Saturday, May 16, 2009

+ aku yang ke udara lagi+

Filled under:

Rabu nan lalu, ketika aku sedang asyik mengantukkan diri ketika kursus aku telah menerima satu jemputan dari Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan untuk terlibat dalam 1 program bersama Negeri.FM yang dikenali sebagai Buku Kegemaran Saya (BKS). Pada mulanya aku agak keberatan untuk memenuhi permintaan tersebut kerana sebagai seorang jejaka yang pemalu walaupun tidak kelihatan seperti pemalu.

Petang Khamis aku menyatakan kesudian aku untuk menyertai program tersebut dan Cik Watie dari PPANS telah memberikan aku contoh soalan yang bakal ditanya oleh DJ bertugas. Crazy la kan. Rasa macam artis pun ada. Hehehe...

Sebenarnya program ini dianjurkan adalah untuk menyemai minat membaca di kalangan masyarakat. Kebetulan sahabatku , Gjan bertugas di PPANS dan telah mencadangkan nama aku kepada urusetia program. Tapi aku suka baca komik la bro.

Aku telah diminta untuk menceritakan serba sedikit mengenai sebuah buku yang aku suka baca dalam tempoh masa 10-15 minit. Tapi menjadi seorang lelaki melayu yang tipikal, aku telah memilih 6 buah buku sekaligus. Hahaha. Aku kan seorang yang sentiasa mengamalkan kata pepatah "Orang tamak selalu untung". Sebenarnya 6 buah buku tersebut adalah siri koleksi buku Saga Artakusiad tebitan DBP dan ditulis oleh Ahmad Patria Abdullah. Jadi bolehlah dianggap sebuah buku sebenarnya.

Petang tadi ditemani oleh Gjan, Ciku Mieda dan Ciku Rumiza aku menolakkan diri aku ke Negeri.FM yang terletak di Sg. Gadot. Mujur kami sempat sampai tepat pada masanya dan sempat berbual dengan DJ bertugas, DJ Lin. Seperti biasa aku tidak melepaskan peluang untuk bergambar di konti, maklumlah 1st time. Haruslah ada unsur-unsur gayat yang sederhana terpaksa ditunjukkan disitu.

Tepat jam 5.15 aku pun mulalah ditemubual, walaupun aku dah praktis dengan Bro Ghimau sebelum itu aku tetap gabra. Apa kena ntah, rasa macam ada orang rindu je. Selesai saja temubual itu aku rasa lega. Ternyata aku gagal memberi persembahan yang terbaek kerana gabra terlampau. Huhu. Gjan cakap aku macam membaca. Betul ke? Aku serahkan kepada peminat untuk menilai diriku ini.

Itulah kisahnya hidup aku hari jumaat itu. Dahlah sibuk sepanjang hari dengan mesyuarat dan kertas kerja. Sempat juga aku ke udara kan. Sesuai dengan lagu yang diputarkan selepas selesai sesi temubual tadi, "Bawaku Terbang" dari Fabolous Cat. Hehe..

Last say, enjoy the pic ye....


Bersama DJ Lin...

Gaya artis picisan
Sejurus sebelum...

5 comments:

  1. memang kamu layak. bukan main lagi promote pesta buku 2009 di http://capogrande.blogspot.com/2009/04/mari-melawat-negeriku-pesta-buku-2009.html

    ReplyDelete
  2. aku rasa kau sudah kursus ah beb! WOW!

    ReplyDelete
  3. ^Sya*ZiLa^>>Itu promosi untuk kamu lawat negeriku...bukan promosi hobiku...hehehe...

    dcharmed>>itu kamera trick je la, maklumlah sebelah dj manis, kenala kontrol pernafasan....hahaha...

    ReplyDelete
  4. cantek gak konti dia.. setelah dilamar kali ke-2 ni, aku akan cari 'buku kegemaran saya'itu.. lepas ni pastikan live dlm tv pulak!!

    ReplyDelete
  5. terbaik r bro.. huhu.. n selamat pengantin baru aku ucapkan.. hahaha.... best r uh.. g oney moon mne?? erm.. sorry ta sempat ucap mse akad nikah uh.. ak basuh pinggan mse uh kt blakang umah abg lan.. hehehe..k2..

    ReplyDelete