Saturday, May 16, 2009

+ aku yang ke udara lagi+

Filled under:

Rabu nan lalu, ketika aku sedang asyik mengantukkan diri ketika kursus aku telah menerima satu jemputan dari Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan untuk terlibat dalam 1 program bersama Negeri.FM yang dikenali sebagai Buku Kegemaran Saya (BKS). Pada mulanya aku agak keberatan untuk memenuhi permintaan tersebut kerana sebagai seorang jejaka yang pemalu walaupun tidak kelihatan seperti pemalu.

Petang Khamis aku menyatakan kesudian aku untuk menyertai program tersebut dan Cik Watie dari PPANS telah memberikan aku contoh soalan yang bakal ditanya oleh DJ bertugas. Crazy la kan. Rasa macam artis pun ada. Hehehe...

Sebenarnya program ini dianjurkan adalah untuk menyemai minat membaca di kalangan masyarakat. Kebetulan sahabatku , Gjan bertugas di PPANS dan telah mencadangkan nama aku kepada urusetia program. Tapi aku suka baca komik la bro.

Aku telah diminta untuk menceritakan serba sedikit mengenai sebuah buku yang aku suka baca dalam tempoh masa 10-15 minit. Tapi menjadi seorang lelaki melayu yang tipikal, aku telah memilih 6 buah buku sekaligus. Hahaha. Aku kan seorang yang sentiasa mengamalkan kata pepatah "Orang tamak selalu untung". Sebenarnya 6 buah buku tersebut adalah siri koleksi buku Saga Artakusiad tebitan DBP dan ditulis oleh Ahmad Patria Abdullah. Jadi bolehlah dianggap sebuah buku sebenarnya.

Petang tadi ditemani oleh Gjan, Ciku Mieda dan Ciku Rumiza aku menolakkan diri aku ke Negeri.FM yang terletak di Sg. Gadot. Mujur kami sempat sampai tepat pada masanya dan sempat berbual dengan DJ bertugas, DJ Lin. Seperti biasa aku tidak melepaskan peluang untuk bergambar di konti, maklumlah 1st time. Haruslah ada unsur-unsur gayat yang sederhana terpaksa ditunjukkan disitu.

Tepat jam 5.15 aku pun mulalah ditemubual, walaupun aku dah praktis dengan Bro Ghimau sebelum itu aku tetap gabra. Apa kena ntah, rasa macam ada orang rindu je. Selesai saja temubual itu aku rasa lega. Ternyata aku gagal memberi persembahan yang terbaek kerana gabra terlampau. Huhu. Gjan cakap aku macam membaca. Betul ke? Aku serahkan kepada peminat untuk menilai diriku ini.

Itulah kisahnya hidup aku hari jumaat itu. Dahlah sibuk sepanjang hari dengan mesyuarat dan kertas kerja. Sempat juga aku ke udara kan. Sesuai dengan lagu yang diputarkan selepas selesai sesi temubual tadi, "Bawaku Terbang" dari Fabolous Cat. Hehe..

Last say, enjoy the pic ye....

Bersama DJ Lin...

Gaya artis picisan
Sejurus sebelum...

Posted By Capo Grande9:48 AM

+ tag & award dari syazila +

Filled under: ,

Peraturan nak jawab tag ni ialah:
1. Copy badge "2009 Cute's 3logger Award" untuk diletakkan di blog anda.


2. Link/ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda.
@>--Syazila--<@

3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya (anda di-tag).

1) Suka membaca - Tak kisah kat mana pun. Tetapi dewasa ini dihadkan kepada bacaan komik dan 'ringan2 ' sahaja. Maklumlah dah dewasa la katakan. Aku subscribe Readers Digest tau, bersama dengan One Piece, Naruto, Bleach dan Hunter X Hunter.

2) Suka Karaoke - Di rumah, bilik air, depan pc, opis, dalam kereta dan tidak ketinggalan di pusat karaoke berhampiran.

3) Menderita imsoniac - Akibat belajar sehingga lewat pagi. Aku dulu pelajar cemerlang, kena jaga standard beb. Mana boleh dapat nombor 2 dalam peperiksaan. Dulu la, sekarang tidak lagi. Tapi sekarang dah OK sikit sebab letih bekerja seharian mencari rezeki yang halal.

4) Minat gadget amat2 - Tapi selalu kurang mampu untuk beli. Jadi aku akan buat research untuk kawan2. Mana tau, khidmat aku diperlukan untuk membantu mereka membuat pembelian. Selalu akan research pasal Handphone dan Hardware PC. Software juga, jadi kalau aku rasa software itu berguna untuk kamu. Aku akan share sama kamu.

5) Teramat jarang menonton TV - Nasib baik ada EPL dan Champion League kat astro, kalau tidak langsung la aku tak jenguk TV. Aku lebih banyak melekat depan PC. Heroes, Prison Break, anime, manga, video clip, mp3, movies semua ada di sini. Internet dan YM juga. Saya sayang PC saya!!!

6) Setia pada yang satu - Kalau tak percaya tanya sama aku punya selimut. Itulah selimut aku selama 10 tahun ini. Sekali aku suka, memang tak akan ku lepaskan. Nanti aku buat 1 entry bergambar pasal selimut tu ye. TUNGGUUUUUU....

