Saturday, June 13, 2009

+ kehilangan tok anjang +

Filled under:

Agak lewat aku menulis entry ini. Pada awal pagi khamis lepas, Arwah Tok Anjang @ Sulaiman @ Luman menghembuskan nafas yang terakhir di Hospital Tunku Jaafar. Arwah merupakan jiran sebelah rumah aku merangkap bendahari surau taman aku. 2 hari sebelum itu, arwah tiba-tiba pitam dan rebah di pangkuan isterinya. Selepas hampir 2 hari dalam keadaan koma arwah dipanggil mengadap Ilahi.

Aku sentiasa ingat arwah Tok Anjang merupakan orang yang paling tinggi di taman aku. Selalu aku nampak arwah berjalan dari rumah ke rumah untuk mengutip derma untuk surau ataupun mengedar risalah berkaitan dengan aktiviti surau. Pada minggu terakhir hayatnya kebetulan aku nampak arwah berjalan seorang diri. Sebab aku tahu vespanya selalu rosak aku pun memperlahankan kompressorku untuk menumpangkan arwah. Memang selalu arwah naik kereta aku terutama semasa bulan puasa selepas terawih. Antara ayat yang arwah suka cakap pasal kereta aku ialah "Sodap naik keto alon ni, yolah keto oghang mudo".

Pagi khamis itu baru aku tahu arwah telah meninggal dunia. Aku yang sedang bersiap untuk ke pejabat, sempat menziarah sebelum ke pejabat. Hari itu aku lewat sedikit ke pejabat. Rupanya pada awal pagi itu, jiran aku ada cuba mengejutkan kami sekeluarga dengan menggoyangan pagar. Tetapi aku tiada kesedaran.

Semoga roh beliau dicucuri rahmat Allah S.W.T dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Al-fatihah.

1 comments: