Monday, July 27, 2009

+ sokongan tidak bermoral untuk pejabat lama +

Filled under:

Sempena sambutan Israk Mikraj, pejabat lamaku a.k.a MPS telah mengajurkan pertandingan nasyid antara jabatan. Aku yang dijemput khas oleh Fadzly tiba dengan berbaju melayu lengkap sempena menghormati majlis yang diadakan.

Ghazali, bro paling cool. Dah dia je bro kat situ kan. Hehehe.....
Keju dan Wani pegang perut Erman yang ehem ehem itu.....

Tak camera shy langsung korang ye. Dandan je pose. Keju, saya booked 2 orang ni tawww.....

Mereka di pentas.....
Aku tunggu sampai habis acara, sempat la tengok penyampaian hadiah. Tahniah Jabatan ICT dapat no. 8. Tahun depan jemput aku jadi guru vokal korang ye.

Posted By Capo Grande2:36 AM

Tuesday, July 14, 2009

+ movie of the weekend +

Filled under:

1. Pink Panther 2 - Kebodohan yang bertuah, sombong lak tu.


2. Journey To The Center Of The Earth - Mizi Jr. yang beria suruh aku tengok. Best, penuh fantasi.


3. Mongol - Cerita Temujin, Genghis Khan sejak kecil hingga menjadi pemerintah Mongol. Kami miliki sorotan mata yang sama. Awww, rera...

Posted By Capo Grande6:13 AM

Thursday, July 02, 2009

+ kenali aku (part 1) +

Filled under:

Posted By Capo Grande9:10 PM

+ ice s'KATUN'ing +

Filled under:

Akhirnya di usia lewat remaja aku berjaya juga bermain ice skating dengan cemerlang. Kunjungan aku ke Sunway Ice Rink sungguh menakutkan walaupun aku berjaya mendapat 2 award pada hari itu. Kejatuhan Paling Huduh (Individu) dan Kejatuhan Paling Huduh (Berpasangan). Tak sia-sia aku ambil cuti.

Tak mau cerita lebey, korang tengok sendiri kehebatan cinta aku ye.....

Umpama seorang bayi yang belum kenal erti takut.....
Ketakutan yang kacak.....

Lepas 3 round aku dah hebat.....Terasa macam Chris Brown pun ada.....

Pilihlah aku.....100% buatan Malaysia.....Percuma nasi goreng dan tempe (sementara stok masih ada).....Hanya terdapat di pasaraya terpilih.....

Sedikit info untuk kamu-kamu yang gayat tak pernah main ice skating. Jangan yo yo o mau pakai kot ataupun jaket. Panas woo dalam tu. Setiap round aku berpeluh, kalah main tenis.

Posted By Capo Grande8:47 PM

+ bowling perpisahan +

Filled under:

Jumaat lalu sempena meraikan pelajar praktikal, aku dan rakan-rakan sepejabat telah mengadakan perlawanan bowling untuk meraikan 3 orang pelajar praktikal kami, Syuk, Nani dan Shaz.

Aku yang kebetulan memakai baju kebangsaan hari itu membuat keputusan untuk bermain sambil memakai baju melayu. Gila ramai gadis senyum kat aku, tapi aku buat-buat sombong ngan diorang. Nak tahu kenapa gadis-gadis terpikat kat aku tak?? Mari lihat gambarku....

Lagak pahlawan bowling.....

Aura ketika memilih bola.....

Percintaan dengan Nani cuba diganggu oleh Su The Decepticon.....

Cubaan mengamalkan ilmu kebatinan.....Alhamdulillah berjaya.....
1st round aku berjaya membuat jatuhan pin sebanyak 123. Tapi mengalami kemerosotan selepas solat Maghrib, mungkin kerana aku menukar pakaian kot.

Johol mali, pasti hebat bermain pool.....
Kemesraan aku dan Ghimau membuatkan Alia kesepian. Kelihatan tangan Alia cuba menggunting perutku yang kempis itu.....
Frame kedua aku hanya berjaya membuat jatuhan sebanyak 111 pin. Ok la kan, bukan ada bola sendiri pun. Owh ya, aku menggunakan bola 15 kali ini. Tak pedihkan mata.

Posted By Capo Grande8:23 PM