Friday, November 06, 2009

+ final piala malaysia 2009: negeri sembilan vs kelantan

Filled under: ,

Tarikh : 07hb November 2009
Tempat : Stadium Nasional, Bukit Jalil


Siapa pun pemenang, ia tetap menjadi sebahagian dari lipatan sejarah bolasepak tanahair.

Harapan aku:
- penyokong yang pergi stadium, selamat pergi dan pulang...elakkan pergaduhan dan tragedi...
- pemain2, bebas dari unsur rasuah...mainlah dengan penuh maruah...
- hooligans, stay out of the game...

Salam glory glory....

Posted By Capo Grande7:49 AM

Thursday, November 05, 2009

+ tuhan, biar aku lihat bulan lagi esok +

Filled under:

Di luar apartment 14 tingkat, kelihatan Halim tegak memerhati bulan. Sambil menghirup udara segar ibu kota dan asap maut Kent, sesekali matanya menjeling kedalam bilik. Di atas katilnya, di balik selimut itu, ada tubuh mungil yang pasti tanpa pakaian.

Halim kembali menatap bulan. Malam itu bulan penuh mengambang.

"Oh tuhan, biar aku lihat bulan lagi esok".

"Kalau aku masih bisa menatap bulan, aku sumpah aku akan mengubah hidupku menjadi insan lebih yang baik untukMu".

Halim berpaling ke dalam apabila mendengar desah nafas gadis itu. Terasa dirinya seperti dipanggil.

Halim kembali menatap bulan.

"Oh bulan, jangan kau biar aku lihat Tuhan lagi esok".

Halim membuang puntung Kent lalu masuk ke dalam bilik perlahan-lahan.

Posted By Capo Grande9:03 PM

+ hari persandingan alang +

Filled under:

Well, follow up dari acara akad nikah minggu lepas tentulah ada acara bersanding kan kalau ikut adat Melayu. Macam biasa buat la kat belah perempuan dulu. Orang cakap jangan bagi hilang seri.

Kebetulan orang rumah Alang berasal dari Kelantan, macam tau2 pulak N.Sembilan vs Kelantan nanti kat final Piala Malaysia. FYI, tempat bersanding belah perempuan ni kat area Kok Lanas. Kalau nak tanya arah kat area sini dan Kota Bharu, insyallah aku blh tunjukkan. Puas dah pusing2.

Kali ni rombongan menghantar pengantin hanya 3 buah kereta je (betul ke penjodoh bilangan aku tu??). Pak Ngah dan Pakcik tak dapat join sebab masalah negara. Tapi sebagai ganti jiran aku, Abang Atan dan Kak Fiza join. Kalau tak, alamatnya pok mok aku kelik sembe naik bah je (ayah dan mak aku balik Seremban naik bas je). Rajin kan aku translate untuk korang.


singgah makan nasi air....sorang 3 mangkuk...lauk 2x tambah...makan ke mencekik diorang nih??

alang kelihatan gugup diandam oleh 'pak andam'....kalau tengok dari side ni memang macam pompuan...awwww....

barisan kepimpinan yang teguh berdiri di belakang pengantin....pengapit instant tu...single, ada berminat???

kek pengantin....yang pasti pengantin sket pun tak jamah....makan kek lain kot....hehehe...

shopping2 di Wakaf Che Yeh, siang g Pasar Siti khadijah pulak

atuk cakap kereta ni dia guna as a prop masa shooting filem Detektif Zain dulu....untuk kepastian sila tanya beliau sendiri....



Sempat gak aku rakam aksi silat cekak pada hari bersejarah itu. Ada 1 part di mana yang perform adalah pasangan suami isteri OKU. Si suami mengalami kecacatan pada kaki kiri manakala si isteri mengalami sedikit masalah mental. Tapi orang kampung cakap diorang ni dah sampai tahap Mahaguru a.k.a Wira Tempur. Hebat kan???


Posted By Capo Grande5:47 AM

Tuesday, November 03, 2009

+ capo is going 7 +

Filled under: , , ,

Di satu petang yang dingin, tiba2 aku telah membuat keputusan untuk menukar OS aku kepada Windows 7. Lantas aku pun membackup data2 dalam C: drive aku ke tempat yg lebih selamat. Sementara copy tu aku pun membuat countdown bermula 1/2 jam sebelum aku tukar OS.

Sebenarnya, aku dah try install kat laptop Anis awal bulan tu, then kat pc opis yang mempunyai spek yang rendah. yakin dengan kemampuan Windows 7 yang beroperasi dengan baik walaupun dipasang di PC yang lama akupun try la kat PC aku yang agak power ni.

