Showing posts with label famili. Show all posts
Showing posts with label famili. Show all posts

Sunday, January 03, 2010

: catatan panjang weekend lalu

Filled under: , ,

Malam Tahun Baru, lepak2 sama budak praktikal (b). Kena titik 2 frame ngan Ah Beng. Giler la ko Beng tak bagi can kan brader ko ni. Pastu lepak makan kat Taipan sambil layan shisha. Terasa muda lak lepak ngan adik2.

Balik rumah, sambung layang gitar. Nanti aku intro gitar baru aku ek. Praktis lagu Yesterday sampai jam 3 pagi. Oh susahnya mau main sebijik macam Beatles. Takpe, motivasi tu kalau susah.

Sabtu pagi bangun awal. Dalam jam 7 pagi aku dah bangun. Gila rabak la mata. Takpe, semangat nak anta Anis punya pasal. Pasni takde la sape nak masak sambal pedas2 lagi. Yang Anis masak je sesuai dengan selera aku setakat ni.

Sampai di Sri Iskandar jam 12 lebih. Makan2 dulu, perut dah lapar sangat. Nasib baik tak masuk angin, kalau tak makin kembung la aku.

Lepas Sri Iskandar, kami ke Teluk Intan. Ziarah Mak Long yang kena potong jarinya sebab kencing manis. Kesian tengok dia, makin kurus. Dah slim macam zaman dia ratu kebaya dulu. Moral, masa muda jangan tak jaga makan dan kena selalu bersenam.

Malam kami tidur rumah Opah. Tengok rumah Pakcik dan makin besar. Barulah sesuai dengan statusnya sebagai jutawan kelapa Sabak Bernam. Bangga gak aku sebab ada dalam keluarga aku jutawan.

Ahad, kami bertolak ke arah jalan pulang. nanti mau singgah rumah Bob Adi, ambil kad kahwin dan juga pergi kenduri Hasanol Hadi dan Ellina.

OTW dari rumah Bob, ada la satu Wira ni cuba potong aku kat lorong sempit. Dah la jalan tu depan rumah orang kenduri kahwin. Bila RELA tu suruh dia reverse, Wira sengal ni reverse sampai ciom kereta aku. Habis bumper aku. Takmau borak banyak (sebab mamat tu macam masuk air je) aku buat report polis lepas kenduri Hasanol. Padan muka driver Wira tu. Report pun dia kena saman. Tapi masalah pulak aku nak pergi amik salinan report tu. Tunggu next week la cuti panjang.

Dalam jam 2, sampai rumah Angah kat Pandan. Baring, baca komik dan terlelap. Sampai la jam 5, aku bertolak balik.

Dah sampai Seremban ingatkan dapat rehat. Ayah suggest kami lepak Pak Asan Sup Power (nanti aku intro kedai ni yek). Tapau makanan baru kami sampai rumah.

Home sweet home, finally i'm bad back. Macam mana letihnya aku menulis ni macam tu la badan aku. Oh me, i'm so old. Kena kahwin cepat la nampaknya. Huhu.

Malam sambung praktis gitar lagi. Juga sampai pagi.

Posted By Capo Grande5:30 PM

Sunday, December 20, 2009

+ south crossing journey +

Filled under: ,

Seawal pagi aku dah bangun (kul 8, ari sabtu…awal la kan??), untuk bersiap ke undangan perkahwinan paling jauh untuk tahun ini. Jam 10 aku dah bertolak, anggaran sampai dalam jam 1 gitu.

Sekali kami sampai awal da. Konon2 mau tunggu sanding kami try la untuk lepak di Kluang Rail Coffe ni kat stesyen KTM Kluang. Nampak tak kerusi kosong belakang gambar adik aku tu?? Itu tandanya kedai tutup.
SDC10888Sebab kedai tutup maka kami pun terus ke rumah pengantin di Taman Intan.  Tak tahu pula kat Johor adat bersanding start jam 2.30. Sebab dah sampai awal dan ada agenda lain, ayah ajak aku gerak. Sebelum pulang, sempat kami snap ngan pengantin dulu.SDC10900Mak dan bekas bakal menantu, akhirnya dapat gak guna perkataan ini dengan tepat.
SDC10903 Sempat gak snap dengan Syasya, adik pengantin ye bukan skandal terkini aku. Kenangan di rumah pengantin sebelum berangkat ke agenda kedua yang aku rancang.
SDC10914ayer itam Yeay, muka yang penuh keceriaan bila dapat shopping. Batalion penghabis duit dari Seremban sudah marey. Alang2 sampai, kami singgah di Ayer Hitam sekejap. Tengok2 barang kahwin dan keropok2.
SDC10922 Promosi tuan punya blog pulak. Ensem gak dia ni kan??? Huhuhuhu.

