Friday, April 16, 2010

: the short life we lived

Filled under:

Why do people have to die?
Why can we live forever?
Lot of people keep asking
Lot of people are afraid of dying
Have you ever wondered
Why we were given a short life
As simple as it is
We have to give everything we have while we're alive
Make as many people happy as you can
Love like how you want to be loved
For when you touches someones heart
It maybe just an instant
But it will burn so spectacular bright
and it will preserve
so that it can shine one second longer
perhaps last forever
That is how we should live the short life we had
Live life to the fullest
Enjoy all that it has to offer.

Posted By Capo Grande5:22 AM

Wednesday, April 14, 2010

: ku bukan aku - tilu

Filled under: ,

Lama sungguh hari berlalu
Hening malam menyeksaku
Bila bersendirian sepi jadi pilu

Kau pergi aku yang hilang
Sedikit pun hidup tak senang
Langit cerah ku renung mendung kelabu

(Korus)
Kerana diriku bukan aku
Tiap kali kau menjauh
Fikiran tak keruan
Jiwa rasa kekosongan
Diriku bukan aku
Tiap kali kau menjauh
Pulangkan dia ke pangkuanku

Yang digemar menjadi bosan
Sukarnya cari ketenteraman
Bila hati bersedih semuanya tak betul

Ku cuba setabah hati melupakan
Dirimu dari ingatan
Tapi semakin dicuba semakin rindu

*******************************************************************************************************************
Lagu kegemaran aku sekarang. Mula2 ingat Liyana Jasmay yang nyanyi, pastu dia cakap Dania Danielle lak. Nasib baik dia betulkan, siap download lagi untuk aku. Catchy nya lagu ni, plus video clip yang simple dan menarik. Satu lagi lagu khas untuk aku (dengan dia), harap dia faham lagu ini.

Posted By Capo Grande12:40 AM

Sunday, April 11, 2010

: exam tertangguh itu baruku tahu kenapa

Filled under:

Korang tahu apa itu Peperiksaan Undang-Undang Kerajaan?? Mana-mana staf government mesti tahu exam ini adalah syarat untuk sah jawatan. Hari ini barulah aku berkesempatan untuk mendudukinya selepas 2x gagal menghadirkan diri. Yang 1st sebab kena chicken pox, yang 2nd disebabkan aku kena bertugas sebagai L.O sempena pertabalan YM Tuanku Besar N9. Kira 3rd time lucky la ni kan.

examUntuk pengetahuan aku berjaya jawab semua soalan dalam masa yang ditetapkan. Tapi tak tahu la lulus ke tak lagi. Huhu. Harap-harap lulus la kan. So aku nak share kan tits2 tips2 untuk menjawab soalan exam undang2 ini :-
  1. Tulis semua particular dulu kat borang kehadiran dan setiap helaian kertas jawapan. Ini untuk mengelakkan kesuntukan masa untuk menulis semua itu di kemudian masa. Kalau boleh terus mintak 10 helai lagi kertas, dan isikan semua info. Nanti tengah2 jawab soalan takdela lama nak tunggu orang datang hantar kertas kan.
  2. Bila semua dibenarkan buka buku soalan, jangan terus jawab soalan dulu. Oleh kerana kita hanya perlu jawab 5 soalan sahaja di Seksyen I dan 5 soalan lagi di Seksyen II, jadi pilih soalan yang paling senang dijawab. Baca setiap soalan betul2 dan tandakan kat page dan buku mana jawapannya berada. At least kena sediakan jawapan untuk 8 soalan dulu baru start menulis. Tapi jangan spend banyak sangat masa cari jawapan nanti tak sempat. Peruntukkan paling maksima 1/2 jam untuk cari jawapan.
  3. Bawa semua buku rujukan iaitu Arahan Am, Arahan Keselamatan dan Pekeliling Perkhidmatan Awam. Ramai je calon meminjam buku orang sebelah dalam exam ni, tapi nanti ianya akan membuang 2 3 minit dari masa anda yang berharga itu.
  4. Pastikan anda telah mengulangkaji (sikit pun ok) keseluruhan isi buku2 tersebut. Ini untuk mengelakkan dari anda tercari2 atau blur semasa menjawab soalan. Kalau perlu tagging, buat awal. Macam aku buat tagging guna excel sebab aku pening kalau ada tagging kaler2 banyak kat buku. Kalau nak tengok contoh tagging excel aku boleh download kat sini. Bagi aku sangat membantu ok. Siap boleh tolong orang sebelah taggingkan tajuk ikut buku dia lak.
  5. Mulakan jawapan anda dengan ayat contohnya seperti ini “Merujuk kepada Arahan Am Bab C (cuti) item no I (2) (cuti bersalin) di muka surat xXx” dan teruskan dengan jawapan anda. At least kalau anda tak sempat untuk menyalin semua dalam buku tu, anda dah boleh dapat markah untuk reference.
  6. Pastikan anda kekal bergaya dengan berpakaian kemas dan bertali leher. Jika anda hadir dengan pasangan hati anda, boleh lah berpakat duduk sebelah dan memakai pakaian sedondon. Motif?? Untuk menambah semangat untuk menjawab soalan. Anda juga akan nampak lebih macho jika si gadis menjeling anda yang sedang serius menjawab soalan. Sesuai digunakan untuk mereka2 yang sangat yakin kepada diri mereka sendiri.

