Sunday, May 30, 2010

: coti-coti cupcake cupcake di melaka

Filled under: , ,

 ~ Tirai dibuka~

Adapun pada satu malam yang dingin Mrs. Wildcutecat berbisik lembut ke telinga Encik Capo.
"Bang, cuti Jumaat ni kita g jenjalan Melaka nak?".
"Ermmmmmm".
"Ala, boleh la. Last time g 500 tahun lepas".
"Ermmmmmm". Sambil terfikir adakah ini pengaruh cuti2 Jemah dan Holi Holiday Churailiya yang lalu.
"OK", kataku bersetuju sambil berdoa agar tuhan jauhkan wildcutecat dari sifat makcik2 yang penuh hasad dengki dan tak boleh tengok orang lain senang.
"Sayang abang", sambil memberikan ciuman di pipi kiri dan kanan.

~ Tirai ditutup ~

Maka pagi Wesak nan dingin itu kami bertolak dengan jayanya ke Melaka. Plan asal nak gerak jam 8.00 pagi tapi akhirnya jam 9.30 baru gerak. Ini adalah disebabkan kerajinan tiba2 Pn. Hadibah menyediakan sandwich untuk bekalan kami di Melaka nanti dan juga disebabkan penantian setia aku menunggu nasi masak.

Jam 10 lebih kami sampai di destinasi pertama kami, Zoo Melaka. Tengok2 parking dah penuh. Ternyata kami lambat so terpaksa la park jauh sket dari pintu masuk.

Ini destinasi pertama aku. Huhu...
Selepas membuang apa yang tak patut aku merenung arah perjalanan kami...
Model Zoo sedang mempromosi tiket. Harga tiket ialah RM7 untuk dewasa dan RM4 untuk kanak2...
Ini sebenarnya bukan gambar 1st dalam zoo, tatapi gambar last...

Apa ada dalam zoo?? Of course la pelbagai jenis binatang kan. Juga mungkin ada  manusia berhati binatang di sini tapi pedulikan mereka. Oh ya, sebelum aku tunjukkan gambar aku dalam zoo ni aku cuma nak inform, last sekali aku g zoo ialah pada 19 tahun yang lepas ye. So maafkan kegayatan yang dipaparkan.

beauty & the giraffe...
look ma, we're same!!
penunggang cuak...
penunggang bijak - gaya seorang koboi islam...
jalan2 jumpa lak sedara wildcutecat tapi dia taknak mengaku...
haiwan kegemaranku. jumpa gak akhirnya...
Tamat di Zoo kami berehat sebentar bersama Kit Kat di dalam kereta. Destinasi seterusnya ialah jeng jeng jeng, Taman Buaya. Sebelum sampai ke Taman Buaya itu, kami singgah jap melayan go-kart.

Keputusan perlumbaan kami ialah, aku dinobatkan sebagai pemandu selamat.

Pilihlah aku...
Jangan tiru aksi ini. Sentiasa pastikan ada memandu dengan helmet dan tidak membawa hendbeg ketika memandu go kart...dan tidak menunjukkan isyarat peace collection. Huhu.


Then, setelah puas melayan lap barulah kami ke Taman Buaya. Harga tiket di sini pula ialah RM8 untuk dewasa ye. Tidak mahal macam Maria Tunku Sabri cakap. Huhu.

"Wauuuu, luuuk et de sneiiik. Its ouskracious" kataku meniru aksi crocodile hunter...
Kat sini gak ada macam2 tarikan lain, bukan buaya je ada. Tapi ada taman tema air, rumah cermin, rumah hantu dan keretapi jurassic park. Juga ada replika monumen2 di Malaysia seperti Tugu Negara, Twin Tower dan sebagainya. Ala2 Splendid of China yang macam Mekchu pergi tu. Cewah, tak mau kalah kan. Hehe.

Sempat la kami masuk rumah cermin dan keretapi tu. Tapi kat rumah cermin tu sungguh menakutkan sehingga menyebabkan Pn. Hadibah menarik tangan aku untuk keluar.

Selesai 2 lokasi yang dimahukan di sini. Kami bergegas ke Banda Hilir untuk destinasi yang seterusnya, Eyes On Malaysia. Walaupun kami dah tau tempat ni dah tak beroperasi tapi kami tetap degil mau ke sini. Barulah orang taman ni jeles tengok kami kan. Jalan bapak la jam, rasa macam trafic light kat sini takde guna langsung. Dah la ramai drive kurang ajar, main mencelah je.

Lokasi seterusnya, Menara Taming Sari. Dengan menaiki menara ini kita akan dapat menikmati pemandangan sekitar Melaka. Harga tiket hanya RM10 untuk warganegara Malaysia dewasa. Jangan lupa bawak IC.

pemandangan tertingi ke Dataran Pahlawan...
Pn. Hadibah yang purak2 takut. Kalau dia betul2 takut mesti dia ajak terjun macam kat rumah cermin tu...
Satu nasihat di sini tak perlu la sewa teropong itu kerana aku rasa sungguh membazir membayar RM5untuk sewa teropong. Tak guna pun kat atas tu.

Akhirnya tamat la aturcara lawatan kami pada hari ini. Tetapi Pn. Hadibah tidak berpuas hati. Selepas mengecewakan hasratnya untuk menaiki kereta lembu dan kereta kuda, akhirnya aku bersetuju untuk membawa dia menaiki beca mengelilingi Melaka. Sambil tu haruslah aku sempat snap sana sini kan kan kan.
Besarnya meriamku. Huhu...
di A' Famosa...
Kepayahan hidup aku sebagai penarik beca menyebabkan percintaan kami selalu dihalang. Walau akhirnya ke jinjang pelamin kehidupan kami tetap susah. Lihat saja kesusahan aku membawa Pn. Hadibah menaiki beca. Peluh macam air terjun. Huhu.

Maka barulah tamat acara betul2. Sempat juga kami ke Dataran Pahlawan untuk jalan2. Dapatlah aku sambar 3 helai t shirt baru untuk kegunaan di hari tua. Sebagai gambar penutup nikmatilah wajah Pn. Hadibah yang sungguh keletihan. Mengalahkan keletihan seorang penarik beca. Sekian.

3 comments:

  1. yg baik & sopan itu dtgnya dari churalliya..hahaha.. kalo dia mintak g HK lak, ko bwk je kat kedai kasut HK tu dulu.. tau!!

    ReplyDelete
  2. dio xnak g HK, paneh kato eh...dio nak g yg sojuk2 macam Port Diksen yo...huhu...

    ReplyDelete
  3. untuk makluman, saya tak pernah keluarkan kenyataan seperti di atas...huhuu

    ReplyDelete