Thursday, December 31, 2009

: genap setahun

Filled under:

Eniya Puthandu Nalvazhthukkal!
Manigong Bagong Taon!
Felice anno nuovo!
Sun Leen Fai Lok!
Selamat Tahun Baru!


Kebetulan pula hari ini permulaan untuk 2010.

1hb Januari 2009, tarikh aku mula start berblogging.

1hb Januari 2010, genap setahun.

Kejap je rasanya setahun berlalu. Macam baru semalam aku buat entry aku yang pertama di blog ini. Walaupun rasa kejap, tapi ada tempoh tertentu yang buat ia terasa lama.

Di blog inilah aku letak segala aktiviti aku, kenangan aku. Baca balik entry aku, terasa macam aku kurang emosi. Betul ke??

Banyak yang ditulis, banyak lagi yang tak tertulis. Bukan isu kejujuran, tapi kurang keberanian. Harap aku lebih berani tahun ini.

Azam tahun baru pun takde, cuma target mau belajar renang tahun ini.

p/s : status aku kat facebook "2009 dan 2010 hanyalah angka, hidup dimengertikan saat nafas masih berbau". Huhuhu

Posted By Capo Grande10:59 PM

pntn

Filled under:

Tinggi bukit gilang gemilang

Air laut tenang-tenangan

Budi sedikit tidak kan hilang

Itu menjadi kenang-kenangan


Lo behold the shining hill

Blue calm waters lap the shore

Time shall not fade your goodwill

It'll be treasured forevermore


Buah langsat di tepi busut

Mari diletak di dalam peti

Besar hajat kami menjemput

Besar niat di dalam hati


Beside the anthill the langsats lay

The fruits then placed inside a coffer

With this invite we hope to say

What's in our hearts we'd like to offer


Dua tiga kucing berlari

Mana kan sama si kucing belang

Dua tiga boleh ku cari

Mana kan sama tuan seorang.


In two and threes the cats may race

But none can peer the calico kitten

There could be many whom I may chase

By only you my heart is smitten


Dari mana punai melayang

Dari sawah turun ke kali

Dari mana datangnya sayang

Dari mata turun ke hati


From whence flies the dove

From the fields and down the brook

From whence flows the love

To the heart from just one look


Dari mana hendak ke mana

Tinggi rumput dari padi

Tahun mana bulan mana

Hendak kita berjumpa lagi


Tell me where you go from here

The grass grows taller than the padi grain

Tell me the month, tell me the year

When you and I shall meet again

Posted By Capo Grande10:52 PM

+ we're so pink (org ensem dengar shopping) +

Filled under: ,

Gambar ini aku letak bukan untuk menunjukkan badan aku yang semakin menggebu ye. Semalam aku dan Churalliya sama2 pinky. Aku dah la lambat nak ke Putrajaya, sempat lagi nak snap.

p/s:kami tak pakat tau...huhu...tie faveret aku, thanks to TM tapi stremyx mu masih slow giler....

Posted By Capo Grande1:29 AM

Wednesday, December 30, 2009

+ training@taipan 2 +

Filled under:

Sambungan dari entry lepas…

Lepas je training untuk hari Isnin, kami bertolak ke Summit untuk check-in. Lama menunggu membuatkan naluri modelling kami semua meningkat. Banyak sesi snap kami di sini.IMG_1605

Wah, teropong kain bunga2 Churalliya. Ye aku sungguh gayat dengan kain beliau.

Sebelah malam takde training. Maka aku terpaksa la pergi bersiar2 (terpaksa la sangat) bersama anggota Operasi yang lain. Sampai di Pyramid, aku beli tiket wayang. Aku, Churalliya dan VP tengok Sherlock Holmes. Fauzie, Awie, Apiz dan Sal tengok Avatar 3D. Kebetulan waktu tanyangan sama.

Sementara menuggu waktu tayangan, para ibu2 mengambil kesempatan untuk windows shopping manakala kami bujang senang sekalian menghabiskan masa dengan riadah di pusat snuker.

DSCN2247

Gaya champion kan?? 2 frame tu aku titik diorang. Selamat duit aku takyah bayar table. Huhu.PC290004 Lepas menonoton wayang, aku terjumpa kiosk ni. tempat charge bateri. Wah, canggihnya!!! Aku pun snap la kiosk tersebut untuk kenang2an.

Esok training bersambung lagi. Dengan rajinnnya kami semua bangun awal untuk sarapan. Tak sangka En. Adam akan buat kuiz di akhir kelas. Siap hadiah yang lumayan tau.

Nasib la aku memang cemerlang orangnya. 2 tugasan En. Adam berjaya aku siapkan dengan tepat dan pantas. Itu syarat untuk menang tau. Senyap2 je aku menang. Tak perlu bising2. Huhuhu..IMG_1619 Hadiah pertama…….Parker pen

IMG_1622Hadiah kedua….aik aku lagi…Bit Defender 2009..Huhu…

Begitulah aku berjaya sekali menamatkan training terakhir aku untuk 2009 dengan warna berterbangan. Kalau keperluan minima setahun training ialah 7 hari aku berjaya lebih 27 hari je. Lebih sasaran, aku memang mantop…

Posted By Capo Grande7:32 AM

Sunday, December 27, 2009

+ training@taipan +

Filled under: ,


Asyik je training, dah hujung tahun ni ingat leh rehat2 kat opis (boleh ke rehat???). Balik dari Genting, kali ini aku berkampung di USJ lak untuk training emel baru. Sebelum ni kami gunakan Microsoft Exchange, sekarang beralih ke open source pulak. Barulah mantap kan.

Plan asal nak g KL semalam, tapi aktiviti mengecutkan telur di A' Famosa Resort semalam tamat lewat. Badan pun letih, so aku decide gerak pagi ni je la.

Sampai awal, kami semua breakfast kat mapley (pilihan gadis2) USJ17. Oh ye, kami 9 orang (minus Apit) dari Operasi menghadiri training ni. Kesian kat Apit, last minit tak dapat pergi. Nanti aku suh budak2 ni makankan untuk ko ye. Huhuhu

Lunch kami di bawah tempat training je. BBQ Chicken dengan resipi Korea. Lazat, bakal menjadi antara restoran favorite aku. Hot Hot Chicken ye pada sesape yang nak try.



Atas setiap meja kami dibekalkan dengan sebuah kotak yg cantik. Sebab cantik sayang lak rasanya nak bukak walaupun dah tau isinya.




Ok lah mau sambung training. Nanti korang tuduh aku tak serius lak dalam pekerjaan. Meh sini tengok bukti yang aku serius.



Sape familiar area sini?? Mana tempat best nak pergi ek malam ni?? Aku budak kampung ingat nak jalan2 da. Kalau ada sesape nak belanja makan pun sangat2 lah dialu2kan.

p/s : Apad kasi gambar A' famosa cepat. Aku tah bley hupdate tanpamu. Huhuhu....

Posted By Capo Grande11:38 PM