Spek laptop Anis:
Prosesor:Intel Pentium 4 1.7
RAM:256mb DDR
Hard Disk:80Gb

Spek PC Opis:
Prosesor:Intel xxxx
RAM:512mb SDRAM
Hard Disk:xxxGb

Spek PC aku:
Prosesor:AMD Phenom 2.1Ghz
RAM:2Gb DDR2
Hard Disk:250Gb

Install pun tak lama tau. Hanya mengambil masa dalam +-20 minit je. Lepas sejam aku dah install macam2 program kegemaran aku.

1st thing yang aku suka Windows 7 ni sebab ada 'Snipping Tools'. Gunanya adalah untuk snapshot skrin seperti di bawah ni.

Siap2 je aku terus install KIS 2010 dulu meminjam kata2 hikmat Kassim Baba, "untuk perlindungan". Lagipun sia2 je la aku beli lesen untuk setahun kan kalau tak guna. Then terus je aku buat performance rating untuk tengok berapa score aku dapat. 4.9, ok la tu. 2 installation yang aku buat tu dapat rating 1.0 je, based on lowest subscore. Yang ni aku tak paham lagi kenapa amik lowest subscore, apsal tak amik purata ke.

Yang paling best bagi aku, takyah susah2 install driver. Semua dah siap. Aku rasa ini bergantung kepada PC anda sendiri. Kalau PC lama macam 2 installation yang aku buat sebelum ni, memang kena install driver. Maybe sebab Windows 7 tak recognise hardware yang lama2.

Tak sah kalau aku tak mempergunakan personalization secara maksima. Rugi je amik CS224 dulu kan. Ini lah themepack zune yang aku download. Baru sesuai dengan jiwa rock bawah tanah aku ni. Sesape yang familiar dengan Vista pasti kenal gadgets kat belah kanan tu kan.

Lagi 1 features yang aku suka dalam Windows 7 ni ialah 'Live Taskbar Preview'. Contoh ialah seperti di bawah. Bukan setakat preview je tapi ada juga disediakan beberapa kawalan untuk tetingkap itu.

Kat bawah ni snapshot untuk Paint ye. Improved from the previous version.

Lain aku belum explore lagi ye. Nanti ada masa aku try semua. Kalau y'all mau tengok apa yang baru boleh la klik link di bawah:
- Windows 7: What is Windows 7?
- Features new to Windows 7

Antara list program yang aku dah install dan so far takde masalah dijumpai. Cuma aku agak keciwa bilamana aku tak dapat install K-Lite Mega Codec 1.47 (versi tahun 2006) yang paling aku suka. Terpaksa la install 5.53 punya version yang tak bape best bagi aku (sebab tak boleh main RMVB file):

Yang lain macam Tweak UI, File Unlocker dan Ares aku tak sempat install lagi. Buat masa ni takde isu ataupun masalah bagi aku. Interface Windows Aero pun cantik dipandang mata. Ada sesapa dah guna Windows 7 ni tak?? Mari la share pengalaman anda di sini.

p/s:ini website yang aku selalu browse sebelum format pc filehippo.com, software latest2 semua boleh didownload di sini.

Posted By Capo Grande7:30 AM

Monday, November 02, 2009

+ pertabalan DYMM Yang DiPertuan Besar : the finishing move +

Filled under: ,

Malas la nak tulis panjang2, bukan ada orang nak baca pun kan. Hehehe. Sebenarnya hari ni takde la aku nak komen apa2 sebab takde masalah pun. Event pun bukan lah asykar ataupun seksiteriat mahupun pihak istana yang anjurkan. Hanya aku dan Iem yang arrange dengan bantuan rombongan dari Perlis.

Plan asal kami tak perlu iring ke KLIA, tapi ada permintaan untuk bawa bagasi DYTM sebab kereta tak muat. Kesian kat driver punya pasal aku pun offer la diri untuk drive Proton Perdana V6 yang disponsor tu.

Tak meriah la aku kan kalau tak snap. Mari kita lihat aksi kucing aku hari itu.

dengan bodyguard from Beijing, eh Perlis, Sarjan Haji Roslan. Last SMS dia berbunyi, "Semoga persahabatan kita akan kekal selamanya". Terharunya aku.....


DYTM Raja Muda berkenan mencemar duli mensnap gambar dengan aku. Sebelah aku tu pengarah Jabatan Hutan ye...Cian kat Fariz, tak dapat snap sekali....


finishing move di KFC, sejurus selepas penerbangan tuanku berlepas....maka tamat la tugas dengan rasminya....songkok pun dah hilang....

Pengalaman juga la sepanjang bertugas menjadi LO ni. Walaupun tak mencabar sangat, tapi aku rasa telah memberikan yang terbaik untuk memastikan rombongan dari Perlis pulang dengan puas hati. Maknanya kalau diorang komplen pun bukan sebab aku dan partnerku. Terima kasih diucapkan kepada semua yang telah memberikan komitmen yang terbaik. Yang tak tu, tak payah nak ucap welcome k...

Posted By Capo Grande8:01 AM