Itu je la kot tips2 yang aku boleh share, nanti aku ingat apa2 aku tambah je kat sini yek. Ok jujur, point nombor 6 tu aku saje letak walaupun tak penting sangat untuk menjawab exam ini.

Tapi kenapa ye aku tak dapat pergi exam ni dalam 2kali percubaan yang lepas?? Aku kata aku tahu kan?? Jeng, jeng, jeng….

Posted By Capo Grande11:51 PM

Thursday, April 08, 2010

: selamat ulang tahun sayang

Filled under: ,

Yang tulus ikhlas
Ingin sekali sekala dirinya dibalas
Walau hanya dengan dakapan di angin lalu

Yang selalu memberi
Ingin sekali sekala jadi penerima
Cukup dengan salam dan manis doa

Aku ingin kau merasakan hebatnya cinta
Dan leburkan saja serpihan calar derita

Selamat ulang tahun sayang
Kini kau bersayap, pergilah terbang
Rentaslah langit cita cita mu
Harap nanti kita 'kan bertemu

Selamat ulang tahun sayang
Janganlah engkau tak terbang pulang
Ku nanti penuh kerinduan
Selamat tinggal, selamat jalan

Aku hanya inginkan engkau setia
Kerana setia yang mencipta bahagiamu

*****************************************************************************

Selamat ulang tahun diucapkan kepada Puan Hadibah Harun a.k.a Wildcutecat. Thanx banyak2 sebab kesudian mengikut skrip yang telah direncanakan.

p/s : lagu macam untuk diri sendiri je, apapun selamat ulang tahun sayang!!!

Posted By Capo Grande6:35 AM

Thursday, April 01, 2010

: dinner mps 2010

Filled under: ,

a picture tells a thousand words…jadi aku nak bercerita dengan gambar boleh tak?? Penat la menulis…
IMG_6682
Ini ialah kad jemputan kami. Aku pergi sebagai wakil Pengarah bersama dengan Puan Hadibah sebagai wakil Timbalan Pengarah. Eh, dah puan ek?? Tak menyempat dia ni nak tunggu bulan 5 kan??
P1000378
Kami sebelum makan. Nampak tak susuk tubuh dan wajah kami yang cengkung.
P1000430
Kami selepas makan. Kelihatan aku sahaja yang masih kurus, manakala Puan Hadibah telah bertambah saiz.
P1000506
Aku dan bekas rakan sekerja. Masih bergaya seperti biasa walaupun aku dah lama meninggalkan MPS ni. Baby yang Puan Hadibah pegang tu ialah anak si Fadzly ni.
P1000516
Kami dijemput bukan sekadar untuk makan, tapi untuk menghiburkan tetamu. Masa ni kami tengah perform lagu 1Malaysia. Power kan??P1000513Gambar kenangan selepas penat menghiburkan tetamu.    

Terima kasih MPS di atas jemputan itu, tahun depan jemput lagi ye….dan terima kasih kepada Puan Hadibah kerana sudi pergi bersama dengan saya.

Posted By Capo Grande10:19 PM