”Boleeeey la”, kedengaran suara komen Churalliya di situ.
SDC10923
Isi minyak di Pagoh, kami lepak2 minum kopi di Shalala Coffe. Barulah orang taman tengok kami ada kelllassss.
SDC10926
Gambaran ini sudah tidak begitu jelas. Antara benda yang boleh buat aku marah yang amat. Accident kat higway yang menyebabkan jalan jem. Kereta mengalahkan kura2. Siapa la yang bangang sangat mula2 perlahankan kereta nak tengok tu kan??? Hangin betul aku.

Jemput Anis di Mid Valley dulu, sebelum meneruskan perjalanan untuk agenda ketiga.
SDC10937 Jeng..jeng..jeng..Acara tengok baby. Nur Azwa Hanani namanya. Xde2 abang xde nen dik (perasaan je abang kan…huhu). Senyap je budak ni, senang jaga agaknya.
SDC10946Gambaran sekitar jam 4 petang tadi, adik aku di tempat parking di Time Square (g times square pun nak kecoh ke??). Ye2 je ajak aku g theme park dia. Last2 sorang pun tak main. Buat abis minyak dan duit parking aku je.SDC10949 Kucing berempat itu menandakan kami sudah pulang dengan selamat dan berjaya menamatkan marathon seluruh selatan pada hujung minggu nan lalu. Leteynya, demam dari Genting pun tak surut lagi tau. Sape la mau datang urut aku ni???

Posted By Capo Grande5:41 AM

Saturday, December 05, 2009

+ the 'alang's wedding' saga +

Filled under: ,

Ahaks, tajuk ala2 Twilight Saga gitu. Sabtu, 5 Disember tayangan terakhir dalam saga perkahwinan Alang. Selesai lah tugas mak aku menyambut kedatangan menantu pertama dia. Harap2 bukan yang terakhir kan. Hehe

Bermula dengan pertunangan, akad nikah di Pandan Indah, persandingan di Kok Lanas dan berakhir dengan majlis walimatul urus di rumah aku, Taman Dusun Setia.

Beberapa bulan sebelum majlis mak dah sibuk2. Aku baru je start sibuk 2 minggu lepas, mengemas rumah, jadi driver, tolong makan. Sebab tu aku tak update blog ni.

Khamis malam ada kenduri doa selamat kat rumah aku. Seingat aku inilah kenduri pertama yang famili aku anjurkan. Memecah rekod kebangsaan betul. Thanx pada tetamu yang datang, especially budak2 opis dan praktikal aku.

Wedding day kira kenduri kedua famili kami. Nasib baik la aku pun menjemput orang gak. Kalau tak, lagi sikit orang datang. Nanti majlis aku, taknak la sub kat ayah aku handle jemputan. Biar aku buat sendiri, baru feel kan. Thanx kepada sayangku Mimi-kun yang bawak parents datang. Makin kurus ayah kau, sama dengan ayah aku. kau je makin subur. Hehehe.

Antara perkara menarik (korang tak jumpa kat majlis lain kot) adalah sound system dan pakaian tuan rumah.
05122009
Mana nak dapat kan?? Guna laptop dan speaker PC je. Ditaja oleh aku sendiri. Kelihatan antara barisan DJ pada hari itu.

Manakala pakaian tuan rumah, selain tidak senada, semua ahli keluarga aku pakai kemeja dan jeans kecuali ayah aku. Pakaian lelaki tuan rumah juga ditaja oleh aku. Ayah aku cakap kalau pakai baju melayu, nampak macam nak pau duit je kan. So, sebagai anak yang soleh aku follow la dress code ayah aku.

Thanx kepada tetamu aku Gjan, Kak Com dan keluarga, Waisul dan Dalina, Kak Ita dan keluarga, Apad, K dan Ros, Ila, Ain, Fadzli, Zam, Hajar kecik dan yang paling special, Akak kesayangan aku, Kak Ati dan keluarga. Wan aku cakap kalau majlis aku nanti mesti ramai datang. Aku tanya kenapa, dia senyum je.
page

p/s: Pada yang tak sempat dijemput aku minta maaf. Juga mohon maaf sekiranya layanan kurang memuaskan.

Posted By Capo Grande7:02 AM

Thursday, November 05, 2009

+ hari persandingan alang +

Filled under:

Well, follow up dari acara akad nikah minggu lepas tentulah ada acara bersanding kan kalau ikut adat Melayu. Macam biasa buat la kat belah perempuan dulu. Orang cakap jangan bagi hilang seri.

