Monday, June 08, 2009

+ aku yang genap 78 +

Filled under:

Untuk pengetahuan semua, aku dan beberapa orang rakan sepejabat sedang dalam pertandingan siapa yang paling banyak turun berat dalam setahun. Acara tidak rasmi bermula sejak dari awal April hinggalah ke hari ini. Pertandingan ini juga disertai oleh beberapa pengamal Herbalife dan juga yang mahu menambah berat badan mereka.

85 itulah angka yang ditunjukkan oleh mesin penimbang rasmi pejabat aku pada hari pertama dilancarkan. Berkat kerajinan aku berusaha untuk kecewa dalam percintaan akhirnya aku berjaya menurunkan berat badan aku hingga ke 79kg.

Tetapi angka itu tidak menurun seperti yang diharapkan sejak sebulan setengah yang lalu. Masih kekal 79 setiap kali ditimbang. Hari ini mencipta sejarah kerana berat aku turun 1kg ke 78. Itupun aku timbang selepas melapun sepinggan penuh nasi lemak lebih dari mesyuarat di sebelah pagi. Jadi ada potensi untuk kurang lagi ye. Huhuhu...

Kawan-kawan, doakan aku jangan gagal lagi ye. Kesian aku tinggal tulang je ni.

6 comments:

  1. cayolah dude! be the biggest looser!

    ReplyDelete
  2. caiyok caiyok caiyokkk~
    i know u can do it lah ;)

    ReplyDelete
  3. Dcharmed>>yes ada i try to big L here...

    Si Comot Alinx>>Thanx Lin...u're my inspiration....huhu...

    ReplyDelete
  4. byk gak lose tu, caya lah ;)
    caiyok caiyok..

    ReplyDelete
  5. wahhh... inspirasi mu? wahhh saya sgt berbangga nih... btw... after 14mths lin letak counter hit kat my blog, arini genap 11k unique visitors... sgt kebanggaan ni ;)

    ReplyDelete
  6. b a r | n e>>cukup dah tu kot....kurus sgt nanti gadis2 xsuka...huhuhu

    Alinx>>Tahniah Lin...boleh la open table ni ek...huhu...

    ReplyDelete