Thursday, July 02, 2009

+ bowling perpisahan +

Filled under:

Jumaat lalu sempena meraikan pelajar praktikal, aku dan rakan-rakan sepejabat telah mengadakan perlawanan bowling untuk meraikan 3 orang pelajar praktikal kami, Syuk, Nani dan Shaz.

Aku yang kebetulan memakai baju kebangsaan hari itu membuat keputusan untuk bermain sambil memakai baju melayu. Gila ramai gadis senyum kat aku, tapi aku buat-buat sombong ngan diorang. Nak tahu kenapa gadis-gadis terpikat kat aku tak?? Mari lihat gambarku....

Lagak pahlawan bowling.....

Aura ketika memilih bola.....

Percintaan dengan Nani cuba diganggu oleh Su The Decepticon.....

Cubaan mengamalkan ilmu kebatinan.....Alhamdulillah berjaya.....
1st round aku berjaya membuat jatuhan pin sebanyak 123. Tapi mengalami kemerosotan selepas solat Maghrib, mungkin kerana aku menukar pakaian kot.

Johol mali, pasti hebat bermain pool.....
Kemesraan aku dan Ghimau membuatkan Alia kesepian. Kelihatan tangan Alia cuba menggunting perutku yang kempis itu.....
Frame kedua aku hanya berjaya membuat jatuhan sebanyak 111 pin. Ok la kan, bukan ada bola sendiri pun. Owh ya, aku menggunakan bola 15 kali ini. Tak pedihkan mata.

3 comments: