Thursday, March 11, 2010

: capo is going retro

Filled under: ,

Lama dah rasanya tak tukar template ni. Last sekali tukar tahun lepas theme biru gambar matahari tu. Sampaikan ada orang gelak aku la. Ini pun aku tukar lepas baca entry dari Mari Bina Blog dan Farenova. Kredit untuk diorang yang bukak topik pasal theme yang mesra SEO ni. Kalau nak baca lebih lanjut sila layari blog diorg k.

Sebenarnya aku dan kopius nak memilih theme yang mana 1. Satu lagi theme telah aku park kan di blog trial aku di capotrial.blogspot.com. Rasa macam nak buat poll, theme mana lagi sesuai. Tapi takde hadiah, ada ke yang sudi jawab. So, sape2 yang nak bagi pendapatan ke atau pemandangan ke pasal theme baru aku ni dengan theme lagi 1 boleh la komen ye. TQ banyak2.

Posted By Capo Grande5:14 PM

Tuesday, March 09, 2010

: bowling itu bowling chenta

Filled under: ,

IMG_5043
Ini bukan aksi strike ye, spare je pun time ni. Tapi celebration haruslah over gitu. Awww, tak rela I tau…

Malam jumaat lepas, pejabat aku meneruskan aktiviti sukan UPTM 2010 dengan acara bowling. Hajat hati memanglah besar nak menang acara ni. Tapi nak buat macam mana, aku yang tak teror ni pun dapat point paling highest dalam kumpulan *blushing*. Malunya puji diri sendiri. Huhuhu.

Resultnya, team aku ‘Print Screen’ berjaya mendapat tempat kedua dan aku tempat keenam individu.

p/s : Nama2 kumpulan tu aku yang cadangkan. Print Screen, Num Lock, Page Up dan Backspace. Tapi nama Backspace digantikan dengan Caps Lock.

Posted By Capo Grande4:15 PM

Thursday, February 25, 2010

: mengapa dirindu - saloma

Filled under:

Anak punai anak merbah
Terbang turun buat sarang
Anak sungai pun berubah
Ini pula hati orang
Mengapa dikenang

Asal kapas jadi benang
Dari benang dibuat baju
Barang lepas jangan kenang
Sudah jadi orang baru
Mengapa dirindu

Kasih yang dulu tinggal dalam mimpi
Kasih yang baru simpan di hati
Kasih yang dulu tinggal dalam mimpi
Kasih yang baru simpan di hati

Selat teduh lautan tenang
Banyak labuh perahu Aceh
Jangan kesal jangan kenang
Walau hati rasa pedih
Mengapa bersedih

Kalau pinang masih muda
Rasanya kelat sudahlah pasti
Kalau hilang kasih lama
Cari lain untuk ganti
Mengapa dinanti

Patah 'kan tumbuh hilang berganti
Akan sembuh kalau diubati
Patah 'kan tumbuh hilang berganti
Akan sembuh kalau diubati
Sayang mengapa dirindu


**************************************

Entah kenapa lagu ni asyik bermain2 di kepala aku sejak 2 3 minggu ni. Sampaikan masa sesi perkenalan diri Kursus Semangat Kerja Berpasukan pun aku nyanyi lagu ni. Satu-satunya orang muda yang nyanyi lagu lama. Apapun layaaaaan siot lagu ni….

Posted By Capo Grande8:24 PM

Sunday, February 21, 2010

: i’m your light

Filled under:

I am your light
light of joy
light of life
light of forgiveness
light of hope
light of the future

And because I am your light
I cast you shadow
shadow of sorrow
shadow of regret
shadow of sorry
shadow of doubt
shadow of your past

I am Azlan Jackson : The Lighter Thief

Posted By Capo Grande4:52 PM

: mari bina semangat kerja berpasukan

Filled under:

Aku akan ke kursus Semangat Kerja Berpasukan kat Rumah Peranginan Kerajaan Negeri di Port Dickson mulai hari ini hingga Rabu.

Semangat Kerja Berpasukan??
Rumah Peranginan??

Demmit.

Posted By Capo Grande4:26 PM