Kebetulan orang rumah Alang berasal dari Kelantan, macam tau2 pulak N.Sembilan vs Kelantan nanti kat final Piala Malaysia. FYI, tempat bersanding belah perempuan ni kat area Kok Lanas. Kalau nak tanya arah kat area sini dan Kota Bharu, insyallah aku blh tunjukkan. Puas dah pusing2.

Kali ni rombongan menghantar pengantin hanya 3 buah kereta je (betul ke penjodoh bilangan aku tu??). Pak Ngah dan Pakcik tak dapat join sebab masalah negara. Tapi sebagai ganti jiran aku, Abang Atan dan Kak Fiza join. Kalau tak, alamatnya pok mok aku kelik sembe naik bah je (ayah dan mak aku balik Seremban naik bas je). Rajin kan aku translate untuk korang.


singgah makan nasi air....sorang 3 mangkuk...lauk 2x tambah...makan ke mencekik diorang nih??

alang kelihatan gugup diandam oleh 'pak andam'....kalau tengok dari side ni memang macam pompuan...awwww....

barisan kepimpinan yang teguh berdiri di belakang pengantin....pengapit instant tu...single, ada berminat???

kek pengantin....yang pasti pengantin sket pun tak jamah....makan kek lain kot....hehehe...

shopping2 di Wakaf Che Yeh, siang g Pasar Siti khadijah pulak

atuk cakap kereta ni dia guna as a prop masa shooting filem Detektif Zain dulu....untuk kepastian sila tanya beliau sendiri....



Sempat gak aku rakam aksi silat cekak pada hari bersejarah itu. Ada 1 part di mana yang perform adalah pasangan suami isteri OKU. Si suami mengalami kecacatan pada kaki kiri manakala si isteri mengalami sedikit masalah mental. Tapi orang kampung cakap diorang ni dah sampai tahap Mahaguru a.k.a Wira Tempur. Hebat kan???


Posted By Capo Grande5:47 AM

Thursday, October 29, 2009

+ pertabalan DYMM Yang DiPertuan Besar : the days before the big day +

Filled under: , ,

Be careful of what you wishing for! Adoi la, selalu je aku bagi nasihat tu kat orang lain. Kali ni aku lak pakai balik. OK la kan. Sejak dilantik jadi Pegawai Perhubungan/Pegawai Pengiring/Balaci/Kuli dan ntah apa jawatan lagi la sempena pertabalan DYMM nanti, aku dah pasang angan2 nak jadi pengiring Raja2 masa pertabalan nanti. Semua gara-gara tayangan video pertabalan agong la ni, nampak stylo je brother pakai #1 dress tu. Aku pun nak stylo macam tu la.

Tapi realiti tak seindah mimpi, selepas berjaya menjadi LO untuk DYTM Raja Muda Perlis barulah aku tahu tugas aku hanya sampai di pintu luar sahaja. Cis, tak dapat la Discovery Channel menayangkan wajah cute aku nih. Kecewa diorang tau. Aku pun kecewa gak. Tak dapat keluar TV.

Sejak hari pertama rehearsal 2 minggu lepas, aku dah nampak suasana kelam kabut yang menyelebungi persiapan majlis ini. Bapak serabut, semua orang nak jadi ketua. Asykar, Istana dan Seketariat sendiri. Jadi la kami ni (LO2) bahan pelepas nafsu amarah beberapa pihak. Nasib baik la tak melampau sangat, so aku boleh tahan lagi la. Kalau tak, keluar la bahasa sopan aku di khalayak umum. Kantoi kuat melawan. Hahaha.

Maka berkampung lah aku di sana. Katanya buat meeting, tapi chatting je. Katanya nak rehearsal, tapi buat tayangan umum or buat kena marah je tengah panas. Tak kuasa aku nak layan orang macam ni.

Sebab suasana dah cukup memeningkan, aku buat keputusan tak mau ikut pening sekali. Baik aku enjoy buat keje aku sambil kenal2 kawan baru. Nasib la partner aku OK, kalau skema mampus aku.

Banyak gambar aku snap tau, sebagai kenangan (takkan nak cakap gayat lak kan). Marilah tengok, jangan malu-malu ye nak puji. Ni sebahagian je yang ada kat aku, nanti aku copy kat camera orang lain lak. Barulah meriah kehidupan.

makan2 sebelum kena marah

tempat DYTM bakal bersemayam

fitting #1 dress kat umah K, dayang istana sedang masak cekodok kangkung


partner aku...mantapp...


Azlan the impostor: Mempergunakan nama aku untuk mencuri partner aku....Terangan kantoi....hehe....


Barisan LO kaki pukul berhaluan kiri diketuai oleh Miza....




Posted By Capo Grande6:01 AM