Sunday, April 11, 2010

: exam tertangguh itu baruku tahu kenapa

Filled under:

Korang tahu apa itu Peperiksaan Undang-Undang Kerajaan?? Mana-mana staf government mesti tahu exam ini adalah syarat untuk sah jawatan. Hari ini barulah aku berkesempatan untuk mendudukinya selepas 2x gagal menghadirkan diri. Yang 1st sebab kena chicken pox, yang 2nd disebabkan aku kena bertugas sebagai L.O sempena pertabalan YM Tuanku Besar N9. Kira 3rd time lucky la ni kan.

examUntuk pengetahuan aku berjaya jawab semua soalan dalam masa yang ditetapkan. Tapi tak tahu la lulus ke tak lagi. Huhu. Harap-harap lulus la kan. So aku nak share kan tits2 tips2 untuk menjawab soalan exam undang2 ini :-
  1. Tulis semua particular dulu kat borang kehadiran dan setiap helaian kertas jawapan. Ini untuk mengelakkan kesuntukan masa untuk menulis semua itu di kemudian masa. Kalau boleh terus mintak 10 helai lagi kertas, dan isikan semua info. Nanti tengah2 jawab soalan takdela lama nak tunggu orang datang hantar kertas kan.
  2. Bila semua dibenarkan buka buku soalan, jangan terus jawab soalan dulu. Oleh kerana kita hanya perlu jawab 5 soalan sahaja di Seksyen I dan 5 soalan lagi di Seksyen II, jadi pilih soalan yang paling senang dijawab. Baca setiap soalan betul2 dan tandakan kat page dan buku mana jawapannya berada. At least kena sediakan jawapan untuk 8 soalan dulu baru start menulis. Tapi jangan spend banyak sangat masa cari jawapan nanti tak sempat. Peruntukkan paling maksima 1/2 jam untuk cari jawapan.
  3. Bawa semua buku rujukan iaitu Arahan Am, Arahan Keselamatan dan Pekeliling Perkhidmatan Awam. Ramai je calon meminjam buku orang sebelah dalam exam ni, tapi nanti ianya akan membuang 2 3 minit dari masa anda yang berharga itu.
  4. Pastikan anda telah mengulangkaji (sikit pun ok) keseluruhan isi buku2 tersebut. Ini untuk mengelakkan dari anda tercari2 atau blur semasa menjawab soalan. Kalau perlu tagging, buat awal. Macam aku buat tagging guna excel sebab aku pening kalau ada tagging kaler2 banyak kat buku. Kalau nak tengok contoh tagging excel aku boleh download kat sini. Bagi aku sangat membantu ok. Siap boleh tolong orang sebelah taggingkan tajuk ikut buku dia lak.
  5. Mulakan jawapan anda dengan ayat contohnya seperti ini “Merujuk kepada Arahan Am Bab C (cuti) item no I (2) (cuti bersalin) di muka surat xXx” dan teruskan dengan jawapan anda. At least kalau anda tak sempat untuk menyalin semua dalam buku tu, anda dah boleh dapat markah untuk reference.
  6. Pastikan anda kekal bergaya dengan berpakaian kemas dan bertali leher. Jika anda hadir dengan pasangan hati anda, boleh lah berpakat duduk sebelah dan memakai pakaian sedondon. Motif?? Untuk menambah semangat untuk menjawab soalan. Anda juga akan nampak lebih macho jika si gadis menjeling anda yang sedang serius menjawab soalan. Sesuai digunakan untuk mereka2 yang sangat yakin kepada diri mereka sendiri.

Itu je la kot tips2 yang aku boleh share, nanti aku ingat apa2 aku tambah je kat sini yek. Ok jujur, point nombor 6 tu aku saje letak walaupun tak penting sangat untuk menjawab exam ini.

Tapi kenapa ye aku tak dapat pergi exam ni dalam 2kali percubaan yang lepas?? Aku kata aku tahu kan?? Jeng, jeng, jeng….

3 comments:

  1. sbb ko saje nak tunggu si tamecutecat.. senang je soalan ko tu..

    ReplyDelete
  2. camtu ek jawab soklan exam undang-undang. patut a saya tak sempat siap... kalau saya kena amik next exam, nak teman saya n pakai baju matching g x? huhuhu

    ReplyDelete