak aku tengok tv. Ye, aku memang kurang ikhlas teman orang tengok tv.

Aku pun ambil masa terluang menonton 2 movie dalam 2 hari. Kira hebat la tu kan?? Movie apa?? Jeng jeng…

Paranormal Activity

ParanormalActivity

Lepas CLoverfield dan Blair Witch Project, sekali lagi aku terjebak tengok movie POV. Dirakam menggunakan camera biasa2 je tapi mampu meruntun hati remaja aku ini. Sangat takut okey. Pelakon pun 4 orang je. Kalau la Yusuf Haslam pandai buat movie macam ni kompom dia lagi cepat jadi jutawan. Malangnya dia tak pandai.

Cerita berkisarkan mengenai sepasang kekasih yang mana si perempuan mengalami gangguan makhluk halus sejak kecil. Mungkin saka emaknya yang tak sempat dihanyutkan menyebabkan gangguan itu berlaku sehinggalah dewasa. Si lelaki lak tersangat excited nak merakam segala gangguan yang berlaku sampai gangguan itu menjadi semakin hebat.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut silalah tonton ye. Pastikan anda bawa teman dan tidak tengok terlampau lewat malam.

Adnan Sempit

adnan-sempit Sebuah movie yang ditunggu2, kerana gazet semasa tengok Sherlock Holmes sangat nampak menarik. Jangan terpengaruh!! Ceritanya juga menarik. Sangat kelakar.

Adnan ialah seorang despatch yang agak hensem tapi bercita2 nak berawekkan Intan Lidyana (Nadia). Impiannya nyaris menjadi kenyataan bila Nadia meminta Adnan menjadi kekasih pura2nya sempena reunion yang bakal diadakan. Mampukah Adnan menyesuaikan diri dalam dunia kaya raya Nadia?? Dan bagaimanakah Nadia menghadapi dunia rempit Adnan? Sama2 lah anda beli tiket sendiri dan tonton ye.

Hari ini internet aku dah ok. Tak sia2 aku troubleshoot cable phone aku. Aku suspect maybe cable ataupun splitter yang rosak. TM, maafkan aku kerana memakimu. Yeah, TM sucks…

2 comments:

  1. paranormal activity cite seram paling sempoi pnah ditonton.. my partner siap tanye lagi "kite tgk cite ape ni? cite org tido?" haha.

    ReplyDelete
  2. bayar tiket utk tengok org tdo...hebat tul diorg ni kan??

    ReplyDelete