7) Aku suka bersukan - Tak kisah la sukan apa pun. Semua aku sapu. Baru je belajar main tennis. Insyallah penggal kedua 2009 akan belajar berenang pula. Amin...Owh ya, tahun lepas aku johan bowling dan pingpong, juga naib johan untuk dart dan karom. Kalau ada yang berani mau cabar, better you prepare 1st k. Hehehe.

8) Sangat gayat - Bukan sahaja gayat dengan ketinggian tapi juga gayat apabila melihat benda yang pelik. Gayat tengok gadis cantik pun ada. Hehehe. Pakej tu, susah mau cari.

9) Kompressor ku masih standard - Aku bukan kaki kereta. Kaki ku juga bukan kereta. Anda boleh tengok dari ke'standard'an yang jelas di kompressorku. Tapi akan mengalami sedikit perubahan menjelang ulang tahun ketiga kami bersama tak lama lagi.

10) Masih mencari baju kemeja pink untuk dijadikan pakaian pejabat. Ada cadangan dari sesiapa??

4. Anda perlu memilih 6 penerima award seterusnya dan menyatakan nama mereka di blog

- Fazleen
- Ghimau
- Cik Yan
- Alia
- Engku Nysa
- BB Syasya

5. Jangan lupa untuk melawat blog mereka dan meninggalkan komen yang menyatakan:
"anda telah di tag - sila layari blog saya untuk mendapatkan award anda"

Posted By Capo Grande9:42 AM

Wednesday, May 13, 2009

+ aku yang asyik ke kursus +

Filled under:

Kursus lagi. Nasib baik dekat je kali ini. Kursus wajib perlu dihadiri ye. Kalau tak aku malas nak pergi. Buat penat je tanggung kerja banyak-banyak.

Apa mau komen ye. Semua peserta OK. Dari 60 orang, aku dah kenal 20 orang. Apa lagi, meriah la kami bersatu. Tambah dengan kenalan baru yang terbaek aku happy kali ini. Cik Yan pun ada tau. Hehehe.

Smiley Man
The honour goes to Prabu from PTD Port Dickson. Aku ingat aku yang paling kuat senyum. Rupanya kalah teruk dengan si Prabu ni. Dia dari pagi sampai tidur senyum. Gelak pun tutup mulut. Sangat comel. Huhuhu. Mana boleh lawan kan. Apa pun nice to know you, Prabu. Thanx sebab ajar aku Tamil. Untuk Prabu aku ucapkan "Macam budak kici juga".  

Golongan dibenci
Pelik, kat mana-mana pun mesti ada ke?? Tak mau komen banyak-banyak. Satu nasihat untuk kamu.

"You can choose your friend,
You can choose your enemy,
Just don't choose the wrong one", ~Capo Grande, 2009

Aktiviti lapang
Oleh kerana peserta dianggap sebagai kanak-kanak berhingus dan tidak dibenarkan keluar malam, maka kami terpaksa menghabiskan masa sesama kami. Bapak bosan nye. Malam pertama aku dan Faizal menjalankan aktiviti mengumpat yang bersopan. Malam kedua kami buka Casino Royale yang tidak membenarkan sebarang bentuk pertaruhan wang. Cuma physco sesama sendiri je boleh. Lama siot tak main kad. Lepas gian aku. Huhuhu.  

Main takraw
Maluuuuu. Tak pandai main. Nasib baik dapat mengelak dari main bola tampar.

Sahabat lama
Kursus kali ini dapat jumpa 2 orang sahabat lama. Isa dan Ajim. Isa sama sekolah menengah dengan aku. Stylo sekarang ni, smart je. Ajim lak kali terkahir kami kursus bersama ialah pada Feb 2005 di kursus Banci Pertanian. Nice dudes, cuma lupa snap gambar diorang. Sorryyy.

Kejadian menakutkan
Puas aku baca jampi, liat betul makhluk tuhan yang 1 ni. Mujurlah aku masih hidup di kala ini untuk menulis entry ini. TAKOOOOOOOOOT!!!!

Posted By Capo Grande11:46 AM

Thursday, May 07, 2009

+ perlawanan amal tenis jelajah seremban +

Filled under: ,

Tarikh : Jumaat (08hb Mei 2009)
Masa : 9.00 malam
Tempat : Gelanggang 2, Kompleks Sukan Paroi, Seremban, N. Sembilan
MASUK PERCUMA, KELUAR FREE !!!!!

Posted By Capo Grande4:13 AM

Sunday, May 03, 2009

+ something stupid +

Filled under: ,

Something Stupid - Frank & Nancy Sinatra
Written by Carson Parks

I know I stand in line
Until you think you have the time
To spend an evening with me
And if we go someplace to dance
I know that there's a chance
You won't be leaving with me

Then afterwards we drop into a quiet little place
And have a drink or two
And then I go and spoil it all
By saying something stupid
Like I love you

I can see it in your eyes
You still despise the same old lines
You heard the night before
And though it's just a line to you
For me it's true
And never seemed so right before

I practice every day to find some clever
lines to say
To make the meaning come true
But then I think I'll wait until the evening
gets late
And I'm alone with you

The time is right
Your perfume fills my head
The stars get red
And oh the night's so blue
And then I go and spoil it all
By saying something stupid
Like I love you
 

***********************************************************************************

I've done so many stupid things in my current life. Yet I only managed to regret 10% out of it. The rest i clearly enjoyed doing it including what i did recently. Got another song option , Stupify by Disturbed. 

Posted By Capo Grande8:59 AM